About Me

My photo
Single.. bla..bla...bla... see my youtube profile also Ramirahrina

Tuesday, January 5, 2010

PraSkrip 01 - Hanwansiti


Ini adalah pra-skrip untuk Filem: Korban Cinta / Aku Cinta Padamu / Dilema Cinta Di Antara Han , Wan Dan Siti

Senarai kasting cadangan untuk projek ini, sila lihat akhiran skrip ini
Durasi 2 1/2 jam

Pra-skrip: Bab Han&Wan01

Skrip ini ditulis tidak mengikut format professional tetapi mengikut keselesaan penulis asal.

Notasi : Pelabelan scene dikatagorikan sebagai pengambaran di lokasi yang sama. Setiap adegan yang berlaku di lokasi yang sama dilabelkan sebagai sub-scene [ ditanda . ] Scene yang lebih kecil daripada sub-scene [ ditanda ( ) ], tanda ( ) juga membawa maksud ekspressi dalaman watak dan jalan cerita abstrak.

Labelkan Scene 01- Jun 1970

Scene 01: Suasana perkampungan dalam keadaan hujan renyai yang lebat, tunjukkan air hujan yang jatuh ke atap daun nipah, atap zink, air mengalir di longkang, parit dan sungai. [ Dengan muzik latar lagu Jawapan Di Persimpangan, petikan album pertama Siti Nurhaliza ]

Suara latar ( Watak dewasa Izhan ) : Apa yang aku ingat tentang ayah dan ibu ialah mereka adalah pasangan kekasih yang hebat. Ibu adalah seorang wanita yang cukup tabah dan amat setia kepada ayah dan ayah adalah seorang lelaki yang gagah perkasa yang berani berjuang demi keluarganya.
( Suara latar diperdengarkan di akhiran Scene 01 )

Scene 02 : Suasana di luar rumah kediaman Akmal dan Izuan hujan renyai-renyai. Rumah kayu bertiang satu tingkat.

Scene 2.1: Encik Akmal bersiap untuk ke tempat kerja, memakai baju dan stokin di bilik tidur utama.
Skh1p01
Scene 2.2 : Isterinya Izuan sudahpun menyiapkan sarapan untuk suami tersayang di dapur – mengauk nasi pulut dan mengacau air kopi dalam jag.

Akmal : Apa yang Wan masak untuk abang hari ni?

Izuan : Nasi pulut dengan ikan sepat kering… sarapan kegemaran abang. ( Jawab isterinya dengan alunan suara penuh kewanitaan. )

Scene 2.3 : Namun tiba-tiba suara bayi kecil menangis dari buaian kain yang digantung dengan temali serabut kelapa.

Izuan : Alah… si Han ni meragam pulak dia di waktu pagi-pagi ni…. ( Kata Puan Izuan yang kemudiannya terbatuk-batuk kecil.)

Akmal : Awak tu hati-hatilah sikit, musim-musim hujan ni.. nak ke mana-mana tu bawaklah payung. ( Pesan suaminya. )

Scene 2.4 : Izuan menuangkan air kopi pekat ke cawan tembikar warna merah.

Izuan : Alah abang ni, macamlah Wan tak ingat hati-hati…........ ( Katanya lembut kerana dia tahu suaminya amat mengambil berat tentang dirinya. )

Scene 2.5 : Izuan kemudian pergi ke buaian dan menghayunkannya. Bayi masih menangis merengek.

Izuan : Aduhai Kamal Izhan Akmal… Tidurlah anakku… janganlah menangis lagi. ( Katanya sambil mendodoi. )

Scene 2.6 : Akmal sudah menghabiskan sarapannya dan meminum kopi pekat kegemarannya lalu turun ke bawah rumah.
Skh1p02
Akmal : Abang pergi kerja dulu nanti marah pulak rakan-rakan kongsi abang tu.

Scene 2.7 : Si Akmal menuju ke kereta di tengah halaman dalam keadaan hujan. Si isteri muncul di ambang pintu.

Izuan : Hati-hati… ya bang, jalan licin!


Labelkan Scene 03 - Februari 1975

Scene 03 : Di rumah Faezah yang baru lepas bersalin, kehadiran ramai orang kampung terutama makcik-makcik. Watak-watak berada di ruang utama di mana Faezah berada dalam keadaan lepas bersalin. Bayi kecil ada di sisi. Watak Han berumur 5 tahun.

Suara latar Izhan : Aku masih ingat lagi ketika aku berusia 5 tahun, aku dan ibuku pergi berkunjung Mak Ngah aku yang baru lepas bersalin. Aku seronok tengok adik kecil tapi aku tertanya pada diri sendiri kenapa aku tidak ada adik… kemudian aku memandang wajah ibu dan aku bertanya padanya,

Izhan (kecil 5 tahun) : Ibu… kenapa Han tak ada adik?

Suara latar Izhan : Ibu hanya memandang dengan senyuman namun aku dapat lihat airmatanya mula tergenang.

Izuan berasa terlalu hiba bila anak sulung tunggalnya itu menganjurkan satu soalan yang amat berat tidak terduga untuk dijawabnya. Memang hasrat hatinya beribu-ribu daya untuk mempunyai anak yang kedua.

Izuan : Sabarlah sayang, adik Han masih ada kat sana tu… nun jauh kat atas sana. ( Sambil tunjuk jarinya ke arah langit malam yang berbintang seraya bibirnya memberikan ciuman ke dahi si Han. ) skh1p03

Scene 3.1 : Izuan tersenyum, menunjuk jari ke atas, mengucup dahi anaknya

Melihatkan itu, kakak ipar Izuan si Faezah memegang erat tangan Izuan dan berkata….

Scene 3.2 : Faezah mencapai dan memegang tangan Izuan.

Faezah : Wan, akak tidak mahu kehilangan kamu…. Seperti mana yang pernah hampir terjadi… ketika kamu melahirkan si Izhan dulu… ingatlah… suamimu, Akmal… akak bimbang…

Izuan : Janganlah kakak bimbang sangat… ( Kata Izuan mengelak kakak iparnya membangkitkan hal itu. )


Labelkan Scene 04 - Mac 1975

Scene 04 : Di tepian pantai, Kamal Izhan sedang bermain-main air di tepian pantai dengan budak-budak yang sebaya dengannya.

Manakala ibu dan ayahnya memerhatikannya dari jauh dari tapak perkelahan. Entah tiba-tiba, budak-budak itu termasuk si Han buat perlumbaan renang secara spontan pula.

Scene 4.1 : Manakala ibu dan ayahnya memerhatikannya dari jauh dari tapak perkelahan.

Scene 4.2 : Sekumpulan budak-budak itu termasuk si Han buat perlumbaan renang secara spontan pula.

Scene 4.3 : Encik Akmal bingkas bangun dan jerit,

Akmal : Han, laju Han!!”
Skh1p04
Manakala Han berenang begitu laju meninggalkan rakannya yang lain pantas balik ke pantai semula.

Scene 4.4 : Han berenang begitu laju meninggalkan rakannya yang lain pantas balik ke pantai semula.

Scene 4.5 : Akmal bersorak

Akmal : Hebat anak ayah!.. berenang macam ikan!” ( Katanya penuh semangat tetapi si isterinya hanya termenung melamun. )

Scene 4.6 : Izuan termenung, si Akmal masih tidak menyedari.

Izuan : Alangkah seronoknya bang, kalau Han ada adik… laju berenang juga sepertinya! ( Suaminya agak terkejut dengan kata-kata itu. )

Scene 4.7 : Akmal duduk dan memujuk isterinya.

Akmal : Wan... abang tidak mahu kehilangmu. Kehadiran Han sudah mencukupi buat abang, dia tak perlu adik lagi… dia seorang yang gagah dan tabah untuk menghadapi sebarang dugaan.

Scene 4.8 : Si Izhan yang kemenangan pergi ke tempat ibu-bapanya.

Izuan : Tapi abang, suatu hari Han akan meronta-ronta mahukan kehadiran seorang adik… seorang teman untuknya bermain bersama. Wan tidak mahu Han kesunyian. ( Kata isterinya penuh harapan. )

Scene 4.9 : Kemudian mereka tidak lupa sekeluarga bergambar kenangan.


Skh1p05
Labelkan Scene 05 - Januari 1976

Scene 05 : Akmal membuatkan buai satu tempat duduk. Dia menggunakan tali besar yang diikat pada dahan pokok rendang sedikit jauh di belakang rumah mereka.

Suara Latar Izhan : Aku tidak tahu entah kenapa tiba-tiba ayah membuat buaian pada pokok beringin tua di tepi pokok beringin tua di tepi padang belakang rumah lama dulu. Mungkin selepas ayah tengok aku duduk termenung sambil perhatikan kawan-kawan sekolah aku bermain buaian tolak-menolak di halaman sekolah tadika, aku cuma tengok buaian ayah itu dan tak pernah cuba berbuai sendiri sebab pada padangan aku kalau nak main buaian mestilah ada teman yang tolong tolakkan. Berbalik cerita buaian itu, aku hanya main berbuai dengan ibu. Jika tidak ada ibu tolong tolak, sekali-sekala Pak Long aku akan datang. Aku akan minta tolong Pak Long tolong tolak. Tetapi jika aku sendirian, aku cuma duduk di atasnya. Aku takkan sesekali berbuai sendiri. Dalam pada aku duduk termenung sendiri, aku nampak ibu memerhatikan aku dari jauh di ambang pintu beranda rumah.

Monolog di atas mengandungi scene,

Scene 06 : Izhan sedang duduk memperhatikan rakan sekolah tadika bermain buai. Kemudian dapat dilihat oleh ayahnya yang datang menjemputnya. Menyebabkan ayahnya mendapat satu idea.

Scene 07 : Izhan hanya duduk di atas buai itu tanpa menghayun sendiri.

Scene 7.1 : Izhan bermain buai dengan ibunya, suasana mesra.

Scene 7.2 : Izhan bermain buai dengan ayah saudaranya- Jamal, suasana mesra.
Skh1p06
Scene 7.3 : Mengulangi Scene 07

Scene 7.4 : Puan Izuan berada di ambang pintu besar memerhatikan si Izhan yang tidak berbuai itu.

Izuan berbisik di dalam hatinya,

Izuan : Han, tolaklah dirimu untuk berbuai.. mungkin Han mahu dia ditolak oleh seseorang… oh.. dia mahukan siapa menolaknya?

Suara latar Izhan : Entah tiba-tiba ibu menjerit,

Izuan : Han, kenapa tak berbuai sendiri?

Izhan : Tak ada orang tolak, ibu!.. tapi ibu... kalau Han ada adik kan seronok, adik boleh tolong tolak.

Suara latar Izhan : Itulah jawapan aku. Ibu kemudiannya menghilangkan diri dari berada di ambang pintu. Namun aku tetap duduk atas buai yang tidak berayun itu. Aku ketika itu suka bersendiri, aku tidak suka bergaul sangat dengan sepupu-sepupu aku anak Mak Ngah dan Pak Long.

Monolog mengandungi scene,

Scene 7.5 : Izuan kemudiannya menghilangkan diri dari berada di ambang pintu.

Scene 7.6 : Izhan tetap duduk atas buai yang tidak berayun itu.

Scene 7.7 : Izhan hanya perhatikan dari jauh melihat sepupu-sepupunya anak Mak Ngah dan Pak Longnya bermain-main.

Scene 08 : Izhan menyelongkar barang-barang lama dalam stor di rumahnya, akhirnya dia terjumpa baju-baju masa dia kecil di dalam satu kotak. Skh1p07

Suara latar Izhan : Suatu hari ketika aku menyelongkar bilik stor rumah, aku terjumpa pakaian-pakaian masa aku kecil dulu, aku terfikir satu idea menarik. Aku kemudiannya membuat rumah pondok dan melengkapinya dengan perkakasan rumah ala kadar. Kain-kain buruk diisikan ke dalam baju lama aku untuk buat badan orang dan juga kain buruk diisikan ke dalam seluar buruk untuk buat kaki. Untuk bahagian kepala, aku guna biji kelapa kering dan aku lukiskan mata, hidung dan mulut dengan mengunakan kapur tulis yang aku bawa lari dari tadika. Sebagai ganjarannya sekarang aku mempunyai 3 orang “adik”, satu lelaki, satu perempuan dan tak lupa satu lagi yang masih bayi yang belum aku putuskan jantinanya apa. Kini, hari-hari lepas sekolah pasti aku berada kat rumah pondok aku itu “menjaga adik-adik”, bagi mereka makan dan tidur.

Monolog di atas mengandungi scene,

Scene 8.1 : Izhan kemudiannya membuat rumah pondok

Scene 8.2 : Izhan meletakkan periuk, radio buruk, gambar poster sebagai perkakasan rumah ala kadar.

Scene 8.3 : Izhan memasukkan kain-kain buruk diisikan ke dalam baju lama untuk buat badan orang dan juga kain buruk diisikan ke dalam seluar buruk untuk buat kaki. Untuk bahagian kepala, Izhan guna biji kelapa kering dan Izhan lukiskan mata, hidung dan mulut dengan mengunakan kapur tulis.

Scene 09 : Izhan mengambil kapur tulis yang kecil-kecil dari papan hitam sekolah tadikanya.

Scene 10 : Scene tiga orang adiknya siap, tunjukkan satu lelaki, satu perempuan dan tak lupa satu lagi yang masih bayi.
Skh1p08
Scene 11 : Izhan keluar balik dari sekolah beramai-ramai dengan rakan-rakannya dan kemudian dijemput oleh ibunya yang berbasikal dan dihari lainnya ayah pula menjemput dengan kereta.

Scene 12 : Izhan bermain di rumah pondoknya itu “menjaga adik-adik”, bagi mereka makan dan tidur.

Hari-hari berlalu kini berlainan kepada si Han, Izuan seronok sekali melihat anak tunggalnya itu membina rumah pondok mainan di bawah pokok kelapa tua di tengah padang di tepi rumah. Kemudian Han mengutip tin-tin terpakai untuk diangkut ke rumah barunya. Izuan perasan yang sudu dan garpu yang diguna oleh Han hilang dibawa lari ke rumah mainannya.

Scene 12.1 : Izuan tersenyum gembira melihat dari jauh gelagat si Han sedang membina rumah pondok yang dibina di bawah pohon kelapa tua.

Scene 12.2 : Izuan melihat si Izhan membawa tin-tin ke pondoknya.

Scene 12.3 : Di dapur rumah, Izuan perhatikan si Izhan selepas makan nasi membawa lari sudu dan garpu kemudian pergi ke rumah pondoknya.

Kemudian Izuan ada nampak si Han membawa lari mop pengelap dekat bilik air entah tujuan apa. Bila dia pergi siasat ketika Han berada di sekolah, si Han rupanya mengunakan rerambut mop itu sebagai rambut bagi patung adik perempuannya. Hati Izuan begitu tersentuh dengan perangai anaknya yang tidak mengetahui apa yang dimaksudkannya. Izuan amat memahami apa yang si Han mahukan.

Scene 12.4 : Izuan nampak Izhan membawa keluar mop di bilik air.

Scene 13 : Izuan menghantar Izhan ke tadikanya.
Skh1p09
Scene 14 : Izuan pergi menyiasat ke rumah pondok dan nampak mop itu digunakan sebagai rambut patung adik perempuan Izhan. Izuan nampak kesedihan kerana tahu apa yang Izhan mahukan iaitu kehadiran adik-adik.

Kemudian kereta merah Ford model 1973 memasuki perkarangan rumah. Encik Akmal berada di tangga dan membuka kasut. Beliau dapat lihat si Han berada di rumah pondok manakala isterinya sedang menghampirinya dari rumah pondok Han.

Scene 14.1 : Kereta merah Ford model 1973 memasuki perkarangan rumah.

Scene 14.2 : Encik Akmal berada di tangga dan membuka kasut.

Scene 14.3 : Beliau dapat lihat si Han berada di rumah pondok manakala isterinya sedang menghampirinya dari rumah pondok Han.

Akmal : Wan, tengoklah anak kita yang seorang tu… pandai-pandai je bina rumah. ( Kata bangga Akmal. )

Izuan : Memanglah, dia mengikut ayahnya, kan abang selalu juga bawak dia pergi ke tapak projek perumahan tu. ( Kata isterinya seolah-olah memuji suaminya dan kemudian menyambung kembali percakapannya. )

Scene 14.4 : Izuan menghampiri dan duduk di tangga bersebelahan suaminya.

Izuan : Eh… bang, nantikan abang ke pekan.. tolong belikan mop yang baru.

Akmal : Eh!.. bukankah yang kat bilik air tu elok lagi.( terkejut )
Skh1p10
Izuan : Alah.. mop yang itu, si Han guna buat rambut adik perempuannya kat rumah pondok tu.. ( Sambil tersenyum. )

Akmal : Alah ambiklah balik.

Izuan : Biarlah macam tu. ( Kata Izuan berpihak kepada Han. )

Akmal : Awak ni… tak patut manjakan sangat si Han itu. ( Kata Akmal tidak puas hati dengan sikap isterinya. )

Scene 14.5 : Izhan bermain di rumah pondoknya dan juga bermain dengan adik patungnya.

Suara latar Izhan : Kini aku selalu sangat berada kat rumah pondok aku setiap hari dan setiap petang. Sepupu-sepupu aku ada datang untuk bermain sama dalam rumah pondok itu sebaik sahaja mereka tahu aku buat rumah pondok.

Scene 14.6 : Ketika sedang asyik Izhan bermain di pondoknya, kelihatan beberapa orang sepupu sebaya lelaki perempuan datang hendak bermain.

Scene 14.7 : Izuan memerhatikan Han bermain pondok dari ambang pintu rumah.

Suara Latar Izhan : Dan setiap petang jugalah ibu selalu memerhatikan aku dari ambang pintu rumah. Aku hanya berani main kat situ di sebelah siang sahaja tetapi tidak sekali-sekali di sebelah malam sebab ibu cakap pada sebelah malam beruk Tok Mail akan datang dan memanjat pokok kelapa dekat situ. Itulah yang paling aku takut masa aku kecil dahulu… bukan aku sahaja malah kawan-kawan satu tadika dengan aku pun begitu juga.

Monolog mengandungi scene,
Skh1p11
Scene 14.8 : Izhan keluar lari dalam rumah apabila hari menjelang malam di tanda dengan bunyi azan Maghrib dari masjid kampung atau ibunya menutup pintu rumah kerana hari dah malam.

Scene 15 : Watak Tok Mail yang tua mengayuh basikal roda tiga bersama beruk yang tersenggih-senggih gigi tajam.

Scene 15.1 : Beruk naik pokok kelapa dalam suasana kelam senja.

Scene 16 : Watak Tok Mail mengayuh basikal roda tiganya itu lalu di hadapan sekolah tadika yang mana pelajar-pelajarnya sedang bermain di perkarangan luar.

Suara latar Izhan : Bila aje Tok Mail mengayuh basikal roda tiganya itu lalu di hadapan sekolah, kalau pada masa itu kami sedang bermain-main di luar bangunan tentu kami akan berkejaran masuk dalam kelas dan menjerit, “Beruk!!!”… Bukan kerana apa, kami takut akan giginya yang tajam dan putih itu. Kami satu kelas kalau suka sangat buat bising, cikgu kami Cikgu Fatimah akan kata – beruk Tok Mail akan datang untuk cari kawan sebab beruk itu amat suka cari kawan yang selalu buat bising. Sejak itu kalau kami nak menjerit, kami akan berpaling kiri dan kanan terlebih dahulu kalau-kalau ada beruk Tok Mail kat situ.

Monolog di atas mengandungi scene,

Scene 16.1 : Ketika itu budak-budak sekolah sedang bermain-main di luar bangunan, apabila melihatkan Tok Mail melalui jalan dekat sekolah mereka. Mereka lari berkejaran masuk dalam kelas dan menjerit,

Ramai-ramai : Beruk!!!

Scene 16.2 : Beruk menganga mulut menampakkan giginya yang tajam dan putih itu.
Skh1p12
Scene 16.3 : Budak-budak sekelas dengan Izhan sedang buat bising.

Scene 16.4 : Cikgu mereka Cikgu Fatimah akan meredakan bising kelas dengan kata-kata,

Cikgu Fatimah : Kelas! Kelas, jangan bising. Kalau kamu bising nanti beruk Tok Mail akan datang untuk cari kawan sebab beruk itu amat suka cari kawan yang selalu buat bising. ( Satu kelas senyap dan ketakutan. )

Scene 16.5 : Ketika budak-budak itu bermain, sebelum nak menjerit nak panggil kawan mereka akan berpaling kiri dan kanan terlebih dahulu kerana takut ada beruk Tok Mail kat situ.

Scene 17 : Ketika asyik si Han bermain pondok waktu petang langit hitam dan ribut petir.

Suara latar Izhan : Berbalik cerita main pondok itu, suatu hari di waktu petang, tiba-tiba hujan lebat berserta dengan guruh dan kilat. Aku tetap mahu berada di rumah pondok aku itu. Ibu menjerit-jerit menyuruh aku supaya balik rumah, aku tetap berdegil tidak mahu balik.

Monolog mengandungi scene,

Scene 17.1 : Izuan menyuruh Izhan balik rumah dalam keadaan hujan lebat itu.

Izuan : Han!!… sudahlah main pondok tu. Cepat balik rumah hari dah hujan ni! ( Jerit Izuan diikuti dengan batuk-batuk kecil sebab dia alah dengan hujan. )

Scene 17.2 : Izhan berada dalam pondok yang kebocoran.
Skh1p13
Izhan : Tak mahu ibu… Han nak jaga adik! ( Jerit Han berdegil. Han masih mahu duduk di situ walaupun atap rumahnya banyak yang bocor. )

Scene 17.3 : Kereta ayahnya pulang dari kerja memasuki perkarangan rumah.

Scene 17.4 : Encik Akmal bercakap dengan isterinya yang gelisah kemudian pergi ke rumah pondok itu dengan berpayung.

Scene 17.5 : Akmal sudah sampai di rumah pondok, Izhan terpinga-pinga.

Akmal : Han, cepat balik rumah… jangan susahkan hati emak kamu terutama masa hujan begini. Kamu tahukan mak sakit.

Izhan : Tak nak, Han nak jaga adik. ( Dia berdegil. )

Akmal : Kamu tahu tak rumah ni akan roboh? ( Kata Encik Akmal memujuk cara lain. Anaknya itu terkejut. )

Scene 17.6 : Izhan terkejut dengan kata ayahnya, lalu Izhan mengambil patung adik lelakinya manakala ayahnya mengambil patung bayi dan adik perempuan. Lalu mereka mengangkut ke rumah utama.

Suara latar Han : Aku terkejut bila ayah cakap rumah itu akan roboh bila-bila masa saja. Nampaknya satu operasi menyelamat terpaksa dilakukan… iaitu menyelamatkan “adik-adik” aku itu. Ayah turut serta dengan membawa adik kecil dan adik perempuan. Aku membawa adik lelaki aku yang paling geng dengan aku. Kemudian aku membawa “adik-adik” aku tidur bersama aku di katil aku ketika sepanjang hari hujan itu.

Monolog mengandungi scene,
Skh1p14
Scene 17.7 : Mereka memasuki bilik tidur Izhan sambil diperhatikan oleh si Izuan. Izhan kemudian tidur di katil bersama adik patungnya.

Scene 17.8 : Han sudah tertidur dan ditemani dengan adik-adik khayalannya. Izuan masuk dan memberikan kucupan selamat tidur. Hatinya amat tersentuh melihatkan gelagat anak tunggalnya itu. Akmal juga memasuki kamar tidur Han itu,

Akmal : Dah tidur si Han tu?

Scene 17.9 : Keduanya berdiri memerhatikan si Izhan tidur.

Izuan : Dah bang….. Abang.. Izhan benar-benar memerlukan seorang adik sebagai teman. Lihatlah keadaannya sekarang. ( Katanya sedih dan menangis dalam pelukan suami tersayang.)

Akmal : Terpulanglah kepada Wan. ( Kata Encik Akmal yang tidak boleh lagi menolak kemahuan isterinya itu. Mereka berdua memandang anak tunggal mereka sedang tidur itu. )

Scene 17.10 : Izhan memerhatikan dari rumahnya, rumah pondok tenggelam air.

Suara latar Han : Sejak hari tu, rumah pondok aku roboh sebab tenggelam dalam banjir selama 3 bulan. Bodoh betul aku sebab aku memang tahu yang tanah dekat pokok kelapa itu kawasan banjir. Mulai hari itu, aku cuma suruh “adik-adik” aku tidur.. dengan aku letakkan mereka di bawah katil sebab sekarang dah tiada rumah.

Monolog mengandungi scene,

Scene 17.11 : Rumah pondok itu runtuh sendiri dalam tenggelam banjir.
Skh1p15
Scene 17.12 : Izhan menyusun patung adik-adik khayalan tersusun di bawah meja.

Izhan : Adik-adik… sekarang kamu semua tidur disini ya… sekarang rumah kita dah tak ada.


Labelkan Scene 18 - September 1976

Scene 18 : Izhan bermain perang bersenjata senapang mainan dengan sepupunya.

Suara latar Izhan : Entahlah kini lebih suka bermain dengan sepupu aku pergi beraktiviti lasak. Kalau tidak kami mandi sungai, kami akan memancing atau main bola kadangkala pergi panjat pokok buah dekat kebun Mak Ngah. Aku tidak tahu kenapa aku lebih suka jadi begitu.

Monolog mengandungi scene,

Scene 18.1 : Izhan bertanding berenang di sungai dengan sepupunya.

Scene 18.2 : Izhan bermain bola dengan sepupu yang sebaya di padang.

Scene 18.3 : Izhan dan sepupunya memanjat pokok buah, tunjukkan buah yang dipungut oleh mereka.

Scene 19 : Izhan perhatikan ibunya yang mengandung di rumah mereka.
Skh1p16
Suara latar Izhan : Mungkin juga sebab aku lihat saban hari perut ibu membesar… mungkin sakit sangkaan aku. Aku hampir dah lupa bermain dengan adik-adik aku itu. Suatu hari ibu memberitahu aku yang aku akan mendapat adik yang sebenar-benarnya. Aku letakkan tangan aku ke bahagian perut ibu dan bertanya,

Monolog mengandungi scene,

Scene 19.1 : Tunjukkan patung adik Izhan tidak terusik di bawah katil Izhan.

Scene 19.2 : Di ruang legar rumah, sambil duduk di antara Izhan dan ibunya.

Izhan : Kenapa perut ibu lebih besar dari perut Mak Ngah?
( Dan ibunya tergelak besar )

Izuan : Sebab.. ibu mengandungkan adik Han, lah ( Katanya tenang menerangkan. )

Scene 19.3 : Aksi Izhan kegembiraan apabila mengetahui yang dia akan mempunyai adik.

Suara latar Izhan : Aku begitu seronok sekali maka aku ambil keputusan untuk simpan “adik buatan” aku itu ke dalam stor untuk selama-lamanya. Dalam perjalanan aku ke stor, aku dapat lihat ibu dan ayah berada sama di serambi rumah sambil memerhatikan pembinaan rumah baru di halaman luas depan rumah. Pak Long aku sendiri yang membinanya sambil dibantu oleh tukang-tukang rumah mahir kampung kami. Ayah kata rumah itu akan menjadi rumah yang paling cantik dan paling besar dalam kampung kami. Aku berasa hairan dan tertanya mengapa ayah tidak sahaja menggunakan tukang rumah syarikatnya untuk membina rumah itu…

Monolog mengandungi scene,

Scene 19.4 : Aksi Izhan menyimpan adik patung di dalam stor rumah.
Skh1p17
Scene 19.5 : Sambil Izhan membawa adik patung . Dalam perjalanan Izhan ke stor, dia dapat lihat ibu dan ayahnya berada sama di serambi rumah sambil memerhatikan pembinaan rumah baru di halaman luas depan rumah lama.

Scene 19.5 : Jamal- Pak Long Izhan membinanya sambil dibantu oleh tukang-tukang rumah mahir kampung mereka. Rumah baru mereka merupakan rumah batu dua tingkat yang besar.

Scene 19.6 : Izhan berada semula bersama ayah dan ibunya di ruang legar rumah mereka.

Akmal : Rumah baru kita nanti akan menjadi rumah yang paling cantik dan paling besar dalam kampung kita.

Izhan ( bisikan dalam hati ) : Kenapa ayah tidak sahaja menggunakan tukang rumah syarikatnya untuk membina rumah itu… hairannya.



Labelkan Scene 20 - Oktober 1976

Scene 20 : Izhan perhatikan ibunya yang sarat mengandung batuk-batuk kecil ketika berada di dapur sedang buat kerja.

Suara latar Izhan : Jika aku lihat ibu kini, aku kesian. Ibu selalu batuk-batuk manakala penyakit asmanya pasti datang, manakala tidak termasuk lagi ibu begitu sarat mengandung tetapi ibu tetap tenang, setiap pagi pasti ibu akan menyediakan sarapan pagi untuk ayah, setelah ayah pergi kerja ibu akan mengayuh basikal chopper hitam untuk menghantar aku ke sekolah tadika. Begitu sejuk rasanya bila menaiki basikal di waktu pagi. Begitu juga dengan kawan-kawan lain, terasakan seperti satu “ritual” sedang dijalankan iaitu penghantaran kami ke sekolah tadika.
Skh1p18
Monolog mengandungi scene,

Scene 20.1 : Izuan menyediakan sarapan di meja makan untuk suaminya

Scene 20.2 : Akmal pergi kerja dengan kereta.

Scene 21 : Izuan mengayuh basikal rendah biasa ditungangi oleh Izhan diikuti oleh beberapa kaum ibu lain yang juga menghantar anak ke tadika dalam suasana berkabus pagi.

Scene 21.1 : Izhan sampai di sekolah tadikanya.

Scene 22 : Rumah baru yang siap dicat putih dan beratap genting tersergam indah.

Suara latar Izhan : Rumah impian ayah dan ibu sudah siap, malamnya satu kenduri kesyukuran kecil diadakan, upacara membaca doa selamat telah dilakukan kemudian makan nasi berhidang. Semua orang tua kampung datang, Mak Ngah dan Pak Long juga datang. Masih aku ketika ibu dan Mak Ngah berserta saudara terdekat mengemas pinggan dan mangkuk kenduri. Ibu begitu beramah mesra sambil membuat kerja. Aku pun turut mengangkut pinggan-pinggan… aku begitu seronok dapat turut serta membantu ibu membuat kerja. Dalam pada itu aku dapat lihat ayah sedang berbual rancak dengan Pak Long dan beberapa orang kampung.

Monolog mengandungi scene,

Scene 22.1 : Suasana malam di rumah kayu lama, majlis kesyukuran dengan kehadiran orang kampung dan orang tua.

Scene 22.2 : Akmal dan Jamal menyambut ketibaan hadirin di tangga rumah.
Skh1p19
Scene 22.3 : Izuan dan Faezah menyediakan hidangan di dapur dengan beberapa wanita kampung.

Scene 22.4 : Upacara bacaan doa oleh iman masjid kampung di ruang utama rumah.

Scene 22.5 : Semua hadirin menjamu selera dengan hidangan masakan kampung itu.

Scene 22.6 : Hadirin balik.

Scene 22.7 : Tunjukkan Akmal dan abangnya berbual dengan beberapa orang tua kampung yang masih tinggal di ruang utama rumah.

Scene 22.8 : Izhan mengambilkan pinggan dan gelas di ruang tamu rumah dan membawa ke ruang dapur.

Scene 22.9 : Ulang scene 22.8 tetapi Izhan lagak menari sambil bergelek-gelek sendiri.

Suara latar Izhan : Aku membawa pinggan-pinggan sambil menari-nari syok sendiri tetapi kemudian aku terdengar jeritan ibu serta bunyi jatuh di dapur. Kemudian aku mendengar Mak Ngah menjerit nama ayah dan Pak Long.

Monolog mengandungi scene,

Scene 22.10 : Terdengar bunyi “Tolong!” dan jatuh di dapur. Riak wajah Izhan yang terkejut. Kemudian suara jeritan Faezah.

Faezah : Akmal!!… Jamal!!! ( Jerit Faezah. Makcik-makcik yang berada di dapur turut terkejut. Si Izuan terjatuh dan tumpah darah. )
Skh1p20
Scene 22.11 : Tunjukkan Izuan terbaring di atas lantai dapur dengan kesan darah dan pinggan jatuh berhampiran. Faezah dan makcik-makcik lain ada disekeliling Izuan.

Scene 22.12 : Faezah memangku Izuan.

Scene 22.13 : Izhan yang terdengar jeritan ibunya turut terkejut sehingga menjatuhkan pinggan-pinggan yang dibawanya.

Scene 22.14 : Han segera menerpa ke arah ibunya,

Scene 22.15 : Izhan berada di tepi ibunya, ibunya berkeadaan kesakitan.

Izhan : Ibu… ibu!….. ( Kata Izhan sambil memberikan kucupan berulang kali ke pipi ibunya. )

Scene 22.16 : Izuan dalam keadaan lemah itu masih dapat membelai telinga, wajah dan pipi si Han.

Izuan : Sayang…… ( Itulah kata-kata ibunya. )

Faezah memangku Izuan dan membelai rambut Izuan untuk menenangkannya. Izhan menangis melihatkan keadaan ibunya namun ibunya membelai telinga dan pipi si Han. Kemudian si Akmal sampai…

Scene 22.17 : Akmal sampai di tempat kejadian. Lalu memangku isterinya mengambil alih peranan Faezah,

Akmal : Izuan!….. Izuan, sayangku…. ( Itulah hanya yang dapat diluahkan oleh Akmal. )

Izhan : Ayah… kenapa ibu,ayah? ( Pertanyaan Han beberapa kali kepada ayahnya. )
Skh1p21
Akmal : Han pergi masuk bilik... pergi tidur. Ibu kamu tak apa-apa. ( Itulah kata ayahnya. )

Abang Long Akmal, Jamal membawakan Han ke bilik tidurnya tetapi sebelum itu ibunya sempat memberikan kucupan dan senyuman yang mungkin kali terakhir kepada anak sulungnya itu.

Scene 22.18 : Izuan mengucup dahi si Han ketika itu Han berada begitu dekat dan mengukir senyuman.

Scene 22.19 : Jamal, bapa saudara Izhan mengiringi si Han ke bilik tidurnya.
Skh1p22

No comments:

Post a Comment

Followers