About Me

My photo
Single.. bla..bla...bla... see my youtube profile also Ramirahrina

Tuesday, January 5, 2010

PraSkrip 05 - Hanwansiti

Pra Skrip Bab Han & Wan 05

Scene 110 : Keesokkan harinya di rumah Han dan Wan, jam alarm sudah menunjuk jam 6.30 a.m.

Scene 110.1 : Kedengaran bunyi memasak di rumah dua teruna bujang itu diselangi bunyi batuk-batuk kecil.

Scene 110.2 : Si Han bersiap pakaian berpakaian joging.

Scene 111 : Izhan pergi berjoging di taman rekreasi seorang diri.

Scene 112 : Tunjuk masa berlalu, jam ruang tamu menunjukkan 7.00 a.m. tepat,

Scene 112.1 : Wan sudah berada di meja makan. Dia sudah menghabiskan bahagian sarapannya. Wan begitu asyik melukiskan kartun baru walaupun baru sahaja kecewa bercinta semalam.

Scene 112.2 : Manakala bahagian Han belum diusik lagi. Terhidang di meja – telur goreng, kepingan roti bakar, jem nenas dan bijirin segera.

Scene 112.3 : Jam kemudian menunjukkan 7.20 a.m.

Scene 112.4 : Wan masih lagi dengan lukisannya. Manakala Han sedang membaca suratkhabar pagi dan sudah pun menghabiskan bahagian sarapannya.

Scene 112.5 : Han sudah menghabiskan bacaannya dan memandang si Wan yang masih asyik melukis,

Izhan : Apa program kamu hari ni?

Irwan : Lepas ni, Wan nak hantar semua kartun yang dah siap tu. Skh5p01

Izhan : Apa kata lepas tu, kamu makan tengahari dengan abang untuk raikan kejayaan kamu itu.

Irwan : Okay. ( Wan meneruskan kerja melukisnya. )


Scene 113 : Masa berlalu, Han berada di syarikatnya. Dia menghadiri satu mesyuarat mingguan syarikatnya

Scene 113.1 : Kelihatan Syafika pun ada sama di mesyuarat itu.

Scene 114 : Manakala Wan pula baru sampai di syarikat majalah yang biasa dia hantar karyanya.

Scene 114.1 : Kemudian dia menyerahkan lukisan-lukisan itu kepada ketua pengarang majalah komik.

Scene 114.2 : Kemudian dia berjumpa dengan beberapa pelukis tetap syarikat itu. Nampaknya dia sudah dikenali oleh orang-orang di situ.

Scene 114.3 : Sesudah itu, Wan menaiki motor kipsnya menuju ke syarikat abangnya.

Scene 115 : Dalam perjalanan melalui jalanraya di ibukota itu, semasa si Wan berhenti di persimpangan lampu isyarat.

Scene 115.1 : Dia terpandang seorang gadis jelita secantik Siti Nurhaliza yang sedang duduk di bahagian tepi bas.

Scene 115.2 : Kebetulan si gadis itu terpandang sama dan senyum.

Scene 115.3 : Sempat si Wan angkat penutup topi keledar dan membalas senyuman berlesung pipitnya.
Skh5p02
Scene 115.4 : Bas itu berlalu ambil jalan lain.

Scene 116 : Manakala ketika itu si Han sedang membuat persembahan multimedia projek terbarunya iaitu kertas kerja cadangan imej baru Syarikat Multi Raya Sdn. Bhd itu.

Scene 116.1 : Semua hadirin terpegun dengan animasi canggih yang dipaparkan termasuk Syafika juga.

Scene 117 : Wan sudah sampai di pejabat abangnya dan mendapati abangnya belum memasuki pejabat kerana belum habis bermesyuarat, begitulah kata setiausahanya Cik Ida.

Cik Ida : Encik Izhan masih belum habis mesyuarat… ( Wan membuat keputusan untuk menunggu abangnya habis bermesyuarat. )

Scene 117.1 :Maka dia memasuki bilik pejabat abangnya.

Scene 117.2 : Oleh kerana dia tidak mempunyai apa-apa aktiviti, Wan mengambil pensil dan kertas A4 dan melakarkan watak kartun kebiasaannya,

Scene 117.3 : Semasa melukiskan watak perempuan kartun itu imaginasi Wan melayang teringatkan wajah Salina yang telah menjadi bekas kekasihnya.

Scene 118 : Manakala ketika itu abangnya masih berada di bilik mesyuarat, dia kini sibuk melayan pertanyaan-pertanyaan.

Scene 118.1 : Si Syafika hanya melihat dengan penuh minat.

Scene 119 : Di pejabat Izhan, si Wan pula sedang terlelap siang hari.
Skh5p03
Scene 119 : Dia termimpikan Lina bekas kekasihnya yang berwajah muram sedih dan kemudian hilang berganti dengan si gadis manis yang dia terjumpa di jalanan tadi.

Scene 119.1 : ( Dalam mimpi ) Gadis itu memberikan senyuman manis yang tidak boleh dilupakan oleh si Wan. Dalam mimpi siang itu, belum sempat Wan hendak berkenal…

Scene 119.2 : Tiba-tiba setiausaha abangnya menghubungi melalui interkom untuk sebarang minuman tetapi Wan tidak mahu.

Cik Ida : Encik Irwan mahu minum?

Irwan : Tak nak… tak apalah. ( Terbangun dari tidur. )

Scene 119.3 : Tanpa membuang masa, Wan melakarkan wajah gadis misteri itu di kertas kosong.

Scene 120 : Di tempat mesyuarat syarikat itu pula, mesyuarat mingguan syarikat telah pun habis. Ramai hadirin berpuas hati dengan kertas cadangan yang si Han bentangkan.

Scene 120.1 : Kini tinggal si Han dan Fika.

Scene 120.2 : Han menghampiri Fika dan menegur,

Izhan : Miss Syafika, saya hajat hati nak jemput awak pergi makan tengahari…

Syafika : Apa occasionnya? ( Kata Fika sengaja buat jual mahal.)

Izhan : Si Wan berjaya jadi best student sekolahnya. ( Beritahu si Han. )
Skh5p04
Syafika : Entahlah… I kena tengok senarai temujanji I dululah kat office. ( Kata Fika seolah menolak. )

Izhan : Ingat Fika…. Walau awak dah tak suka pada saya… tapi jangan hampakan si Wan. ( Kata serius Han lalu berlalu pergi. Si Fika tersalah-abah kerana berperangai keterlaluan sangat. )

Scene 121 : Manakala Wan sedang feeling habis sambil melihat gambar potret yang dilakarnya itu.

Scene 121.1 : Dia menuliskan perkataan… “Kaukekasihku…” di penjuru bawah potret itu walaupun lakaran hidungnya belum sempurna lagi.

Scene 121.2 : Si Han sudah sampai di depan pejabat…

Scene 121.3 : Setiausahanya memberitahu tentang kehadiran adiknya yang sedang menanti di dalam.

Cik Ida : Adik Encik Kamal ada di dalam…

Scene 121.4 : Bila Han masuk, si Han kehairanan bila dapati si Wan sedang syok merenung kertas lukisannya itu. Han menegur,

Izhan : Hai… amende yang syok sangat tu… apa yang kamu lukis tu? ( Sambil si Han merebahkan diri atas kerusi empuknya kerana kepenatan yang teramat sangat bila berada di bilik mesyuarat tadi. )
Izhan : Maaflah… abang lambat.

Irwan : Dah dua bulan... Wan tunggu kat sini tau... ( Kata Wan saja kelakar. )

Izhan : Tengok lukisan tu. ( Pinta si Han )
Skh5p05
Scene 121.5 : Sambil Izhan melonggarkan simpulan tali leher kerana formaliti mesyuarat syarikat tadi.

Scene 121.6 : Wan mengunjukkan karyanya itu kepada Han. Han terima….

Scene 121.7 : Si Han hairan dan kagum dengan keayuan wajah potret gadis misteri walaupun lukisan hidungnya belum sempurna lagi dan tidak sedikit pun menyerupai wajah Salina- bekas kekasih Wan sebelum ini.

Scene 121.8 : Dia adalah gadis impian Wan sekarang.

Izhan : Oiii… cepat pasang baru….

Irwan : Entahlah… tadi Wan ada ternampak ketika dalam perjalanan tadi.

Izhan : Jadi… ni gadis misterilah ni…. Tapi boleh tak tolong picitkan bahu abang… penat tadi buat presentation. ( Seraya si Wan pergi ke belakang kerusi Han duduk itu dan memicitkan bahu si Han. )

Irwan : Bagaimana dengan projek-projek abang tu?

Izhan : Projek imej baru syarikat tu.. berjalan lancar… tapi projek khas Hari Keluarga.. kak Fika kamu tu banyak buat hal menyakitkan hati… sekarang abang Han asyik bertikam-lidah dengan dia. Sekarang ni dah macam perang teluk kamu tau… dia nak sangat buat Hari Keluarga kat Langkawi… tapi abang cadangkan lebih baik buat kat Pangkor sahaja… lebih dekat.. lebih jimat..

Irwan : Habis tu... bagaimana dengan makan tengahari... akak Fika akan pergi tak? ( Tanya Wan yang amat berharap. )
Skh5p06
Izhan : Entahlah… akak kamu cakap dia nak semak temujanji dia dahulu kat pejabat. ( Sambil Han meletak potret gadis misteri ke atas meja. )

Irwan : Pada pendapat Wan, abang dan kak Fika adalah pasangan paling sepadan yang pernah Wan jumpa setakat ini.

Izhan : Apa? Paling sepadan kamu cakap…. Dengan perangai dia yang degil tu… mahu aje abang cari yang lain. ( Kata Han dengan nada geram dan kuat. )

Scene 121.9 : Tanpa disangka-sangka, Syafika muncul membuka pintu pejabat Izhan,

Syafika : Apa? Apa yang saya dengar tadi?

Izhan : Saya cakap pada Wan… yang dia masa kecil dulu tu degil sangat, tak suka pakai pakai baju dengan kain. ( Kata merapu si Han. )

Syafika : Ekk, lain aje yang saya tadi. ( Sambil Fika duduk di kerusi depan, si Wan masih memicit bahu abangnya. )

Izhan : Awak tu yang pekak-badak!

Syafika : Saya pulak... eh, awak tu janganlah perasan handsome sangat… bosanlah saya nak layan. ( Kata Fika meluat. )

Izhan : Iyalah.. siapalah saya di mata awak. ( Kata Han merendah diri. Wan cuba meredakan.)

Irwan : Abang, akak tolonglah jangan nak berkrisis lagi… sekurang-kurangnya bukan di depan saya.
Skh5p07
Syafika : Alah… akak baik aje… bukan salah akak tau… abang kamu tu yang mata keranjang…. Tanya dia apalah yang istimewa sangat pasal Pulau Pangkor tu. Tapi walau apa pun… akak tak lupa nak ucap tahniah atas kejayaan Irwan menjadi pelajar terbaik sekolah tu.

Scene 121.10 : Serentak itu mata si Syafika terpandang lukisan gambar potret si gadis misteri si Wan, wajah Fika penuh tanda tanya.

Syafika : Eh siapa pulak… perempuan dalam gambar ni?
( Tanya Fika sedikit cemburu. )

Izhan : Itu girlfriend terbaru saya… Baru tadi si Wan tolong lukiskan. ( Kata mengarut si Han membuatkan wajah Fika berkerut sakit hati. )

Syafika : Sudah…. Sudah… saya benci pada awak…. Cukuplah Wan layan orang tua sorang tu… Jum kita pergi makan. ( Itulah kata Fika melepas geram. Wan hanya mengeleng kepala melihat gelagat dua orang yang dikenalinya. )

Scene 122 : Masa berlalu, di restoran berputar di Menara KL kini ketiga-tiga mereka sedang menghadapi hidangan.

Scene 122.1 : Wan dapat perhatikan kedua pasangan itu hanya diam dan asyik makan. Wan yang telah selesai makan cuba mencetuskan perbualan.

Irwan : Akak… apa tentatif yang telah dirancangkan untuk Hari Keluarga tu nanti?

Syafika : Masa Hari Keluarga tu… biasalah macam tahun lepas… kita buat sukaneka.. tapi kali ini kita tambah aturcara scuba diving, lumba jet-ski dan kita semua akan tinggal di chalet.

Irwan : Nampak seronok tu… tapi di mana nak diadakan? ( Tanya Wan soalan yang kontroversi. Han dan Fika serentak…)
Skh5p08
Izhan & Syafika : Pangkor!…Langkawi! ( Dan mereka bertekak beberapa kali. )

Scene 122.2 : Wan tergamam melihat perang antara dua manusia itu tetapi dia mendapat satu idea spontan menyelamat keadaan.

Irwan : Abang dengan akak cuba bertenang…. Apa kata kalau kita buat Hari Keluarga tu bukan di Pangkor atau bukan di Langkawi.. Bagaimana dengan tempat-tempat rekreasi yang lebih dekat… lagi menjimatkan kos… dengan kos yang berlebihan itu lebih baik kalau kita menjemput dan menghiburkan anak-anak yatim, orang-orang tua dan yang kurang upaya. Apa kata kita buat kat Pantai Morib.

Scene 122.2 : Si Fika dan Han tercengang dan kagum dengan idea bernas si Wan….

Syafika : Wahhh… hebat betul idea buah fikiran adik akak ni.
( Kata puji si Fika. )

Izhan : OOOiiikkk… lihat siapa punya adik tu. ( Sindir tajam Izhan. )

Syafika : Eh.. awak tu diam… kalau macam tu Wan, akak nampaknya kena buat kertas kerja yang baru… dan awak Encik Kamal Izhan…. Esok, saya mahu awak gantikan saya buat interbiu pekerja baru. ( Kata arahan Syafika menyakitkan hati Han. )

Izhan : Apa? Interbiu lagi… itukan bidang tugas awak jabatan personnel.

Syafika : Awak… jangan nak marah-marah saya… interbiu esok tu… libatkan jabatan awak tau..
Skh5p09
Izhan : Okay tak apa… nanti pekerja baru tu saya buat awek baru… ( Ugut si Han. )

Syafika : Alah… saya tak takut dengan pekerja baru… siapalah mereka kalau nak banding dengan saya. ( Kata Fika tidak endah dengan ugutan. )

Scene 122.3 : Mereka berdua yang berperang itu hanya diperhatikan oleh Wan.

Scene 123 : Hari sudah petang, Wan berada di gimnasium sendirian

Scene 124 : Manakala Han berada di kedai foto.

Scene 124.1 : Han keasyikkan memerhatikan pekerja kedai foto membuat kerja melambakkan gambar foto yang diorder-cuci ke atas meja kaunter itu, ada 6 sampul foto dilambakkan dan akhirnya sekali sekeping bingkai gambar besar eksklusif.

Scene 124.2 : Han terkejut kerana dia tidak minta pun bingkai gambar itu,

Izhan : Eh… mana ada saya order pun frame tu.

Zaki ( pekerja kedai foto ) : Ini percuma saja Encik Kamal.

Izhan : Boleh tak tukar dengan benda lain, roll filem ke?

Zaki : Maaf Encik Kamal. ( Sambil si Zaki memasukkan kesemua sampul foto dan bingkai dalam beg plastik besar. Pekerja kedai foto itu menunjukkan pada satu papan-tanda ‘Cuci 5 roll filem, percuma 1 frame eksklusif bernilai RM 50.’ )

Scene 124.3 : Maka terpaksalah si Han menerima bingkai itu tanpa dapat fikirkan apakah ia akan diguna untuk apa.
Skh5p10
Scene 125 : Manakala si Wan di gim tekun berlatih.

Scene 125.1 : Wan perasan di sebelahnya ada pelatih gim yang badannya jauh lebih besar dan berketul memang layak jadi amatur bina-badan. Jejaka sebelah Wan itu mempunyai wajah mirip penyanyi Razzi Rahman yang terkenal dengan lagu Syakila 1992. Wan menegur,

Irwan : Hai saudara… awak jadi amatur ke?

Razman : Dah dekat 4 tahun dah…. Berminat nak nak joint ke?

Irwan : Oh tidak… saya ni suka-suka aje… Saya Kamal Irwan… panggil Wan sahaja.

Razman : Saya Razman.. panggil Man sahaja…

Scene 125.2 : Mereka terus berlatih, kemudian borak semula.

Razman : Wan ni datang dengan kawan ke?

Irwan : Tak… saya seorang sahaja hari ni… biasanya saya datang dengan abang saya. ( Sambil bercakap itu…)

Scene 125.3 : Tiba-tiba datang seorang gadis misteri ke tempat mereka. Gadis itu menyapa,

Ramirah : Man… cepatlah, Mirah dah nak balik ni! Sesi senamrobik Mirah dah setengah jam habis.

Razman : Sorry.. Man tengah syok praktis ni.

Scene 125.4 : Si gadis itu nampak wajah merajuk dengan kata Razman itu lalu pergi keluar. Suasana kembali tenang, si Wan bertanya,

Irwan : Adik awak ke tu? Skh5p11

Razman : Tak adalah, itu sepupu saya. ( Jelas si Razman. )

Scene 125.5 : Namun ketenangan gimnasium terganggu bila kedengaran bunyi nada dering hand-phone. Ramai pelatih mengeluh kerana gangguan bunyi lagipun kawasan tersebut adalah kawasan larangan keras alat kelui dan telefon bimbit.

Scene 125.6 : Si Razman yang bengang kerana bunyi itu datangnya dari dalam beg latihannya yang diletak di tepi gim. Dia pergi ke tempat itu,

Razman : Aduhh…. Ini mesti Mirah punya kerja ni… ( Sambil Razman memeriksa begnya dan mematikan telefonnya. )

Scene 125.7 : Razman malu dengan ketua jurulatih dan pelatih lain kerana gangguan itu. Si Razman pergi semula ke tempat Irwan berlatih dengan membawa begnya dan menyapa Wan,

Razman : Okaylah Wan…. Kita jumpa lagi. ( Mereka bersalam )

Irwan : Okay… ( Jawab Wan seraya…)

Scene 125.7 : Si Mirah muncul di ambang pintu masuk gim lantas Razman mengejar sepupunya.

Scene 126 : Esok harinya, di rumah dua anak bujang itu. Han sudah pergi kerja manakala Wan sedang asyik melukis karya kartun untuk edisi majalah bulan depan.

Scene 127 : Izhan yang sampai di pejabat dengan beg plastik besar berisi sampul gambar semalam. Ketika meletakkan gambar-gambar disusun atas meja. Si Han mendapat idea apa hendak dibuat dengan bingkai itu. Han menjerit,

Izhan : Hadiah!…
Skh5p12
Scene 127.1 : Lalu si Izhan mengambilkan lukisan potret gadis misteri si Wan lalu dimasukkan ke dalam bingkai hadiah itu dan kemudian Han menyimpannya ke dalam laci bawah mejanya.

Scene 127.2 : Kemudian setiausahanya- Cik Ida Rahayu datang dan memberikan peringatan,

Cik Ida : Encik Kamal, sekarang sudah tiba masanya untuk menemuduga pekerja baru di Bilik Seminar C.

Izhan : Okay… saya pergi sekarang.

Scene 128 : Masa berlalu, Han kini berjalan melalui pemohon menanti untuk ditemuduga, ada kira-kira 30 orang semuanya.

Ini pastinya Syafika punya kerja menghantarkan surat jemputan sebegitu banyak semata-mata untuk menghukum si Han. Kecut juga hati Han membayangkan kepenatan dirinya nanti buat kerja menemuduga nanti. Si Han pasang niat, kalau balik rumah nanti nak suruh si Wan tolong picit badan.

Izhan : Nanti balik rumah nanti… aku nak suruh Wan picit aku…. ( bisikan hati )

Scene 128.1 : Izhan di tempat temuduga dijalankan, dia sudah bersedia untuk menjalankan proses temuduga itu,

Scene 128.2 : Cik Ida Rahayu datang dan membawakan 34 fail pemohon. Si Han berkata geram dalam hati…

Izhan : Tak apa Cik Fika… ini hari kau… nanti akan kuajar cukup-cukup… ( Gelagat Han yang geram itu diperhati oleh Cik Ida dengan hairan. )

Cik Ida : Ada apa hal Encik Kamal?
Skh5p13
Izhan : Ohh… Cik Ida…. Sila panggil pemohon pertama.

Cik Ida : Baik Encik Kamal…

Scene 128.3 : Maka kemudian satu persatu nama pemohon dipanggil dan ditemuduga. Si Han tenang aje menjalankan tugas, senyumannya tidak pernah luntur di bibir.

Scene 128.4 : Daripada jam 9.00 a.m. menjadi 12.55 p.m., tibalah masanya untuk pemohon yang terakhir. Han terkejut besar dengan kemunculan pemohon terakhir itu….. wajahnya serupa benar dengan gadis misteri dalam potret lukisan si Wan. Terpegun dan terpesona si Han dibuatnya. Rasa tak sabar-sabar si Han nak pertemukan gadis itu dengan adiknya.

Siti ( pemohon baru ) : Selamat pagi, Encik. ( Sambil menhulurkan fail resume. )

Izhan : Eh dah tengahari pun… ( Kata lawak Han. )

Siti : Maaf encik… tak perasan saya.. ( Tersenggih malu. )

Izhan : Tak pa… sila duduk… ( Kata Han sambil terbayang… )

Scene 128.5 : ( Fantasi Izhan ) Si Wan berdiri di sebelah si gadis manis itu, nampak begitu sepadan sekali macam pinang dibelah dua.

Izhan : Okaylah…. Cik Siti Nur Ain Ariff Baharudin ya… nama panggilan biasa apa? ( Han merujuk kepada fail…)

Siti : Biasanya kawan-kawan panggil Siti atau Nur saja…

Izhan : Boleh beritahu saya tentang latar-belakang kelulusan Siti ada.
Skh5p14
Siti : Saya selepas SPM ada mengikuti pengajian Diploma Pengiklanan TV dan Media Cetak di UniPutra Serdang selama 2 tahun.

Izhan : Apa harapan Cik Siti kalau dapat diterima bekerja di sini.

Siti : Saya berasa amat berbangga kalau dapat menyertai Syarikat Multi Raya Berhad kerana syarikat ini adalah diantara syarikat bumiputra terbesar di negara ini, saya berjanji akan berkerja dengan penuh semangat dan berdedikasi untuk syarikat.

Izhan : Okay… itu sahaja. Semoga dapat jumpa lagi… ( Kata Han dengan senyum memikat. )

Scene 128.6 : Apabila berlalu pergi pemohon yang terakhir. Terlentang si Han di kerusi empuk, jam sudah tunjuk 1.05 p.m.
Skh5p15

No comments:

Post a Comment

Followers