About Me

My photo
Single.. bla..bla...bla... see my youtube profile also Ramirahrina

Tuesday, January 5, 2010

PraSkrip 06 - Hanwansiti

Pra Skrip untuk Bab Han & Wan 06

Scene 129 : Malamnya kedua adik-beradik itu makan malam di warung biasa. Mereka berdua amat mesra berbual bercerita pengalaman harian. Wan merasa janggal sedikit apabila abangnya rancak bercerita yang dia berjumpa dengan seseorang istimewa hari ini sebab Wan teringatkan Kak Fikanya.

Izhan : Kau tau Wan, abang ada jumpa bidadari dari syurga dunia hari ini?

Irwan : Wauu… ini berita eksklusif ni… Bagaimana pula dengan Kak Fika?

Izhan : Abang dah jadi pejuang gerilla pulak sekarang ni. ( Kata gurau Han. )

Irwan : Abang ni cakap betul… siapa nama si dia yang baru tu? ( Wan buat berminat nak tahu. )

Izhan : Cik Siti Nur Ain Ariff Baharudin. ( Umum si Han. )

Irwan : Panjangnya nama... Ingin juga Wan nak jumpa kakak baru tu… tapi selepas balik kampung nanti.

Izhan : Kamu pasti akan suka padanya. ( Kata Han penuh makna… dia mempunyai satu rancangan sulit. )

Scene 129.1 : ( Fantasi ) Si Han terbayang si gadis manis duduk sebelah si Wan, tersenggih sendiri si Han menghairankan si Wan.

Irwan : Abang Han tengok siapa? ( Hairan si Wan. )

Izhan : Abang tengah tengok masa depan kamulah.

Irwan : Masa depan apa? Skh6p01

Izhan : Abang nampak kamu kahwin lebih dahulu daripada abang.

Irwan : Tolonglah abang Han… jangan sebut perkataan kahwin tu sekarang…. Pedih betul telinga Wan dengar…. ( Kata Wan itu membuatkan si Han tergelak tertawa.)

Izhan : Sebut-sebut kamu nak balik kampung… abang nak bagi satu hadiah. ( Sambil si Han mengeluarkan satu set kunci. Wan perhatikan dan dia senyum gembira. )

Irwan : Eh ini Honda Shadow kan? Habis kips yang lama tu?… ( Kata Wan dan Han hanya angguk. )

Izhan : Yang itu, boleh kamu bawak balik kampung, bagi kepada Razali atau si Faiz. ( Cadang Han. )

Irwan : Okay... jugak.

Memandangkan esok si Wan merancang nak balik kampung sekejap, Wan cuba membangkitkan perkara serius melibatkan hal keluarga di kampung.

Irwan : Abang Han… jommlah balik sama. Abang ni tak pernah cuba nak balik kampung selain daripada hari raya. Semua bertanyakan abang… apa lagilah Mak Ngah kita yang tua tu… Mak Ngah rindu sangat nak tengok kelibat abang… abang ni macam dah tak peduli dengan keluarga di kampung.

Izhan : Wan… Wan tak boleh anggap macam tu pada abang. Abang terlampau banyak agenda kerja hendak diuruskan… buat masa ini abang tidak boleh balik kampung.
Skh6p02
Irwan : Atau abang membenci dan berdendam dengan Mak Ngah dan Pak Long ke atas apa yang berlaku pada keluarga kita. Sebab itulah abang tidak mahu Wan tinggal dengan mereka kerana abang malu dengan keluarga Mak Ngah dan Pak Long hidup susah. ( Si Wan betul-betul melepas rasa hatinya. )

Izhan : Irwan… di hati abang ni, tuhan saja yang tahu… betapa sayangnya abang pada keluarga kita… kepada kamu. ( Kata pendek Han masih merahsiakan hal sebenarnya. )

Scene 129.2 : Wan hanya mampu melihat abangnya dengan penuh keraguan di hati.


Scene 130 : Keesokannya, Wan dalam perjalanan ke kampungnya dengan motor lamanya.

Scene 131 : Manakala Han berada di pejabatnya sudah membuat keputusan, siapa yang akan menjadi pekerja baru.

Scene 131.1 : Dia menyerahkan senarai nama yang berjaya kepada setiausahanya,

Izhan : Cik Ida… sila uruskan surat jawapan kepada pemohon-pemohon ini.

Scene 131.2 : Tertera salah seorang nama adalah ‘Siti Nur Ain Ariff Baharudin’.

Scene 132 : Manakala si Wan pula kini berada di ruang tamu rumah Mak Ngahnya.

Scene 132.1 : Di perkarangan rumah itu tersandar motorsikal kips lama si Wan.

Scene 132.2 : Mak Ngah nampak gembira sekali dengan kepulangan Wan.
Skh6p03
Mak Ngah : Mak Ngah tengok kamu ni makin bertambah kacak lawa… dah mengalahkan abang Han kamu. ( Kata puji Mak Ngah. )

Irwan : Alah Mak Ngah… jangan puji Wan tinggi melambung tinggi sangat… terasa macam kena perli pulak rasanya… Wan tahulah Wan ni tak sehandsome abang Han… ( Kata Wan merendah diri. )

Mak Ngah : Kamu ni Irwan… buat kelakar pun macam abang kamu jugak… abang Han kamu balik sama tak? ( Pertanyaan itu berat untuk dijawab si Wan. )

Irwan : Tttak balik… abang sibuk sangat dengan kerja pejabatnya.

Mak Ngah : Tak balik? ( Mak Ngahnya semacam amat sedih kerana terlalu lama sangat si Han tidak balik kampung. )

Scene 132.3 : Si Wan menghampiri makciknya untuk bersalam.

Irwan : Mak Ngah…. ( Sambil Wan bersalam dan mengucup tangan makciknya. Semacam hari raya pulak. )

Mak Ngah : Itulah abang kamu…. Tak habis-habis dengan janjinya… ( Kata keluh Mak Ngahnya. )

Irwan : Janji apa… Mak Ngah? ( Pertanyaan hairan si Wan. )

Makciknya tidak memberitahu lebih lanjut apa yang telah berlaku sebelum ini di mana si Han telah berjanji di hadapan dia dan abang Longnya yang Han tidak akan balik kampung selagi tanah dan rumah milik ayahnya yang telah dirampas oleh pihak bank 15 tahun lalu tidak dapat ditebus-balik semula.

Scene 132.4 : ( Imbasan kembali, lokasi sama ) Scene visual tanpa audio, guna Scene 79.1 skh6p04

Scene 133 : Masa berlalu, waktu sudah lewat petang. Si Wan dan sepupunya yang sebaya si Razali pergi bermain rakit melayari sungai.

Scene 133.1 : Mereka mendayung rakit buluh memudiki sungai yang mengalir lesu sepertimana yang biasa mereka lakukan ketika zaman budak-budak dahulu. Sambil itu mereka berbual mesra.

Razali : Nampaknya… kau ni Wan makin jarang balik ke kampung macam abang kau. ( Ungkit sepupunya. )

Irwan : Memang dah banyak kali hajat nak balik, Zali. Tapi selalu tak menjadi. Bagaimana dengan semua famili di sini?

Razali : Semuanya boleh dikatakan okay, abang Raziz anak Pak Long dan Kak Miza berjaya masuk universiti tahun lepas.

Irwan : Habis bagaimana dengan pembiayaan masuk universiti mereka tu?

Razali : Entahlah… tapi emak cakap duit belanja masuk tu semuanya pakai duit sendiri.

Wan terfikirkan sesuatu, dia terkilan kerana memikirkan abangnya tidak sedikit pun menolong saudara terdekat mereka itu.

Scene 134 : Manakala rakit itu bergerak perlahan menuju berhampiran dengan tanah di mana letaknya Istana Impian yang telah lama ditinggalkan itu.

Scene 134.1 : Wan dan sepupunya mendarat dan pergi ke rumah lama itu.
Skh6p05
Scene 134.2 : Wan masuki dan meninjau ke dalam rumah lama itu.

Scene 134.3 : Imbasan, Wan masih ingat kata abangnya ketika berjalan-jalan ke rumah lama itu masa kecil dulu. ( Boleh gunakan Scene 41 )

Izhan ( Audio mengiringi Scene 41 ) : Rumah ini adalah rumah impian ibu dan ayah… ayah membinanya sebagai mengabadikan cinta sucinya kepada ibu. Tetapi sayang… selepas ayah meninggal dan syarikatnya jatuh bankrap. Rumah ini telah dirampas oleh pihak bank kerana ayah telah menjadikan tanah dan rumah ini sebagai cagaran jaminan utama pinjaman syarikatnya.

Scene 134.4 : Wan memandang keliling ruang tamu besar rumah.

Scene 134.5 : ( Imbasan, guna Scene 33 ) dia terbayang-bayang lagi suasana yang meriah ketika majlis jamuan berkhatan abangnya di mana dia dan sepupu sebaya berlarian di antara ruang yang luas itu. Wan ingat-ingat lupa ketika itu dia masih kecil berusia 5 tahun berlarian nakal di antara orang ramai yang hadir.

Scene 135 : Keesokkannya dia pergi memancing dengan dua tiga sepupunya yang lain di tepian sungai.

Scene 135.1 : Kemudian mereka berlumba renang dan dimenangi oleh Wan. Wan mengukir wajah gembira tetapi di hatinya dia tetap terkilan kerana abang Hannya tidak ada bersama untuk bertanding renang.

Scene 136 : Masa berlalu, Wan balik rumah dengan teksi kerana dia memberikan Super Kips lama itu kepada Razali.
Skh6p06
Scene 137 : Di kampung, rumah Mak Ngah. Irwan memberikan Super Kips lama itu kepada Razali.
( Tanpa audio )

Scene 138 : Bila sampai di bangunan apartmennya.

Scene 138.1 : Wan ke peti surat apartmen, terdapat lebih sedozen surat dan bil di dalam pigeon box rumah mereka.

Scene 138.2 : Si Wan naik angin juga mengenangkan abangnya yang kemalasan nak ambil surat.

Irwan : Surat pun malas nak ambik padahal giliran dia… ( Kata Wan dalam hati. )

Scene 139 : Irwan memasuki rumah dan dia dapati abangya sedang membaca suratkhabar di ruang tamu. Wan hanya masuk dan tidak ada bercakap sepatahpun menghairankan si Han.

Irwan : Surat.. ( Itulah kata Wan berlalu dan menjatuhkan surat-surat ke atas meja. )

Izhan : Bagaimana dengan famili kita di kampung? ( Tanya baik si Han. )

Irwan : Pergilah tengok sendiri! ( Kata kasar Wan sambil masuk bilik dan menghempas tutup semula pintu dengan kuat. )

Scene 139.1 : Irwan masuk bilik dan menghempas tutup semula pintu dengan kuat.

Si Han tahu adiknya tengah bengang besar atas sikapnya tidak meluangkan masa untuk balik kampung jumpa Mak Ngah dan Pak Long mereka. Han mempunyai sebab yang tersendiri.

Scene 139.2 : Izhan pergi menghampiri bilik Wan dan bercakap di tepi pintu, skh6p07

Izhan : Wan… bukannya bang tak nak balik… tapi kan rutin seharian, tidak mengizinkan abang.

Irwan : Ah! Abang memang dah tidak pedulikan mereka lagi. Wan tidak mahu dengar apa-apa lagi alasan abang Han. ( Kata balas Wan yang sedang panas marahkan si Han. )

Scene 139.3 : Irwan duduk berdiam saja dalam biliknya kemudian berbaring di atas katil.

Scene 139.4 : Izhan kerisauan mengenangkan perubahan sikap adiknya itu maka itu si Han pergi menelefon Mak Ngahnya,

Izhan : Hello, Mak Ngah…. Ini Izhan ni, Mak Ngah, Pak Ngah, Pak Long macam mana sekarang?…

Scene 139.5 : Masa berlalu, jam di bilik Wan sudah menunjukkan 11.30 p.m.

Scene 139.6 : Wan sedang asyik melakarkan kartun-kartunnya sebelum masuk tidur.

Scene 139.7 : Kemudian terdengar bunyi ketukan di pintu biliknya, si Han masuk.

Izhan : Belum tidur lagi? ( Tanya abangnya. Si Wan Cuma menggangguk sahaja. )

Irwan : Abang Han, maaf sebab Wan bad mood tadi.

Izhan : Wan tidak perlu meminta maaf.. Wan berhak untuk marah kat abang. Kamu kan adik abang...

Scene 139.8 : Sambil Izhan merangkul peluk si Wan yang sedang duduk di meja lukisnya itu.
Skh6p08
Izhan : Cukuplah dik, melukis tu.. ( Kata Han melihatkan si Wan agak kepenatan. )

Scene 139.9 : Keesokkan harinya, suasana pagi 7.00 a.m. di rumah mereka, si Wan di bilik air sedang menggosok gigi.

Scene 139.10 : Manakala abangnya masih rancak mandi shower.

Scene 139.11 : Kerja menggosok gigi sudah habis dan Wan berkumur.

Scene 139.12 : Abangnya sudah habis mandiannya dan keluar dari ruang mandi dan menghampiri si Wan di sinki bercermin itu.

Scene 139.13 : Wan dapat lihat wajah abangnya cermin itu memang dia dan Han mempunyai iras wajah yang saling tidak tumpah sama. Cuma kalau kini abangnya berambut pendek kemas kerana kerja di pejabat dan si Wan pula berambut panjang ala rockers macam masa si Han popular menjadi model dahulu. Tiba-tiba si Han memeluk adiknya,

Izhan : Wan… maafkan abang pasal semalam.

Irwan : Itu hak abang. Wan takkan cakap lagi pasal itu. ( Jawab Wan menyentuh pasal ketidakmahuan si Han balik kampung untuk bertemu famili yang masih ada di kampung. )

Scene 140 : Masa berlalu, si Han kini berada di pejabatnya sedang memberi penerangan kepada semua pekerja di jabatannya termasuklah si pekerja baru Cik Siti Nur Ain itu.

Scene 140.1 : Setelah selesai memberi taklimat kepada pekerja, si Han menunjukkan pekerja baru Siti Nur Ain itu tempat bekerja.
Skh6p09
Scene 140.2 : Tiba-tiba pula telefon bimbitnya berbunyi, rupa-rupanya si Wan yang telefon dari sebuah telefon public.

Izhan : Eh Wan… kamu telefon dari mana ni?

Irwan : Wan dekat syarikat majalah ni… Wan ada berita baik untuk beritahu abang.

Izhan : Apa halnya tu?

Irwan : Saya telah dapat tawaran kerja tetap sebagai kartunis di syarikat ini.

Izhan : Baguslah… nampaknya adik abang sudah ada kerjaya tetap sekarang. ( Kata si Han begitu gembira. )

Scene 140.3 : Si Han tidak semena-mena duduk di kerusi depan meja si pekerja baru itu. Cik Siti Nur Air tersipu-sipu malu dengan boss barunya sambil dia mengemaskan meja dan menyusun alat tulisnya.

Izhan : Wan… apakata kalau tengahari ini kita lunch sama-sama di tempat biasa.

Irwan : Abang tak sibuk ke?

Izhan : Tak adalah… abang ingat nak perkenalkan kamu dengan salah seorang pekerja baru yang begitu memikat hati abang.
( Kata-kata si Han itu mengejutkan Siti Nur Ain. )

Tidak keruan hati Siti Nur Ain dengan ajakan si Han itu, siapa sangka bekas model kacak yang terkenal di tanahair mengajak keluar makan.

Irwan : Abang Han ni jangan buat akak Fika mengamuk pulak.

Izhan : Alah.. biarkan dia nak marah. Skh6p10

Irwan : Wan tidak ada halangan.

Izhan : Kalau macam tu… jumpa di sana, sayang.

Irwan : Abang.. tolonglah jangan sebut perkataan itu… Wan bukannya jambu abang… okay bye.

Izhan : Bye.

Scene 140.4 : Si Han memberikan senyuman lebar kepada pekerja barunya yang tersipu-sipu malu dengan agenda luar jangka itu.

Izhan : Bagaimana… Cik Siti setuju tak? ( Tanya Han yang duduk dekat tepi meja si Nur Ain itu, penuh keromantikan. )

Siti : Saya seganlah Encik Kamal.

Izhan : Awak tidak perlu berencik-encik dengan saya, panggil Han saja.

Siti : Saya seganlah dengan adik perempuan Encik Han.

Izhan : Eihh.. siapa yang cakap adik saya tu perempuan… saya nak bawa awak berjumpa dengan seorang lagi Kamal. ( Kata Han penuh misteri. )

Siti : Oppss… maafkan saya. ( Kata Siti Nur yang tersalah anggap. )

Izhan : Tak apalah… jumpa nanti ya.

Scene 140.5 : Izhan yang kemudiannya masuk ke dalam pejabatnya.
Skh6p11
Scene 140.6 : Cik Siti Nur Ain tersenyum keseronokan, baru sahaja hari pertama bekerja boss sudah begitu baik sekali kepadanya.

Scene 140.7 : Dalam pada itu, semua pekerja lama memandang kepada Siti Nur Ain kerana kejadian itu begitu mengejutkan. Ketika itu jam pejabat menunjukkan 11.00 a.m.

Scene 141 : Manakala di pejabat Fika, si Fika sedang duduk tersenyum dalam pejabatnya. Dia memeriksa kalendar mejanya, dia dapati temujanji rasmi untuk hari ini adalah kosong maka dia merancang hendak mengajak Han untuk makan tengahari.

Scene 141.1 : Di mejanya ada gambar kecil si Han dan Wan.

Fika juga teringatkan yang sudah berminggu dia dengan Han bergaduh besar, bukannya apa sangat si Fika berkeras hendak mengadakan Hari Keluarga syarikat di Langkawi. Semuanya disebabkan oleh si Han buat perangai. Fika naik geram apabila si Han beriya-iya sangat nak buat Hari Keluarga di Pangkor diatas alasan dia mempunyai kenalan rapat di sana yang boleh menawarkan potongan istimewa percutian berkumpulan. Si Fika memang tahu sangat siapa yang dikatakan kenalan itu kalau tidak si model wanita- Erni Imran yang kini telah berumahtangga dengan seorang Dato’ dan membuka sebuah hotel peranginan di Pulau Pangkor. Semuanya berpunca apabila Fika terbaca sendiri pamplet promosi milik Erni Travel di rumah Han di mana beliau selalu pergi memasak sekali-sekala di rumah dua anak bujang itu.

Scene 141.2 : ( Imbasan ) Lokasi di bilik pejabat Syafika juga. Situasi Syafika dengan Han bergaduh besar,

Syafika : Saya mahu Hari Keluarga diadakan di Pulau Langkawi…
Skh6p12
Izhan : Saya bantah… saya cadangkan ianya dibuat di Pangkor kerana saya mempunyai kenalan rapat di sana yang boleh menawarkan potongan istimewa percutian berkumpulan.

Syafika : U ingat I tak tahu… siapa u punya kenalan tu? ( Marah Syafika )

Scene 141.2.1 ( Scene tambahan ) : Si model wanita- Erni Imran yang berumahtangga dengan seorang Dato’ dan membuka sebuah hotel peranginan di Pulau Pangkor.

Scene 142 : Di rumah Izhan Irwan, Fika terbaca sendiri pamplet promosi milik Erni Travel di ruang tamu, di mana beliau selalu pergi memasak sekali-sekala di rumah dua anak bujang itu.

Fika pernah mengungkitkan pasal pamplet Erni Travel itu kepada Han tetapi si Izhan tetap menafikan perkaitan resort milik Erni Imran. Fika terus merajuk sakan walaupun si Han telah berulang-kali menyakinkan yang dia dan Erni sudah tidak mempunyai sebarang hubungan istimewa lagi.

Scene 142.1 : Fika mengungkitkan pasal pamplet Erni Travel itu kepada Han tetapi si Izhan tetap menafikan perkaitan resort milik Erni Imran.

Syafika : Ehhh…. Apa ni pamplet Erni Travel ni ada kat sini… apa kaitan u dengan dia lagi…

Izhan : Amendelah.. awak ni…. Pamplet tu dihantar dengan pos… bukan I ada apa-apa dengan dia lagi…

Scene 143 : ( Di pejabat Syafika ) Tersedar dari lamunan jauh, si Fika kemudian bersolek sedikit dan kemudian kelihatan si Fika keluar dari pejabatnya dengan keadaan cukup seronok dan gembira.
Skh6p13
Scene 144 : Masa itu juga, Han juga keluar dari pejabatnya. Dia mematahkan sekuntum bunga ros putih yang ada sejambak di meja setiausahanya Cik Ida.

Scene 144.1 : Cik Ida pula yang menaruh syak wasangka. Dia begitu tertanya-tanya di dalam hati – siapakah yang akan diberikan bunga ros itu, harap-harap dialah sebab dia dah begitu lama bekerja penuh dedikasi dengan si Han.

Scene 144.2 : Saat-saat tertanya-tanya itu terjawab apabila Han pergi menghampiri meja si pekerja baru, Siti Nur Ain itu. Siti Nur yang duduk sedang asyik membuat kerja di situ tergamam.

Scene 144.3 : Si Han mengunjukkan bunga ros putih itu, Siti Nur tersipu-sipu malu dan segan.

Izhan : Terimalah bunga ini sebagai jemputan rasmi saya untuk keluar makan tengahari bersama.

Scene 144.4 : Siti Nur pun terima bunga itu dengan tangan terbuka.

Siapa sangka nasibnya begitu bertuah hari ini. Siti Nur masih terbayang-bayang masa dia datang untuk temuduga tempoh hari. Semua budak perempuan yang datang untuk temuduga itu terkejut besar apabila mendapati orang yang akan menemuduga mereka adalah seorang bekas model terkenal tanahair. Siti Nur teringat lagi dua orang kakaknya bagai nak rak minta tolong Siti untuk dapatkan autograf majikan barunya apabila Siti Nur menerima surat jawapan terima kerja tempoh hari.

Scene 145 : ( Imbasan ) Temuduga tempohari... Semua budak perempuan yang datang untuk temuduga itu terkejut besar apabila mendapati orang yang akan menemuduga mereka adalah seorang bekas model terkenal tanahair.
Skh6p14
Scene 146 : Di rumah Siti, dua orang kakaknya bagai nak rak minta tolong Siti untuk dapatkan autograf majikan barunya apabila Siti Nur menerima surat jawapan terima kerja tempoh hari.

Sebenarnya Siti Nur ada membawa dua gambar poster model Han Akmal itu di dalam beg failnya untuk mendapatkan autograf bagi pihak dua orang kakaknya. Tetapi Siti Nur belum lagi terfikir untuk menunaikan hajat kakaknya itu, gambar-gambar itu masih tersimpan rapi di dalam laci bawah mejanya. Lagi pun Siti tidaklah begitu meminati sangat dengan model Han Akmal, idola pujaan Siti adalah pelakon si Eizlan Yusuf itu.

Scene 147 : Siti ada simpan dua gambar poster model Han Akmal itu di dalam beg failnya untuk mendapatkan autograf bagi pihak dua orang kakaknya.

Scene 147.1 : Gambar-gambar itu masih tersimpan rapi di dalam laci bawah mejanya.

Scene 148 : ( Imbasan ) Zaman remaja sekolah Siti. Siti tidaklah begitu meminati sangat dengan model Han Akmal, idola pujaan Siti adalah pelakon si Eizlan Yusuf itu.

Semasa kemunculan model Han Akmal, Siti baru sahaja berada di sekolah menengah bawah. Siti masih ingat lagi masa di rumah keluarga dia di Melaka dulu, dua orang kakaknya memang banyak menampal poster model Han Akmal di dalam bilik tidur mereka. Sampaikan akaknya yang sulung walau dah bertunang pun masih meminati model Han Akmal itu.

Scene 148.1 : Dua orang kakaknya memang banyak menampal poster model Han Akmal di dalam bilik tidur mereka.
Skh6p15
Tetapi seingat Siti, masa dia berada di menengah atas dan masa belajar diploma dulu. Dia dilanda demam artis pujaan iaitu model dan pelakon Eizlan Yusuf. Banyaklah gambar model itu yang ditampal di bilik tidurnya malah semua kulit buku studi pun ada tertampal gambar model itu.

Scene 148.2 : Siti dilanda demam artis pujaan iaitu model dan pelakon Eizlan Yusuf. Banyaklah gambar model itu yang ditampal di bilik tidurnya malah semua kulit buku studi pun ada tertampal gambar model itu.

Scene 149 : ( Kembali di lokasi syarikat ) Tersedar dari lamunan jauh Siti itu, dia sedari kini dia sedang berjalan bersama seiringan dengan model pujaan kakaknya dan bunga ros sekuntum yang dipegangnya siapa pula yang berikan.

Scene 150 : Malang tidak berbau, ketika sedang asyik si Han dan Cik Siti Nur itu berjalan bersama untuk keluar makan itu. Maka bertembunglah mereka dengan si Syafika yang dalam perjalanan untuk menemui Han.

Scene 150.1 : Syafika terkejut besar apabila mendapati si Han berjalan mesra bersama dengan pekerja baru yang cantik jelita itu. Manakala Siti tidak tahu-menahu akan hubungan dua orang itu. Si Han dengan selamba menyapa Fika,

Izhan : Selamat tengahari Miss Syafika!

Syafika : Eihhh… masih tak habis lagi ke mesyuarat dengan pekerja baru you tu, Encik Kamal Izhan? ( Tanya sindir Fika yang geram teramat. )

Izhan : Ohh tidak, kami ni nak pergi makan tengahari sebenarnya… ( Jawab selamba si Han )

Scene 151.2 : Izhan dengan memegang mesra tangan si pekerja baru tu. Si Fika buat senyum-senyum aje walhal di dalam hatinya macam nak mengamuk satu kampung.
Skh6p16
Scene 151.3 : Kemudian si Han buat berlakon jalan rapat-rapat dengan Siti dan berlalu pergi dari Fika, dan baru Syafika sedari yang pekerja baru itu memegang sekuntum bunga ros putih. Perasaan Fika yang tiba-tiba terperanjat bengang,

Syafika : Ooiii… Encik Izhan ni dah buka kebun bunga baru ke? ( Kata sindir halus Syafika menyebabkan si Han hanya menoleh dengan senyuman dendam. )

Scene 151.4 : Maka tinggallah Fika keseorangan tanpa dapat melaksanakan hasrat hatinya hari ini. Fika mengeluh sendiri,

Syafika : ( Dalam hati ) Menyesalnya aku suruh dia buat temuduga tempoh hari eeeiiii… menyesalnya !

Namun kesalannya sudah terlambat kerana lihatlah hasilnya sekarang di mana betapa romantiknya si Han melayan kekasih barunya.

Scene 151.5 : Izhan dengan penuh romantik berjalan bersama Siti Nur Ain.

Scene 152 : Masa berlalu, si Wan sudah sampai di perkarangan restoran Steak House yang biasa mereka adik-beradik makan dengan Syafika.

Scene 152.1 : Wan memarkirkan motor besar barunya itu , dia dapat lihat Vitara abangnya sudah berada di perkarangan parkir restoran itu.

Scene 153.2 : Wan membetulkan pakaiannya. Seperti biasa dia dengan jaket kulit dan seluar jeansnya berimej ala rocknya.

Scene 153.3 : Wan juga tidak lupa memeriksa dalam jaketnya sekuntum bunga ros merah yang telah siap dibungkus…
Skh6p17
Dia sengaja meletakkannya di dalam jaket untuk memberikan kejutan maklumlah mungkin hari ini abang Han dia akan memperkenalkan seseorang yang bakal menjadi kakak iparnya. Tentu si gadis misteri itu cukup istimewa, apakan tidak abangnya berani buang tabiat menduakan Kak Syafika. Kerana itulah si Wan membelikan sekuntum mawar itu sebagai penyataan alu-aluan kehadiran orang baru dalam hidup abangnya. Wan tidak tahu sangat dengan pemilihan warna ros itu, harap ianya tidak disalah anggap apa-apa kerana warnanya.

Scene 153.4 : Manakala di dalam restoran itu, si Han dan Siti Nur sedang berbual begitu mesra sekali. Maklumlah baru kenal rapat, Siti begitu tertarik dengan cara lagak si Han yang baik dan amat mesra sekali tutur bicaranya. Terpikat Siti sambil masyok perhatikan cara Han bercakap begitu romantik, terpegun sekali Siti dibuatnya.

Scene 153.5 : ( Fantasi ) Terbayang-bayang di pemikiran Siti akan kehadiran dua orang kakaknya yang sedang berdiri dan menunjuk aksi marah tidak puas hati dan memberikan amaran agar jangan terpikat hati dengan si Han. Namun Siti melayan asyik percakapan bersama Han itu.

Scene 153.6 : Wan ketika itu berada jauh dari meja Han dan Siti itu dapat melihat kelibat si gadis manis bersama abangnya itu.
( Terasakan dia pernah melihat wajah gadis itu entah di mana. )

Scene 153.7 : ( Fantasi ) Terbayangkan di kotak fikiran si Wan akan pasangan itu berada di persandingan.
Skh6p18
Scene 153.8 : Semakin si Wan menghampiri tempat itu maka ternampaklah dia akan sekuntum ros putih yang berada di atas meja berdepan dengan si gadis itu. Ini membuatkan si Wan serba-salah kerana dia pun membawakan benda yang sama.
( Maka itu Wan ambil keputusan untuk tidak akan memberikan hadiah rosnya itu. Tentunya sekuntum ros yang tidak berbalut mempunyai makna yang lebih bererti dan mendalam daripada kuntuman yang berbalut dan pastinya lebih romantik. Tiada niat untuk Wan merampas makwe abangnya itu walaupun suara hatinya berkata…)

Irwan : ( Dalam hati ) Wahh… cantiknya dia!

Scene 153.9 : Wan pun sampailah di meja itu dan dia menegur ringkas,

Irwan : Hai…

Scene 153.10 : Manakala pandangan Siti Nur Ain tertumpu pula kepada si pemuda yng baru sampai itu. Dalam hati Siti berdetak,

Siti : ( Dalam hati ) Aduhai… kacaknya dia.

Scene 153.11 : ( Fantasi ) Serentak Siti terbayang dua kakaknya senyum berdiri setuju di belakang Wan berdiri.

Scene 153.12 : Si Han yang tersedar akan kehadiran Wan memperkenalkan,

Izhan : Hahh.. datang pun kamu Wan… perkenalkan ini pekerja baru syarikat abang… Cik Siti Nur Ain Ariff Baharudin.

Scene 153.13 : Sambil itu Wan cuma duduk mengambil kerusinya. Mata si Wan tidak berganjak dari memandang ke kuntuman ros putih di atas meja itu dan sesekali dia memandang ke wajah si gadis itu.

Gelora perasaan cinta tidak pernah hadir sebelum ini semenjak dari putus dengan Salina, kekasih zaman persekolahannya itu. Tidak puas hati si Wan memujuk diri agar tidak terjatuh cinta kali ini… apatah lagi teman istimewa abang Han sendiri. Wan cuba memperkenalkan diri…..
Skh6p19
Irwan : Saya Kamal Irwan… panggil Wan sahaja. ( Dengan senyuman Wan yang kacak sekali. )

Scene 153.14 : Manakala Siti hanya termampu tersenyum kerana pasrah di hadapannya kini dua pemuda yang memikat hatinya- seorang kemas dan segak, seorang lagi ringkas tapi memikat jiwanya.

Terasakan Siti bagaikan dia berada di alam fantasi, dia tidak tentu arah – si Han matang dan amat baik manakala si adiknya itu cukup kacak lawa dan charming. Walaupun Siti tidak pernah berkenal dengan si Wan tetapi dia yakin si adik Han itu pun perangai mesti macam abangya juga – baik dan romantik.

Scene 153.15 : Masa berlalu, mereka pun makan tengahari bersama. Mereka tidak banyak bercakap ketika sedang menjamu selera itu. Namun mata si Wan dan Siti sekali sekali-sekala bertentang juga.

Scene 153.16 : Selesai acara makan itu, si Han memulakan perbualan,

Izhan : Bagaimana pendapat Siti tentang kami berdua?

Panik pemikiran Siti apabila si Han meminta pendapatnya, tersipu malu si Siti apatah lagi dia memandang si Wan yang senyum manisnya. Nampaknya saham kedua adik-beradik itu sama tinggi. Lalu secara spontan Siti berkata,

Siti : Entahlah… komen saya… macam itu abangnya, macam itu jugalah si adiknya. ( Kata-kata Siti cukup tergantung. Dan kemudian Siti pandang ke Han dan tanya… )

Siti : Adakah awak berdua ni adik-beradik kembar tak seiras ke?
Skh6p20
Izhan : Kalau saya cakap… kami ni kembar… Cik Siti percaya?

Siti : Iya… saya percaya… Tapi saya pernah dengar orang kata pasangan kembar lebih cenderung jadi couple… ya… yang dot dot tu lah. ( Kata-kata Siti tersekat-sekat kerana mengatakan satu isu yang sensitif. )

Irwan : Habis… apa mereka kata kalau kami adik-beradik kembar?

Tiba-tiba si Wan berkata-kata hendak menduga si gadis itu.

Siti : Alah segan saya nak cakap. ( Siti keseganan betul dengan si Wan. )

Irwan : Cakaplah… saya mahu mendengar sendiri pendapat awak. ( Kata-kata Wan itu menjadikan suasana panas dan tegang. Namun si Han mengambil jalan tengah menjadi pendamai... )

Izhan : Sebenarnya Cik Siti, saya dengan si Wan jarak masa kelahiran cuma dalam masa 6 minit…. Opss silap… 6 tahun sebenarnya. Siti sebaya umur dengan Wan.

Scene 153.17 : Siti dan Wan berpandangan bila terdengar satu persamaan di antara mereka berdua.

Siti : Oh…. begitu.. ( Kata Siti. )

Irwan : Dan jika awak perhatikan betul-betul, ada satu perkara yang nyata berbeza di antara saya dan abang saya.

Izhan : Apa dia tu? ( Siti begitu tertanya ingin tahu. )

Irwan : Saya ni tidak cukup tinggi beberapa cm daripada abang saya.
Skh6p21
Scene 153.18 : Kata-kata si Wan itu cukup memberi jenaka kepada Siti. Siti tergelak kecil.

Izhan : Apa pendapat Siti tentang adik saya ni? ( Tanya soalan cepumas si Han. )

Siti : Saya rasa Wan cute sangat dengan lagak lawaknya. ( Kata spontan Siti secara tidak langsung memuji Wan. )

Izhan : Untuk pengetahuan Cik Siti… si Wan ni salah satu kartunis berbakat di tanahair kita sekarang. (Umum kata si Han.)

Siti : Iya ke?… Siti selalu ingatkan pelukis kartun selalu badan besar dan tidak handsome. ( Kata terkejut Siti dalam ceria. )

Irwan : Nampaknya saya ni tidak handsomelah. ( Kata Wan merendah diri.)

Siti : Eh… awak handsome apa… Siti Nurhaliza pun boleh terjatuh cinta dengan awak. ( Kata puji Siti setelah silap tersebut kata-hatinya tadi. )

Izhan : Apa ni… habis tu saya macam mana pula? ( Tanya si Han seakan tidak puas hati. )

Siti : Encik Han tetap jejaka paling handsome di Malaya ni.
( Kata puji Siti.)

Izhan : Ni dah tahun berapa ni? ( Tanya lawak si Han buat kelakar bila Siti sebut perkataan Malaya. )

Scene 153.19 : Mereka sama-sama tertawa gelak. Namun dalam hati si Wan terasakan sesuatu yang tidak kena di penjuru hatinya. Hatinya berdetak namun si gadis itu telah menjadi milik abangnya, jika tidak apakan tidak abangnya akan membawakan si gadis itu untuk makan tengahari bersama mereka.
Skh6p22
Scene 154 : Masa berlalu, si Wan kini berjalan sendirian di sebuah taman rekreasi. Perasaannya cukup berkecamuk dan dia cuba mengubat hatinya sendiri. Ketika itu ramai juga yang datang berkunjung ke taman itu. Wan duduk di bangku batu tepian tasik sambil perhatikan burung undan berenang-renang. Dia begitu memerhatikan dengan penuh khusyuk.

Scene 154.1 : Tiba-tiba, muncul di hadapannya si gadis comel si kecil berusia empat tahun dan bertanya,

Si kecil perempuan : Abang, abang, kenapa abang ni bersedih?
( Kata-kata si comel itu begitu tulus )

Scene 154.2 : Si kecil itu bersama juga dengan budak lelaki sebaya yang mungkin saudaranya.

Irwan : Abang tak bersedih… abang cuma duduk termenung aje. ( Si Wan melayan pertanyaan si kecil. )

Scene 154.3 : Si kecil lelaki seakan menarik-narik tangan si kecil perempuan untuk ke tempat lain. Wan teringat akan sesuatu iaitu sekuntum bunga ros yang masih tersimpan rapi di dalam poket dalam jaketnya itu.

Scene 154.4 : Lalu dia memberikannya kepada si gadis kecil itu. Si gadis kecil itu seraya berkata dengan kepelatannya,

Si kecil perempuan: Terima kasih abang ni bagi bunga kat saya.

Irwan : Sama-sama…

Scene 154.5 : Kemudian terdengar suara seorang wanita mungkin si ibu mereka,
Skh6p23
Wanita misteri : Siti, Iwan, mari sini kat mak… janganlah kacau abang tu… ( Wan terkejut apabila mendapati wanita itu cukup mempunyai iras wajah arwah ibunya… adakah kebetulan atau satu petanda daripada Ilahi memberitahu sesuatu. )

Scene 154.6 : Maka berlarian kedua si kecil ke arah wanita misteri itu. Si gadis kecil tidak lupa memberitahu yang di mendapat bunga dari Wan.

Scene 154.7 : Manakala si Wan tunduk sedih kerana teringatkan seorang wanita yang melahirkannya tetapi tidak pernah mendapat kasih-sayang daripadanya kerana mengorbankan nyawa kerana mahu melahirkannya.

Irwan : Ibu… maafkan Wan, kerana Wan… ibu terpaksa pergi.

Scene 155 : Hari-hari berlalu, si Wan kini berada di syarikat penerbitan produksi majalah komik.

Scene 155.1 : Dia tekun sekali melakukan lakaran kartun popularnya.

Scene 155.2 : Kelihatan gambar kecil dia dengan Han dan Fika dan juga gambar kenangan arwah ayah dan ibu ketika di satu perkelahan tepi pantai ketika abangnya masih budak kecil lagi.

Scene 156 : Manakala di sebuah kedai stationary besar di satu kompleks membeli-belah tersohor-Suria KLCC, kelihatan si Han dan si pekerja baru- Siti Nur Ain baru sahaja selesai membeli alat-alat stationary untuk kegunaan pejabat mereka. Banyak juga barang yang dibeli iaitu 3 plastik besar.

Scene 156.1 : Kebetulan pada masa yang sama di kawasan berhampiran si Fika sedang berjalan dengan sepupunya yang datang dari Johor Bahru hendak pergi berkunjung ke kedai buku Kinokuniya.
Skh6p24
Scene 156.1 : Dalam perjalanan, maka bertembunglah antara keduanya pasangan itu. Ketika itu si Fika dan sepupunya hendak memasuki gedung buku itu. Han menegur,

Izhan : Ehh.. Cik Syafika.. nak beli buku ke?

Syafika : Memanglah… saya ni kan… pembaca setia buku novel. Eh awak tu.. takkan datang sini beli stationary je? ( Fika perli Han. )

Siti : Ni.. untuk kegunaan pejabat. ( Jawab lurus bendul si Siti Nur. )

Izhan : ( Membalas balik ) Eh… tentu sekali tidak… kami lepas ni nak pergi beli barang-barang dapur pulak…

Scene 156.2 : Siti Nur terperanjat dengan kata-kata akhir bossnya itu.

Siti : Apa Han?….. ( Tanya Siti Nur dengan spontan tetapi si Han dengan cepat menambah cerita. )

Izhan : Ayang dah lupa ke tadi… ayang nak masak untuk makan malam ni.
Skh6p25

No comments:

Post a Comment

Followers