About Me

My photo
Single.. bla..bla...bla... see my youtube profile also Ramirahrina

Tuesday, January 5, 2010

PraSkrip 08 - Hanwansiti

Han & Wan 08

Sambungan Scene 180.3.....

Irwan : Bukan itu Wan nak cakap… itu dah tak penting lagi. Tetapi apa yang paling kejam abang lakukan hari ini ialah abang sanggup tinggalkan Siti Nur Ain seorang diri macam tu aje.

Izhan : Alah tu perkara kecik aje… abang kan ada urusan penting… rilekslah brother.

Scene 180.4 : Si Han dengan selambanya membuka remote TV dan menyambung main game semula.

Irwan : Apa abang cakap? Perkara tu kecil aje… memang abang ni dah jadi orang yang hanya pentingkan diri abang sendiri. Abang memang tidak ada rasa ambil berat walau kepada kekasih abang sendiri… dulu abang ada akak Fika, abang tinggalkan dia... kini giliran Siti Nur Ain tu pulak... ( Marah si Wan. )

Izhan : Eh… Wan, itu hak abang… kehidupan abang. Kamu tidak ada hak untuk masuk campur. ( Sengaja si Han cakap macam tu kerana nak duga adiknya. )

Irwan : Memang itu bukan urusan Wan untuk campur-tangan… tetapi sebelum ini telah banyak mengabaikan orang lain seperti famili kita yang masih ada di kampung. Abang tahu tak, Mak Ngah dan Pak Long teramat rindu nak jumpa abang. Bagaimana pula sepupu-sepupu kita yang sambung belajar di U, abang ada tolong bantu tak? ( Kata Wan mulai membangkitkan hal famili di kampung. )

Scene 180.5 : Wan melepaskan apa yang terbuku di hatinya. Dia ke balkoni rumah. Suasana di luar sana gelap-gelita dan langit mendung nak hujan dengan guruh berdentam-dentum.
Skh8p01
Scene 180.6 : Han memberhentikan gamenya kerana tahu si Wan teramat serius. Han pergi menghampiri dan memujuk.

Izhan : Wan… kamu tidak tahu apa yang ada di hati bang ni… abang lakukan segala ni demi untuk maruah keluarga kita… untuk kamu… kamu tidak tahu betapa sayangnya abang kepada kamu.

Irwan : Kalau abang sayangkan Wan, kenapa abang sudah melupakan famili kita yang masih ada tu? Wan bukannya budak kecil lagi… untuk abang ajak bermain. Wan sudah dewasa kini. Abang cuma perlukan Wan kerana abang mahukan teman sahaja. Kerana Wan… ibu meninggal… hidup ayah menderita kerana kematian ibu sehingga ke akhir hayatnya. Semuanya salah Wan… Wan rasa tidak berhak hidup di atas dunia ini…

Izhan : Tidak perlu kamu menyalahkan diri kamu, Wan. Kamu tidak tahu tentang segalanya. Ibu meninggal tetapi dirinya tetap hidup dalam diri kamu. Semuanya sebenar salah abang… abang yang bersalah.

Scene 180.7 : Wan memandang kosong kepada abangnya itu dia tidak memahami apa yang dimaksudkan oleh si Han.

Izhan : Kematian ibu dan ayah semua disebabkan oleh abang,… semuanya kerana abang mahukan seorang adik. Abanglah yang mendesak ibu…

Irwan : Adik?… Apa yang abang istilahkan adik itu… adakah sebagai teman untuk bermain di masa kecil atau sebagai teman abang… ( Wan tidak sanggup meneruskan ayat itu. )

Izhan : Kamu sahajalah yang abang ada sekarang… abang sudah berikan segalanya kepada kamu. Abang dah cuba sedaya mungkin…
Skh8p02
Irwan : Abang tidak perlu cakap semua itu. Selama ini abang Han adalah hero dalam hidup Wan. Tetapi Wan silap…

Scene 180.8 : Sambil Wan mengambil topi keledarnya lalu keluar dari rumah.

Izhan : Wan… jangan pergi… ( Kata Han sudah terlambat kerana pintu sudah dihempaskan. )
Izhan : Jangan tinggalkan abang… hari hujan di luar sana....
( Kata keluhan hati si Han. )

Han tidak sedikitpun menyangka langkah dia membiarkan Siti di hentian teksi tadi memberikan kesan besar melihatkan kehidupan mereka. Satu-satunya adiknya sudah pun menganggap Han sudah tidak memperdulikan keluarga mereka di kampung. Sebenarnya tanpa diketahui oleh si Wan, Han telah berjanji dengan ibu dan bapa saudaranya bahawa selagi dia tidak dapat menebus kembali harta pusaka peninggalan ayahnya, Han tidak akan berhenti berusaha bekerja keras bagi mencapai hasratnya itu termasuklah hanya pulang ke kampung di ketika raya sahaja.

Scene 181 : ( Imbasan ) Han berjanji dengan ibu dan bapa saudaranya bahawa selagi dia tidak dapat menebus kembali harta pusaka peninggalan ayahnya, Han tidak akan berhenti berusaha bekerja keras bagi mencapai hasratnya itu termasuklah hanya pulang ke kampung di ketika raya sahaja.
( Ulang visual Scene 79.1 )

Scene 182 : Manakala di jalanraya itu, Wan laju dengan motornya.

Scene 182.1 : Pada ketika yang sama beberapa buah kereta sedang berlumba haram di hari hujan itu.
Skh8p03
Scene 182.2 : Dengan tiba-tiba ada kereta memintas menyebabkan Wan cuba mengelakkan menyebabkan motornya terbabas lalu dia jatuh.

Scene 182.3 : Masa berlalu, di apartmen itu si Han keresahan menunggu. Jam dinding menunjukkan 11.45 p.m. Si Wan tidak balik-balik, entah ke mana.

Scene 182.4 : Di luar sudah berhenti hujan. Han berasa begitu bersalah kerana melukakan hati adiknya itu. Walaupun dia menonton Astro Ria filem komedi, tidak sedikitpun dapat menghiburkannya.

Scene 182.5 : Mata si Han tidak lekang melihat telefon.

Scene 182.6 : Tak semena telefon bimbitnya yang berdetik,

Izhan : Hello, kamu ke Wan?

Jururawat 1 : Maaf encik… saya ni telefon dari Hospital KL… kami telah menerima seorang mangsa kemalangan yang bernama Kamal Irwan.

Izhan : Apa? Itu adik saya… bagaimana dengan keadaannya.

Jururawat 1 : Kecederaannya ringan sahaja tapi masih tidak sedarkan diri…

Izhan : Wan… ( Mengeluh si Han. )


Scene 183 : Keesokkan paginya, Wan masih lagi ketiduran di bilik wad persendirian itu. Kepalanya berbalut tebal kerana luka, satu tangan kanannya berbalut disimen kerana patah dan kaki kirinya juga disimenkan. Di dagunya terdapat calaran.
Skh8p04
Scene 183.1 : Seorang gadis cantik berdiri sebelah kiri berhampirannya dan membawakan satu jambak besar bunga ros kuning.

Scene 183.2 : Si gadis itu mengerak-gerakkan tangan kiri si Wan yang tidak terjejas oleh kemalangan.

Siti : Wan, Wan, Wan…

Scene 183.3 : Wan tersedar perlahan-lahan. Pandangannya kabur semakin jelas perlahan-lahan dapat menatap wajah si gadis itu… Wan masih tidak pasti siapa yang berdiri dekat dengannnya itu.

Scene 183.4 : Wajah si gadis berseri disinari cahaya pagi terpancar dari jendela sisi itu.

Siti : Wan, ini Siti ni… syukurlah awak dah sedar sekarang… eh sejuknya tangan awak? ( Siti memegang tangan kiri Wan seketika. )

Scene 183.5 : Tapi Wan keseganan lalu menarik tangan ke tempat lain. Siti mengerti…

Irwan : Cik Siti, mana abang Han?

Siti : Han ada di luar… tapi terlebih dahulu saya mewakili bagi pihak dia… nak minta maaf dengan awak di atas peristiwa semalam. Siti harap awak dapat maafkan dia… ( Siti pula memujuk. )

Scene 183.6 : Siti kemudian beralih ke sisi dan dengan jelas si Wan dapat lihat abangnya berada di muka pintu masuk.

Scene 183.7 : Abangnya senyum dan Wan pun senyum juga.
Skh8p05
Scene 183.8 : Manakala Siti Nur Ain pergi ke locker untuk mengambilkan bekas bunga dan meletakkan jambangan itu.

Scene 183.9 : Si Han menghampiri ke sisi Wan.

Izhan : Bagaimana dengan adik abang? ( Sambil Han duduk di kerusi tepi. )

Irwan : Bolehlah… ( Jawab Wan. )

Izhan : Abang tengok keadaan kamu ni… lebih teruk dari masa kamu bersunat dulu. ( Han cuba buat lawak. Wan tersenyum paksa. )

Irwan : Abang ni jangan buat kelakarlah. Sakit rahang ni nak ketawa.

Izhan : Kenapa, tidak boleh ke? ( Kata Han terus mengusik Wan… )

Scene 183.10 : Tapi kali ini Wan hanya diam pandang kepada abangnya. Sambil itu, si Han mengusap-usap tangan kiri si Wan.

Irwan : Abang Han, pasal semalam kan… Wan tidak sepatutnya menegur abang pasal hak abang…

Izhan : Ssyyy.. tak payah kamu sebut lagi… Cuma abang Han mahu kamu ingat satu… abang sayang kamu. Walau apa yang terjadi… abang tetap jadi hero kamu.

Scene 183.11 : Sambil Han mencium pipi si Wan. Wan macam tidak mahu dan memaling ke lain.

Irwan : Eh abang ni… Wan dah besarlah. Malulah orang tengok…
Skh8p06
Izhan : Salah ke abang nak manjakan kamu.

Irwan : Wan ni bukan budak kecik lagi… tak macholah kena peluk, kena cium.

Izhan : Tak apa... nanti kamu lepas baik injured ni… kita lawan karate pulak.

Scene 183.12 : Maka kedua mereka ketawa bersama.

Scene 183.13 : Manakala Siti dapat melihat kedua adik-beradik itu berbaik semula dari ambang pintu wad itu. Mereka kelihatan begitu mesra dan rapat akrab.


Scene 184 : Beberapa bulan telah berlalu, Wan sudah masuk belajar di universiti dan telah berhenti dari kerja sepenuh masa di majalah komik, cuma masih menjadi sambilan seperti sebelum ini.

Scene 185 : Sejak kemalangan itu, si Wan tidak menggunakan motornya lagi walaupun kedudukan kolej kediamannya jauh dari tempat akademik.

Scene 186 : Di waktu malam itu, si Wan menelefon abangnya dengan menggunakan telefon awam yang terletak dekat dengan pejabat kolejnya.

Scene 187 : Pada ketika itu, si Han berada di rumah sedang sibuk dengan tugasan kerja menggunakan komputer notebooknya di meja studi di biliknya.

Irwan : Hello, abang. Ini Wan yang telefon ni.

Izhan : Haa… kenapa?… nak mintak duit lagi ke? ( Tanya si Han. )
Skh8p07
Irwan : Tak adalah… duit elaun tu masih ada… Cuma Wan rindukan abang.

Izhan : Betul ke rindu kat abang… atau rindu kemaruk nak pakai motor kamu tu…

Irwan : Betul… Wan rindu sebab dah dekat 2 bulan tak jumpa abang.

Izhan : Abang pun begitu… tukang picit abang bila nak balik rumah?

Irwan : Banyak tugasan lagi, latihan ragbi tak habis-habis lagi… emm, sebut pasal motor tu… abang jualkan aje… Wan rasa Wan tak mahu pakai motor lagilah… rasa dah serik.

Izhan : Wan… bagaimana kamu nak belajar kat sana, kolej kesembilan tu jauh… takkan selamanya tak pakai motor sendiri. Kalau ada keretapi komuter tak apa jugak.

Irwan : Eh abang ke situ pulak... Wan okay jer, habis teruk tumpang kawan sekelas saja.

Izhan : Tapi bagaimana kalau hari hujan dengan penyakit kamu tu, abang tak sanggup nak tengok kamu jatuh sakit. ( Kata risau si Han. )

Irwan : Abang jangan bimbang… tahulah Wan jaga diri.

Izhan : Wan, abang ada satu soalan cepu mas ni…dekat UniPutra tu ada banyak kancil tak? ( Soalan Han itu membuat Wan kehairanan. )

Irwan : Apa kancil? Kancil, rusa adalah kat Taman Biopark dekat Fakulti Food Tech Biotech. ( Jawab lurus bendul si Wan. )
Skh8p08
Scene 187.1 : Dalam pada itu terdapat tidak orang student lelaki lembut sedang berborak berada dekat dengan telefon itu. Seorang sederhana, seorang tinggi lampai dan seorang berbadan kecil sahaja. Mereka itu adalah si Ras, Dayang dan Seri. Mereka berbual-bual...

Seri : Ras, telefonlah si Hisyam tu…

Dayang : Cepatlah Ras… nanti terlepas kau nak tengok wayang tu.

Ras : Kan aku dah kata, aku tak nak…

Dayang : Eh Ras, kau kena cepat… manalah tahu… si Hisyam tu nak studi, dia offkan hand-set dia.

Scene 187.2 : Dalam pada itu si Wan yang sedang menelefon abangnya ternampak akan Ras dan Wan berasa seperti pernah kenal si Ras sebelum ini. Wan tersenyum-senyum sengih kerana dia yakin siapa sebenar si Ras itu.

Scene 187.3 : Manakala jejaka yang sedang telefon itu disedari oleh kawan Ras iaitu si Seri.

Seri : Bukankah yang tengah telefon tu… rakan pasukan si Hisyam?

Scene 187.4 : Si Wan yang bergayut telefon terhenti bercakap lama juga dengan abangnya. Abangnya sergah,

Izhan : Woih, Wan! Kau tengah buat apa tu… tengok awek ke?

Irwan : Tak adalah… Cuma Wan ada ternampak seseorang yang Wan pernah kenal sebelum ini… hah, apa halnya abang ni?

Izhan : Kamu tidak mahu balik rumah ke… sambut hari lahir?
Skh8p09
Irwan : Maaflah abang Han… waktu petang hari tu ada perlawanan ragbi inter-kolej.

Izhan : Kamu confirm?

Irwan : Iya…

Izhan : Okaylah… bye.

Irwan : Bye…

Scene 187.5 : Setelah selesai telefon, Wan kelihatan ragu-ragu yang pernah kenal si Ras. Manakala Seri kawan Ras menegur,

Seri : Eh, awak ni Kamal Irwan kan… pemain ragbi jersi nombor 12 kan. ( Tanya Seri, si Ras pula nampak segan. )

Irwan : Ya betul, ada apa perkara penting ke? ( Tertanya si Wan. )

Ras : Tak ada apa-apalah cik Wan?

Scene 187.6 : Tiba-tiba si Ras mencelah seakan cuba hendak melarikan diri.

Irwan : Saya rasa saya macam pernah kenal awak sebelum ni… awak Raz…( Kata spontan si Wan. )

Dayang : Eh, awak dah kenal Ras sebelum ni… ( Hairan Dayang. )

Ras : Memanglah… I kan terkenal. ( Kata Ras cuba menutup cerita sebenar. )

Dayang : Kelasnya, kau ni Ras.....( Kagum si Dayang. )

Ras : Iyalah, iyalah… skh8p10

Scene 187.7 : Sambil Ras menarik tangan si Wan ke tempat lain jauh dari kedua kawannya itu. Wan ikut aje.

Irwan : Betulkan… awak Razman.. yang pernah saya kenal dulu kan?…( Cuba Wan ingati semula, tetapi si Ras tunjuk isyarat ‘ssyy’. )
Irwan : Saya pasti awak Razman masa kat gimnasium tempoh hari… yang sepupu perempuan awak buat hal tu… ( Cuba ingat si Wan. )

Ras : Awak betul…

Irwan : Kenapa kamu jadi begini pula?

Ras : Saya sepatutnya tidak boleh beritahu awak… tetapi memandangkan kita dah kenal sebelum ini… terpaksalah saya beritahu sedikit kepada awak… saya sedang buat undercover satu misi khas.

Irwan : Apa… tak percayalah… ( Hairan si Wan. )

Ras : Sebenarnya… saya sekarang ini tengah praktikal bahagian perisikan untuk misi menyiasat pergerakan satu sindiket haram menggunakan pelajar U sebagai pekerja seks…

Irwan : Wau.. hebatnya kerja awak, Razman!

Ras : Heh… syyy.. panggil Ras saja sekarang. Awak boleh tolong tak cover line?

Irwan : Okay.. tak ada masalah. ( Pengakuan si Wan. )

Ras : Kita kawan ya?

Irwan : Okay… kawan.
Skh8p11
Scene 187.8 : Mereka berjabat tangan.

Scene 187.9 : Kemudian mereka pergi semula ke tempat dua kawan Ras itu berada.

Dayang : Heii… lamanya kau orang berdua, berdua-duaan. ( Usik Dayang. )

Ras : Alah tak ada apa-apalah…

Scene 187.10 : Si Ras dengan menyambung semula perangai lembutnya. Wan kemudian pergi berlalu.


Scene 188 : Hari-hari berikutnya, Wan dengan Ras menjadi kawan baik pula.

Scene 189 : Si Ras tetap menjalankan tanggungjawab seperti pelajar lain walaupun sebenarnya tugas dia adalah mengintip kegiatan sindiket haram yang memperdayakan pelajar U sebagai pekerja seks yang kemudian dilarikan ke luar negara.

Scene 190 : Sambil-sambil berpura-pura studi atau di sekitar kampus, si Ras mengambil gambar dengan menggunakan kamera digital yang kecil dan pipih beberapa orang pelajar perempuan yang tengah dipikat oleh agen-agen sindiket.

Scene 191: Masa berlalu, petang Sabtu menjelma dimana perlawanan ragbi di antara kolej bermula. Lokasi perlawanan bertempat di Padang Ragbi utama di belakang Kolej 1. Dua pasukan yang berlawan adalah Kolej 9 dan Kolej 1 di mana merupakan dua musuh kuat tradisi. Perlawanan akan berlangsung kurang dari 10 minit lagi.

Scene 191.1 : Para penyokong pasukan kolej dah datang, turut sama adalah awek-awek pemain.
Skh8p12
Scene 191.2 : Si Ras datang juga dengan kawannya untuk menyokong si Hisyam. Memang sudah diketahui umum yang Ras adalah peminat utama Hisyam, kapten budak ragbi Kolej ke-9.

Scene 191.3 : Si Hisyam mengarahkan pasukannya memanaskan badan.

Scene 191.4 : Hisyam nampaknya tidak berpuas hati dengan Wan kerana gosip hubungan baik Wan dengan Ras itu. Dia telah salah faham tentang keakraban dua orang itu.

Scene 192 : Dalam pada itu, sebuah kereta kancil putih plat WKA 1220 memasuki kawasan kolej kediaman UniPutra itu. Kereta itu terus memasuki kawasan parking kereta Kolej 2 yang berhampiran dengan padang ragbi itu.

Scene 192.1 : Kemudian keluar seorang gadis cantik dari kereta itu terus menuju ke tempat kelab penyokong Kolej 9 berada.

Scene 192.3 : Masa itu, pasukan ragbi masih warming-up. Pasukan itu membentuk formasi membulat, separuh dari mereka berdepan dengan kelab penyokong manakala sebahagian lagi membelakangi dan Wan berada di bahagian membelakangi.

Scene 193 : Dalam pada mereka warming-up itu, budak-budak ragbi itu buat kecoh,

Talib : Woiii, ada awek baru yang cun datang sokong pasukan kita lah…

Alias : Weiii… aku tak pernah pun tengok sebelum ni…. ( Tambah Alias. )

Rustam : Ehhh… cun habis ahhh… awek siapa tu? ( Kata Rustam turut terpikat dengan kejelitaan. )
Skh8p13
Khairuddin : Tak pernah tengok pun sebelum ni…( Hairan Khairudin. )

Irwan : Siapa… siapa? ( Tanya hairan Wan yang tidak mengetahui. )

Scene 193.1: Kemudian si gadis misteri tu menjerit sambil melambai,

Siti : Wan! Wan!

Scene 193.2 : Semua mata orang kat situ terkejut seakan tidak percaya. Wan lagilah terperanjat besar apabila kedengaran namanya dipanggil.

Scene 193.3 : Wan tercari-cari akan suara yang pernah dia dengar sebelum ini. Maka ternampaklah si Wan siapa tuan empunya suara.

Scene 193.4 : Si dia adalah Siti Nur Ain Ariff itu.

Scene 193.5 : Si Wan hanya boleh melambaikan tangan kerana masih kena buat senaman memanaskan badan secara pasukan.

Scene 193.6 : Siti membalas semula lambaian tangan. Dan kemudian dia duduk bersama-sama kelab penyokong macam dah biasa.

Scene 193.7 : Si Wan ketika itu tersenyum seperti sang putera yang kerinduan si puteri. Pada ketika itu, semua orang terperanjat apabila mengetahui siapa sebenarnya si Wan. Daripada pemain ragbi paling low-profile rupanya adalah prince charming.

Scene 193.8 : Semua budak perempuan cemburu habis dengan kecantikan Siti yang begitu setia menanti si Wan sehingga habis permainan. Skh8p14

Scene 193.9 : Hisyam yang tidak menyenangi si Wan, meminta maaf di waktu tengah-tengah hendak mula berlawan kerana mensalah anggap Wan,

Hisyam : Maaf Wan sebab salah anggap pada kau sebelum ni.

Irwan : Tak pa…Hisyam.

Hisyam : Dah lama kau bercinta dengan si dia tu…

Irwan : Tak tahulah…. ( Kata Wan tidak dapat memberikan sebarang komen tentang apa yang berlaku di luar kawalannya. )

Scene 193.10 : Kemudian berlangsunglah perlawanan yang hebat itu.

Scene 193.11 : Pasukan kolej Wan menang tetapi dekat akhir perlawanan, Wan teruk kena hempap oleh pasukan lawan.

Scene 193.12 : Apabila perlawanan berakhir, semua penonton dan pemain beransur pulang.

Scene 193.13 : Wan dan Siti berjalan seiringan dengan Wan berjalan tersekat-sekat lambat kerana kesakitan cedera. Mereka menuju ke tempat letak kereta Kolej 2 itu. Dalam perjalanan, mereka berbual…

Irwan : Bagaimana Siti boleh tersesat ke sini? ( Tanya si Wan. )

Siti : Apa? Awak bergurau ke?.. Saya pernah menuntut dua tahun di sini tau. ( Si Wan terkejut dengan penyataan Siti. )

Irwan : Maafkan saya.

Siti : Tak apa.
Skh8p15
Irwan : Awak ambik apa dulu?

Siti : Diploma pengiklanan TV dan media cetak.

Scene 193.14 : Mereka sudah pun menghampiri kereta kancil putih itu.

Scene 193.15 : Siti membukakan pintu belakang sebelah pemandu. Wan duduk di kusyen,

Irwan : Cantik kereta awak. ( Puji Wan sambil mengusap peha kanannya yang kesakitan. )

Siti : Eh.. ini sebenarnya… kereta awak punya lah Wan. Abang awak ada cakap nak hantar kereta ni kat sini, maka saya sukarelalah nak bawakkan kereta ni ke sini. ( Beritahu Siti mengejutkan Wan. )

Irwan : Abang tu memang suka menyusahkan awak. ( Kata geram si Wan. )

Siti : Eh, abang awak baiklah… dia okay, penyayang, romantik dan setia macam awak jugak. ( Kata usik Siti cuba membela si Han. )

Irwan : Tapi, tengoklah dia dah susahkan gadis cantik seperti awak ni… datang hantarkan kereta ni ke sini.

Siti : Wan…. Dengarlah, saya sukarela buat ni…. Ketahuilah abang awak begitu ambil berat tentang diri awak… dia ada cakap kat saya…

Irwan : Apa abang Han dah cakap?
Skh8p16
Siti : Han cakap… dia cukup kesiankan awak belajar di sini… awak pergi kuliah tanpa transport. Maka dengan kancil ni, bolehlah awak pergi kelas tanpa perlu berbasah bila hari hujan. Awak kan sakit…

Irwan : Abang saya beritahu awak, sakit saya? ( Kata Wan bengang dan marah kerana peribadinya disentuh. )

Siti : Wan… apa salahnya… tiada siapapun dilahirkan sempurna di dunia ni… masih ada yang sayang pada awak… ( Kata Siti spontan. )

Irwan : Siapa? ( Tanya ingin tahu Wan. )

Scene 193.16 : Kebetulan Vitara abangnya pun sampai di parkir kereta itu. Perbualan mereka terhenti dan jejaka di dalam kereta itu menjerit,

Izhan : Oh…. Di sini kamu berdua ya…

Scene 193.17 : Seraya Siti terus menghampiri vitara itu untuk pulang. Si Wan berdiri…

Izhan : Wan, game tadi macam mana?

Irwan : Kami menang!

Izhan : Kau suka tak kancil tu? ( Tanya abangnya....)

Scene 193.18 : Serentak itu Siti melontarkan kunci kancil itu kepada Wan. Irwan terima....

Scene 193.19 : Wan hanya mengangguk pendek sahaja. Siti sudah pun masuk ke dalam 4-WD Vitara itu.

Scene 193.20 : Kereta itu bertolak tetapi tidak jauh berpatah balik berhenti depan Wan.
Skh8p17
Scene 193.21 : Siti membukakan pintu kereta,

Siti : Siti terlupa nak ucap selamat hari lahir ulang tahun ke-20 kepada awak.

Irwan : Thanx… ( Jawab Wan ringkas. )

Scene 193.22 : Vitara itu berlalu dengan Siti melambaikan tangan. Dalam keheningan senja itu, kereta kancil itu juga bergerak berlalu pergi.


Scene 194 : Hari-hari kemudiannya, Wan meneruskan rutin sebagai pelajar IPT.

Scene 195 : Hari-hari pergi kelas.

Scene 196 : Waktu petang di berlatih ragbi.

Scene 197 : Dengan adanya kereta kancil itu, maka ramailah budak lelaki berkawan dengan si Wan menjadikannya kian popular.

Scene 198 : Budak-budak perempuan mula menaruh harapan hendakkan si Wan walau pun ramai dah heboh pasal si gadis cantik yang datang tempoh hari. Tetapi mujurlah, tiada seorang pun perasan yang dia adalah adik kepada model Han Akmal.

Scene 199 : Han dan Siti seperti biasa dengan aktiviti syarikat mereka, mereka bersama di pejabat dan di luar pejabat. Siti kagum dengan sikap Han yang begitu baik dan prihatin kepada dirinya kini.

Scene 200 : Sehinggakan datang kerja dan balik kerja dihantarnya. Mungkin Han cuba menebus kesalahan meninggalkan Siti di hentian teksi tempoh hari.

Scene 201 : Apa tidaknya, kalau di baca akhbar harian selalu keluar berita gadis dirogol atau dibunuh.

Scene 202 : Kini, dua orang kakaknya mengambil kesempatan untuk menumpang naik kereta si Han ketika dia menjemput Siti. Tetapi Han tidak kisah tentang itu.

Scene 202.1 : Siti berasa sesuatu yang lain dengan sikap baik Han itu, walau Han begitu rapat dan baik kepada Siti tetapi Siti berasakan si Han hanya bertindak menjaga, melindungi Siti bagaikan seorang abang yang tua dan bukannya sebagai kekasih hati.

Scene 203 : Syafika pula amat cemburu apabila terserempak melihat Han dan Siti keluar bersama untuk keluar makan tengah hari.

Scene 203.1 : Kemudian di suatu hari petang ketika hujan lebat. Fika dapat menyaksikan kemesraan si Han dengan pekerja barunya di mana Han melindungi Siti dengan baju kotnya ketika mereka bergerak dari bangunan syarikat ke kereta Vitaranya di padang parkir. Betapa romantiknya sikap si Han.

Scene 203.2 : Fika akhirnya menangis sendirian sehingga berderai airmatanya bercucuran.

Scene 204 : ( Dalam pejabatnya ) Fika kini hanya mampu mengimbas kembali zaman bahagia bersama Han dengan merenung gambar kecil di mejanya. Fika hanya mampu berkata,

Syafika : Han…. Fika kehilanganmu….

Scene 205 : ( Imbasan ) Fika masih ingat lagi ketika mula-mula kenal Han, dia memang tidak berapa suka pada model lelaki popular itu.
Skh8p19
Scene 205.1 : Dan Fika selalulah berurusan dengan agensi iklan tempat Han bekerja.

Scene 205.2 : Pada mulanya Fika beranggapan Han hanya tahu menjadi model sahaja. Dia tidak suka dengan golongan model lelaki kerana berpendapat golongan itu perasan lawa.

Scene 205.3 : Dan suatu hari, Syafika diminta syarikat itu berurusan dengan Han kerana orang lain sudah mempunyai projek penuh.

Scene 205.4 : Maka perlahan-lahan mereka kenal. Fika kemudiannya dapat merumuskan yang Han sebenarnya seorang yang bercita-cita tinggi dan kuat bekerja. Jauh berbeza daripada sangkaan Fika sebelum ini.

Scene 206 : Manakala si Wan sedang mencari-cari buku rujukan di perpustakaan universiti, si Ras pun ada sama joint. Dalam pada itu, Wan disoal-selidik oleh si Ras,

Ras : Eh...Wan, gadis misteri tempoh hari tu… siapa nama?

Irwan : Siti Nur Ain… Hei.. apasal tanya-tanya ni?

Ras : Saja…hei… kau orang berdua memang padanlah.

Irwan : Apa kaitannya dengan kau, Raz? ( Wan agak tidak suka ditanya pasal awek abangnya itu. )

Ras : Berapa lama kamu berdua…? ( Tanya Ras lagi. )

Irwan : Baru 6 bulan. ( Jawab si Wan melamun teringatkan seseorang. )
Skh8p20
Ras : Ooo 6 bulan bertunang ya…Wau…kedengaran macam kisah cinta yang agung gitu…aku tahu sekarang kau tengah merindu si dia tu kan… biasalah kalau orang dah ada ikatan.

Irwan : Sudahlah Raz. Dia tu, aku punya….( Jelas si Wan tak sempat habis kerana Ras pergi segera kerana ternampak agen sindiket yang dia siasat. )
Irwan : Dia tu, aku punya abang punya awek… ( Kata Wan sendirian. )

Scene 207 : Sejak hari itu, tersebarlah cerita yang Wan telah bertunang. Geram betul si Wan bila semua orang yang dia kenal tanya dia bila nak kahwin. Wan tahu perkhabaran itu datangnya dari mulut Ras. Sejak hari itu, kalau ada perlawanan ragbi, kawan-kawan banyak tanya, awek si Wan datang tak sokong Wan. Wan pergi mencari Ras...

Irwan : Kau tahu Raz, apa yang kau dah cakap kepada orang lain?

Ras : Entahlah… bukan aku yang bersalah… biasalah bila sampai di telinga orang… lain pula bunyinya…

Irwan : Hari tu aku cakap 6 bulan tu bukan aku bertunang tapi aku baru kenal dia lah, dia tu aku punya abang punya awek tau…

Ras : Eh… salahlah… apa yang aku cakap pada kawan aku? ( Kata si Ras, rahsia terbongkar yang dialah yang bawa mulut. Wan tension betul. )

Irwan : Kau tau Raz, kalau abang aku dengar gosip ni… mati aku kena dikerjakannya. ( Kata bengang Wan. )

Ras : Eh… kau serius ke ni Wan. Ganas sangat ke abang kau tu? ( Tanya hairan si Ras. )

Irwan : Macam singa kacuk dengan gorilla… ( Kata geram si Wan. )
Skh8p21
Ras : Alahai… lemah semangat aku… ( Si Ras pula yang tension. )


Scene 208 : Hari berlalu, di hujung minggu itu. Si Wan ambil keputusan untuk pulang ke rumah sekejap kerana sudah lama tidak bertemu dengan abangya itu. Bila sampai di rumah, kebetulan abangnya bersiap untuk keluar....

Izhan : Eh, Wan… balik pun kamu…

Irwan : Abang nak ke mana tu? ( Tanya hairan si Wan. )

Izhan : Abang nak keluar dengan Siti.. ( Jawab selamba si Han. )

Irwan : Ohhh… ( Seolah Wan mengerti ayat itu. )

Izhan : Heeii… kamu tak nak ikut sama? ( Ajak abangnya. )

Irwan : Ehh… tak naklah, kacau abang je… ( Wan menolak. )

Izhan : Kamu mesti kena ikut sama… boleh juga kamu kenal dengan bakal famili kamu tu…

Irwan : Apa? Maksud abang famili Siti? ( Tanya si Wan suspense dengan kata Han tadi. )


Scene 209 : Masa berlalu, dalam kereta Vitara terdapat kedua-dua adik-beradik itu.Wan terpaksa pergi jua kerana abangnya ada menyebut bertemu dengan famili sebelah Siti. Wan terpaksa menjaga hati abangnya.

Scene 210 : Kereta itu sampailah di hentian bas berhampiran perumahan flat rumah Siti itu.
Skh8p22
Scene 210.1 : Kelihatan Siti sedang menanti bersama dengan seorang wanita berusia 40an yang ada membawa anak kecil masih bayi lingkungan setahun. Wanita itu adalah Mak Usu Siti yang datang dari Melaka.

Scene 210.2 : Vitara itu pun berhenti, Wan lantas turun dari kereta untuk pindah duduk di kerusi belakang… tentunya untuk memberi lalu tempat duduk kepada bakal kakak iparnya itu.

Scene 210.3 : Siti duduk depan sebelah driver si Han.

Scene 210.4 : Ibu saudara Siti juga masuk. Dan ketika Wan bersalaman dengan ibu saudaranya, Siti bertentangan mata dengan si Wan.
Skh8p23

No comments:

Post a Comment

Followers