About Me

My photo
Single.. bla..bla...bla... see my youtube profile also Ramirahrina

Tuesday, January 5, 2010

PraSkrip 02 - Hanwansiti

Skrip bagi Bab : Han & Wan 02

Scene 22.20 : Izhan berada dalam biliknya yang kesamaran dan kegelapan. Kedengaran bunyi rintihan ibunya yang kesakitan dengan suara panik ramai orang.

Suara latar Izhan : Aku tidak pasti berapa lama aku menanti apa yang berlaku di luar sana. Aku dapat dengar ibu menangis kesakitan dan bunyi-bunyi suara begitu kelam-kabut sekali dan akhirnya aku dapat dengar bunyi ambulan yang begitu kuat, aku rasakan dunia ini sudah berakhir kerana bunyi itu begitu kuat sekali seolah seperti seekor garuda melanda menyerang satu negara. Dalam kegelapan... gaungan sang garuda hilang dalam kesayupan malam.

Monolog mengandungi scene,

22.21 : Ambulan berbunyi siren kuat datang mengambil dan berlalu pergi.

22.22 : Suasana dalam rumah sunyi sepenuhnya hanya meninggalkan Izhan keseorangan.

22.23 : Suasana pagi hari di rumah Izhan, bunyi kicauan burung dan berkabus.

Klip lagu 1 1/2 minit - Kali Terakhir Ku Lihat Wajahmu oleh Uji Rashid, mengandungi visual perkelahan Han dan ibubapa di pantai dan beberapa babak kenangan Han dengan ibunya.

Suara latar Izhan : Esok paginya, aku terbangun dari tidur. Suasana rumah begitu sunyi sekali. Aku rasa dunia telah diserang garuda. Aku pergi melihat kawasan dapur… tempat yang ibu jatuh itu bersih tetapi pinggan dan mangkuk terbiar tidak berbasuh. Aku ke hadapan rumah, halaman rumah kekosongan tiada kereta ayah.

Monolog mengandungi scene,
Skh2p01
22.24 : Izhan yang terbangun daripada tidur, kemudian Izhan mundar-mandir di sekitar dalam rumahnya yang kosong.

22.25 : Izhan berada di dapur di tempat kejadian ibunya jatuh yang sudah bersih dikemaskan tetapi pinggan dan mangkuk terbiar tidak berbasuh.

22.26 : Izhan ke hadapan rumah mendapati halaman rumah kekosongan tiada kereta ayahnya.

22.26 : Izhan berada di tangga rumah… dia termenung dan terus termenung…

Aku berada di tangga rumah… termenung dan terus termenung… cuma aku seorang sahaja di rumah. Aku teringat pada ketika ini aku biasanya akan menaiki basikal dibawa oleh ibu. Aku berpaling ke sisi rumah, basikal masih ada di situ. Kemudian aku terpandang nun jauh di depan rumah, kelihatan si Elena dan Fahmi kawan sekolah aku menaiki basikal dibawa oleh ibu mereka, Makcik Bedah dan Makcik Tipah.

Monolog mengandungi scene,

Scene 22.27 : Cuma Izhan seorang sahaja di rumah.

Scene 22.28 ( Dalam bentuk memori fantasi ) : Adegan Izhan menaiki basikal dibawa oleh ibunya.

Scene 22.29 : Izhan berpaling ke sisi rumah melihat basikal masih ada di situ. Kemudian dia memandang nun jauh di depan rumah.

Scene 22.30 : Di jalanraya jauh dari rumah Izhan, kelihatan si Elena dan Fahmi kawan sekolahnya menaiki basikal dibawa oleh ibu mereka, Makcik Bedah dan Makcik Tipah.

Scene 22.31 : Kawan sekolah yang menaiki basikal ibu mereka melambai kepada Izhan tetapi Izhan tidak membalas.
Skh2p02
Suara latar Izhan : Rakan sekolah aku itu kelihatan melambai-lambai tangan kepada aku tapi aku cuma lihat dan lihat sahaja… kemudian suasana depan rumah sunyi semula. Yang aku dapat lihat cuma pokok menghijau di hadapan.

Monolog mengandungi scene,

Scene 22.32 : Suasana depan rumah Izhan kembali kosong, permandangan pokok-pokok di hadapan rumahnya.

Labelkan scene 23 - November 1976

Scene 23 : Di rumah Faezah, ibu saudara Izhan itu. Izhan dan adiknya yang baru dilahirkan berada di ruang tamu rumah itu.

Suara latar Izhan : Sudah sebulan berlalu setelah kematian ibu, aku dan adik baru aku berada di rumah Mak Ngah. Mak Ngahlah yang menjaga kami kini. Rumah lama telah ayah robohkan dengan bantuan orang kampung. Kayu-kayu daripada rumah lama ayah berikan kepada penduduk kampung yang miskin. Kini tapak rumah lama tinggal tanah sahaja. Kenangan yang masih ada adalah baju-baju ibu yang Mak Ngah ambil dan simpan di bawah katil aku di rumah baru aku. Tapi aku tidak suka berada di rumah baru aku. Kalau aku nak tidur, aku akan tidur di sebelah adik aku di rumah Mak Ngah. Aku jarang sekali bertemu dengan ayah, kalau dia ada cuma pada masa makan malam di rumah Mak Ngah. Hanya ketika itulah aku dapat lihat ayah dan kemudian dia segera pulang ke rumah baru kami. Itulah ayah selepas kematian ibu…

Monolog mengandungi scene,

Scene 23.1 : Mak Ngah mereka yang menjaga mereka- tunjukkan Faezah memberi susu botol kepada bayi dan menghidang makanan kepada Izhan di dapur rumah.
Skh2p03
Scene 24 : Rumah lama telah Akmal robohkan dengan bantuan orang kampungnya.

Scene 24.1 : Tunjukkan kayu-kayu diangkut dengan lori daripada rumah lama mereka dihantar kepada penduduk kampung yang miskin.

Scene 24.2 : Tunjukkan tapak rumah lama tinggal tanah sahaja.

Scene 24.3 ( Di rumah baru ) : Tunjukkan baju ibu Izhan yang Mak Ngah bungkus dalam kotak dan simpan di bawah katil Izhan di rumah barunya.

Scene 24.4 : Tunjukan aksi Izhan yang mundar-mandir di rumah baru yang kosong dan hiasan perabut kurang.

Scene 25 ( Di rumah Mak Ngah ) : Izhan tidur di sebelah adiknya di rumah Mak Ngahnya.

Scene 25.1 : Adegan makan malam beramai di rumah ibu saudaranya itu, tunjukkan kehadiran Jamal, Akmal, suami Faezah, Izhan dan sepupu-sepupunya yang lain.

Scene 25.2 : Selepas makan beramai itu dan melihat bayi kecil dan menciumnya, Akmal segera pulang ke rumah barunya.

Labelkan scene 26 - Disember 1979

Scene 26 : Izhan ( usia 9 tahun ) mengalas adiknya ( usia 3 tahun ) mundar-mandir di padang lapang depan rumah Mak Ngahnya, mereka berkejaran dengan sepupu yang sebaya. Sambil diperhatikan oleh Faezah dengan gembira.
Skh2p04
Suara latar Izhan : Adik sudah berusia tiga tahun dan aku tidak lama lagi akan masuk sekolah darjah empat di tahun baru nanti. Tetapi kini adalah musim cuti sekolah. Aku selalu suka mengalas adikku si Wan ke sana dan ke sini. Bila aku tanya kenapa adik dipanggil nama sama seperti nama panggilan nama ibu. Mak Ngah cakap memang sebelum ibu meninggal, ibu dan ayah sudah berpakat mahu namakan Kamal Irwan jika lelaki atau Ikhmal Izuani jika perempuan dan kedua-duanya boleh mempunyai nama singkatan “Wan”. Dengan itu nama ibu terus terpahat untuk selamanya.

Monolog mengandungi scene,

Scene 26.1 : Izhan berada bersama ibu saudaranya di serambi rumah sambil perhatikan Irwan bermain di padang.

Izhan : Mak Ngah, kenapa nama adik dipanggil nama sama seperti nama panggilan nama ibu?

Faezah : Memang sebelum ibu kamu meninggal, ibu dan ayah kamu sudah berpakat mahu namakan Kamal Irwan jika lelaki atau Ikhmal Izuani jika perempuan dan kedua-duanya boleh mempunyai nama singkatan “Wan”. Dengan itu nama ibu kamu akan terus terpahat untuk selamanya… ( Mak Ngah sayu. )

Scene 27 : Izhan dan Irwan berada di sekitar rumah baru mereka.

Suara latar Izhan : Oleh kerana si Wan dah besar sikit, kami kini tinggal di rumah baru yang dinamakan Istana Impian, itulah nama rumah kami. Aku sendiri yang membuat papan tanda nama rumah itu. Ayah puji papan tanda itu cantik. Di rumah baru kami, cuma 3 bilik diisi. Bilik-bilik di tingkat atas cuma kosong. Ayah, memang jarang berada di rumah… dia lebih sibuk menumpu perhatian kepada bisnes… dan itulah kerja ayah sejak ibu meninggal. Waktu malam, kami akan pergi makan di rumah Mak Ngah atau rumah Pak Long. Dan kemudian biasanya aku dan si Wan akan tidur dengan ayah di bilik besar. Biasanya si Wan dapat bermanja dengan ayah. Walaupun ayah jarang berada di rumah tapi ayah tetap sayang pada adik Wan, anak bongsunya. Skh2p05

Monolog mengandungi scene,

Scene 27.1 : Izhan menggunakan kreativitinya membuat papan tanda nama rumah itu – Istana Impian.

Scene 27.1 : Izhan memacak papan-tanda depan rumahnya.

Scene 28.2 : Ayahnya puji Izhan papan tanda itu cantik. ( visual sahaja. )

Scene 28.3 : Tunjukkan bilik di rumah baru mereka, cuma 3 bilik diisi. Bilik-bilik di tingkat atas cuma kosong.

Scene 29 : Akmal berada di pejabat syarikatnya… dia lebih sibuk menumpu perhatian kepada bisnes… [ mungkin untuk melupakan ingatan kepada arwah isterinya ]

Scene 30 : Pada waktu malam, Izhan, Irwan dan ayah mereka akan pergi makan di rumah Mak Ngah atau rumah Pak Long.

Scene 31 : Irwan akan tidur dengan ayahnya di bilik besar.

Scene 31.1 : Izhan pergi menyertai sama tidur dengan ayah dan adiknya tetapi adiknya dapat keistimewaan tidur didakapi oleh ayahnya.

Scene 31.2 : Izhan dan adiknya bermain perang dengan sepupu mereka.
Skh2p06
Suara latar Izhan : Waktu siangnya seperti biasa, aku dan adik akan pergi bermain dengan sepupu-sepupu kami. Kalau bergaduh dengan mereka, aku dan adik Wan akan balik rumah dan pergi ke tingkat atas rumah yang kosong. Dan kami mulalah memulakan bakat terpendam kami iaitu menconteng dinding kosong dengan arang kayu. Aku lebih suka menconteng dengan menulis perkataan manakala adik suka sangat melukis orang lidi dan binatang-binatang. Kami pasti selalu kena marah oleh Mak Ngah bila dia datang tengok rumah. Sambil dia membebel, dia akan mencuci semula dinding dengan air. Kami tidak pernah serik malah sentiasa memulakan karya baru sebaik sahaja ianya dicuci. Dan sehinggalah suatu hari ayah tiba-tiba bertukang menutup tingkat atas secara rasminya dengan menutup jalan masuk dengan dinding kayu. Mulai hari itu, karya seni kami tersimpan di situ tidak diusik.

Monolog mengandungi scene,

Scene 31.3 : Izhan dan Irwan bergaduh dengan sepupu mereka

Scene 31.4 : Izhan dan adiknya pulang ke rumah Istana Impian mereka.

Scene 31.5 : Mereka berada di tingkat atas rumah mereka yang kosong.

Scene 31.6 : Mereka mula melukis dan menconteng dinding kosong dengan arang kayu.

Scene 31.7 : Izhan lebih suka menconteng dengan menulis perkataan, contoh popular semasa; ‘Adik Manja, Superman, Star Wars, Rindu Bayangan, Black Dog Bone’

Scene 31.8 : Manakala adiknya suka sangat melukis orang lidi dan kartun binatang-binatang.

Scene 31.9 : Mereka kena marah oleh Mak Ngah bila dia datang tengok rumah. Sambil dia membebel,

Mak Ngah : Kenapalah kamu ni degil sangat, habis dinding rumah ni kotor kamu conteng. Penat Mak Ngah nak basuh cuci…
Skh2p07
Scene 31.10 : Mak Ngah mereka mencuci semula dinding dengan air dan sabun.

Scene 31.11 : Mereka mulakan menconteng sekali lagi beberapa hari kemudian.

Scene 31.12 : Mak Ngah mereka mengadu pasal contengan dinding kepada ayah mereka.

Scene 31.13 : Ayah mereka bertukang menutup tingkat atas secara rasminya dengan menutup jalan masuk dengan dinding kayu.

Scene 31.14 : Tunjukkan contengan mereka tersimpan di situ tidak diusik.

Scene 31.15 : Izhan pergi ke tepi sungai dengan adiknya.

Suara latar Izhan : Selepas itu, aku membawa adik aku pergi ekspedisi berakit di sungai. Dapat dilihat dari jauh permandangan Istana Impian yang tidak berseri tanpa penyerinya. Rakit buluh itu hasil kerja sama aku dengan Apai, anak Pak Long. Aku letakkan adik Wan ke atas bahuku untuk dia melihat permandangan jauh rumah kami dari sungai itu. Selepas itu aku dan kawan sekampung akan bertanding renang di sungai. Si Wan hanya duduk memerhatikan dan menjadi penyokong nombor satu aku. Aku berlawan sengit dengan Apai, akhirnya aku yang menang.

Monolog mengandungi scene,

Scene 31.16 : Izhan membawa adiknya pergi ekspedisi berakit di sungai.

Scene 31.17 : Dapat dilihat mereka dari jauh permandangan Istana Impian.
Skh2p08
Scene 31.18 : Tunjukkan rakit buluh itu hasil kerja sama Izhan dengan Apai, anak Pak Longnya.

Scene 31.19 : Izhan meletakkan adik Wan ke atas bahu bagi membolehkan Irwan melihat permandangan jauh rumah mereka dari sungai itu.

Scene 32 : Selepas itu Izhan dan kawan sekampungnya akan bertanding renang di sungai.

Scene 32.1 : Si Wan hanya duduk memerhatikan dan menjadi penyokong abangya- Izhan.

Scene 32.2 : Izhan berenang berlawan sengit dengan Apai, akhirnya Izhan yang menang.

Scene 32.3 : Mereka di situ meraikan kemenangan Izhan.


Labelkan Scene 33 - November 1982

Scene 33 : Suasana depan rumah Istana Impian waktu malam, suasana meriah orang datang kenduri.

Suara Latar Izhan : Itulah tahun yang paling aku tidak dapat lupakan… dimana aku kena berkhatan!!… Aku masih ingat lagi sebelum hari berkhatan itu, ayah dengan bantuan Mak Ngah dan Pak Long mengadakan majlis kenduri di rumah baru kami. Ayah kelihatan senyum aje sambil berbual mesra dengan orang kampung. Aku yang tuan empunya diri merasa seksa bahananya kerana umur aku nak masuk 13 tahun hanya tahu duduk termenung menangis. Wan yang sudah sekolah tadika bukan main seronok tengok aku menangis. “Abang ni, kenapa nangis… potong senapang tu apa?”… mendengarkan perkataan itu aku bertambah menangis lagi sebab mengenangkan upacara khas di hari esok!!
Skh2p09
Monolog mengandungi scene,

Scene 33.1 : Ayah Izhan dengan bantuan Mak Ngah dan Pak Longnya mengadakan majlis kenduri di rumah baru itu

Scene 33.2 : Ayahnya kelihatan senyum aje sambil berbual mesra dengan orang kampung.

Scene 33.3 : Izhan duduk di sudut tepi rumah di tepi jendela sedih termenung.

Scene 33.4 : Izhan memerhatikan adiknya berlarian dengan teman sebaya.

Scene 33.5 : Irwan menghampiri abangnya sambil tersenyum-senyum manakala si Izhan menangis teresak-esak.

Irwan ( umur 6 tahun ) : Abang ni, kenapa nangis… potong senapang tu apa?” (… mendengarkan perkataan itu Izhan bertambah menangis lagi sebab mengenangkan upacara khas di hari esok!!)

Scene 33.6 : Izhan selepas sunat, duduk terbaring kesakitan dengan ayahnya membuatkan khemah ( gantung kain ).

Suara latar Izhan : Tetapi apa yang paling aku ingati sekali ialah ketika aku tengah berpantang sunat dengan kain pelikat digantung macam khemah arab yang dibuat oleh ayah. Si Wan datang dan kata,

Irwan : Mak Ngah cakap abang Han ada simpan senapang patah dalam khemah ni. ( Sambil dia merayap masuk dalam khemah sementara itu. )

Izhan : Ayah… adik masuk khemah saya ni!! ( Izhan hanya tahu menjerit manakala si Wan memang tak tahu nak berundur malah terus maju ke depan. ) skh2p10

Scene 33.7 : Ayah mereka datang untuk menyelamat tetapi dah terlambat.

Scene 33.8 : Izhan bertambah kesakitan sebab beberapa kali kena langgar dalam operasi serang-hendap itu.

Scene 33.9 : Izhan menampakkan wajah geram tetapi bertukar bila melihat adiknya tidur sebelahnya.

Scene 33.10 : Ayah Izhan tidur di sebelah Izhan.

Suara latar Izhan : Ayah juga dalam minggu pertama aku bersunat.. pasti selalu tidur di sebelah aku juga. Manalah tahu aku meragam sakit nak buang air… maka kenalah ayah yang angkatkan aku ke tandas. Nasib baiklah ayah masih ada ketika itu bolehlah dia jadi hero gagah. Seksa betul rasanya bersunat masa tu tak macam budak-budak sekarang- generasi ‘operation’ di hospital. Selepas dua hari dah boleh main bola.

Monolog mengandungi scene,

Scene 33.11 : Ayah Izhan mengangkatkan Izhan ke tandas.

Scene 33.12 : Izhan sudah baik sunatan, dia memakai seluar dalam sambil berkain pelikat kemudian memakai seluar yang ada zip sambil diperhatikan oleh adiknya.

Suara latar Izhan : Kemudian apabila sunatan itu dah baik sikit, aku tidak berani lagi pakai seluar yang ada zip. Kalau nak pakai kena pakai seluar dalam dulu. Aku tak boleh nak bayangkan ada benda yang tersepit kalau tersalah zip. Si Wan bila tengok aku pakai seluar kecik, dia pun nak pakai sama. Aku kemudian cakap, “Eh… orang tak bersunat tak boleh pakai seluar tu.” “Bolehlah adik pakai…” Kata si Wan lalu lari dengan seluar yang terlondeh.
Skh2p11
Monolog mengandungi scene,

Scene 33.13 : Irwan nampak berminat nak pakai seluar dalam juga.

Irwan : Wan nak pakai jugak. ( Sambil dia ambil seluar kecik Izhan yang lain )

Izhan : Eh… orang tak bersunat tak boleh pakai seluar tu!

Irwan : Bolehlah adik pakai… ( Kata si Wan lalu lari dengan seluar yang terlondeh. )

Scene 33.14 : Hari hujan di rumah Istana Impian, Irwan terbatuk-batuk.

Suara latar Izhan : Satu perkara yang begitu mengingatkan adik kepada arwah ibu, dia akan batuk-batuk ketika hari hujan. Dia pernah demam 2 minggu kerana ikut aku bermain hujan dan itu menyebabkan ayah begitu marah dengan aku. Sebelum kena marah terlebih dahulu aku kena penampar sulung dari ayah. Tidak pernah ayah buat begitu. Ketika adik sakit itu… aku berjanji bersungguh tidak akan mengulangi kecuaian itu lagi… sumpah!! Aku memang tahu adik Wan mewarisi sakit ibu.

Monolog mengandungi scene,

Scene 33.15 : Scene imbas kembali di rumah lama, ibu mereka Izuan batuk ketika hari hujan guna Scene 20.

Scene 34.16 : Izhan dan Irwan bermain dalam hujan lebat di sekitar rumah baru mereka.

Scene 35.17 : Irwan demam terlantar di katil.

Scene 36.18 : Ayah mereka- Akmal memarahi Izhan.
Skh2p12
Scene 36.19 : Izhan kena penampar sulung dari ayahnya.

Scene 36.20 : Izhan menjaga adiknya yang sakit.

Scene 37 : Izhan bergayut terbalik di pokok buah, contoh pada dahan pokok rambutan tua yang rendah di mana kedua kaki menyangkut pada dahan dan kepala ke bawah. (scene out-door)

Suara latar Izhan : Selepas berkhatan, aku mempunyai hobi baru iaitu sangkutkan diri terbalik di dahan pokok dan kemudian melakukan senaman angkat berat dengan menggunakan batu-batu sungai. Mungkin disebabkan keinginan aku untuk menjadi lelaki tinggi lampai dan macho. Aku rasa itulah antara langkah-langkah awal aku lakukan yang menjadi faktor membolehkan aku menjadi model ternama kemudian hari. Dan adik Wan akan duduk memerhati menjadi penonton setia nombor satu. Dia hanya senyum aje… mungkin dia mahu mengikuti jejak aku.

Monolog mengandungi scene,

Scene 37.1 : Izhan melakukan senaman angkat berat dengan menggunakan batu-batu sungai yang besar sambil diperhatikan oleh adiknya- Irwan.

Scene 37.2 : Tunjukkan scene Izhan memperagakan pakaian ala-model di hadapan adiknya. Adiknya memerhatikan gelagat abangnya dengan penuh minat.


Labelkan Scene 38 - Ogos 1985

Scene 38 : Tunjukkan Izhan dan Irwan berada di rumah mereka sambil menonton TV rancangan Opah. Izhan berumur 15 tahun manakala Irwan 8 tahun.
Skh2p13
Scene 38.1 : Izhan dan Irwan menonton berita perdana di TV yang melaporkan kejatuhan harga saham, harga timah dan getah atau laporan pengangguran. Kemudian ayahnya pulang dengan seribu beban masalah.

Scene 38.2 : Di hari lain, di waktu malam juga. Tunjukkan jam 11.30 p.m., Izhan sedang membuat kerja sekolah dan adiknya telah tidur. Ayahnya baru pulang dari kerja.

Scene 38.3 : Di hari lain pula, tunjukkan Izhan meninjau-ninjau jendela rumah, di mana tiada kereta ayahnya manakala jam rumah 1.00 p.m.

Scene 38.4 : Tunjukkan Izhan dan adiknya di meja makan. Faezah- ibu saudaranya menghidangkan makanan. Tetapi Irwan tidak memakan walaupun disuruh Izhan dan Mak Ngah mereka.

Suara latar Izhan : Ini memberikan kesan kepada si Wan sebab dia suka tunggu ayah untuk makan malam bersama. Dia pasti ketiduran di meja makan dengan makanan yang Mak Ngah hantar. Kemudian akulah yang mengangkat dia ke bilik. Selalunya ayah pulang, aku masih lagi membaca buku lewat malam. Ayah akan cium di dahi aku, suruh belajar rajin-rajin dan kemudian ayah pergi tengokkan si Wan yang dah tidur.

Monolog mengandungi scene,

Scene 38.5 : Irwan ketiduran di meja makan. Kemudian Izhan mengusungnya ke bilik tidur.

Scene 38.6 : Ayah mereka-Akmal pulang dengan kereta.

Scene 38.7 : Akmal muncul di muka pintu bilik Izhan, Izhan sedang mentelaah buku.

Scene 38.8 : Akmal mengucup dahi Izhan dan berpesan,
Skh2p14
Akmal : Ayah mahu kamu belajar rajin-rajin… kamulah harapan ayah dan keluarga kita yang lain… ( Manakala Izhan angguk )

Scene 38.9 : Akmal ke bilik tidur si Irwan menengokkan si Wan yang dah tidur. Akmal memberikan kucupan dan membetulkan selimut tidur.

Scene 38.10 : Di hari lain, di meja makan. Izhan sedang makan sambil diperhatikan oleh si Wan.

Suara latar Izhan : Dan tibalah di suatu hari, aku sedang makan malam manakala si Wan hanya perhatikan aku makan. Mak Ngah masih ada kerana menyajikan makanan yang dibawa dari rumah untuk kami dan menyuruh Wan supaya makan.

Monolog mengandungi scene,

Faezah : Irwan… makanlah sayang Mak Ngah.

Irwan : Tak nak !… Wan nak tunggu ayah. ( Mak Ngah mereka berputus-asa memujuk dengan mengeleng kepala. )

Scene 38.11 : Muncul sebuah kereta Proton Saga merah plat WAB 1984 meluru masuk ke halaman rumah.

Suara latar Izhan : Entah tiba-tiba muncul sebuah kereta Proton Saga merah plat WAB 1984 meluru masuk ke halaman rumah. Rupa-rupanya Encik Halim rakan kongsi syarikat ayah, wajahnya cemas aje sambil masuk ke rumah.

Monolog mengandungi scene,

Scene 38.12 : Seorang rakan kongsi ayah mereka muncul masuk dalam rumah dengan wajah cemas dan termengah-mengah.

Halim : Kak Zah!.. saya nak beritahu tentang Akmal.

Faezah : Kenapa ni adik Halim, apa yang dah berlaku ni? Kau nampak cemas je ni. Skh2p15

Halim : Berita tak baik kakak, masa Akmal dalam perjalanan nak balik ke sini… dia kemalangan kak… dia cedera parah!” ( Katanya memeranjatkan Mak Ngah. )

Faezah : Akmal, adik aku! ( Jerit terkejut Mak Ngah lalu pengsan tapi sempat dipegang oleh Encik Halim. )

Scene 38.13 : Izhan yang sedang makan tercegang dan menangis.

Suara latar Izhan : Aku tergamam dengan nasi di mulutku, hanya menitis airmata manakala si Wan pergi ke sisi tepi Mak Ngah,

Irwan : Mak Ngah, Mak Ngah… kenapa Mak Ngah tidur kat atas lantai ni… kan tilam ada kat bilik tu.


Labelkan scene 39 - Jun 1987

Scene 39 : Tunjukkan Izhan di sekolahlah sedang berbual dengan rakan sekolah perempuan di kelas, kantin dan perpustakaan. ( Pada masa ini watak dilakonkan oleh watak dewasa Izhan )

Suara latar Izhan : Aku ketika ini biasa-biasa aje, walaupun kat sekolah akulah Mat Romeo. Tidak dinafikan pemergian ayah dua tahun lepas masih terasa. Dan sejak itu, kami berdua tinggal terus dengan Mak Ngah. Pak Ngah dah menjadi ayah sendiri… tidak ada pilih kasih.

Monolog mengandungi scene,

Scene 39.1 : Izhan termenung seketika dan terbayangkan ayahnya.
Skh2p16
Scene 40 : Izhan balik sekolah bersama adiknya Irwan yang darjah lima ke rumah Mak Ngah.

Scene 40.1: Di rumah Mak Ngah mereka itu, mereka makan tengah hari bersama. Di hadiri sama Pak Ngah mereka.

Scene 41: Di tepi sungai, Izhan dan Irwan membuat rakit buluh.

Suara latar Izhan : Waktu cuti, aku dengan Wan buat rakit seperti biasa. Kemudian arus sungai akan membawa kami ke kawasan rumah kosong Istana Impian. Kemudian kami pergi meninjau-ninjau rumah yang dikosongkan itu. Rumah itu tidak terjejas cuma semak sahaja yang tumbuh melata sekeliling rumah. Kemudian aku dan Wan masuk ke dalam rumah, setelah mundar-mandir di tingkat bawah, aku ajak adik ke tingkat atas. Aku dengan machonya menanggalkan dinding penutup jalan ke tingkat atas. Kami menjelajah bilik-bilik kosong itu. Apa yang terkilan sekali ialah apabila kami melihat hasil kerja lukisan contengan kami bertahun lepas. Wan menangis dan aku memeluknya untuk menenangkannya. Namun rumah itu bukan milik kami lagi, rumah itu menjadi milik bank apabila syarikat perniagaan ayah muflis selepas kematiannya. Rumah dan tapak tanah menjadi cagaran kepada pinjaman terakhir yang dibuat oleh ayah untuk menyelamatkan perniagaannya. Kemudian kami berdua bertanding renang di sungai. Walaupun aku menang, Wan tetap memberikan saingan sengit. Tentang rumah Istana Impian, aku berazam bersungguh-sungguh untuk menebus kembali harta hakmilik keluarga kami.

Monolog mengandungi scene,

Scene 41.1 : Mereka menaiki rakit dan arus sungai akan membawakan mereka ke kawasan rumah kosong Istana Impian. Tunjukkan perkarangan rumah besar mereka yang tidak terjaga.
Skh2p17
Scene 41.2 : Mereka berdua pergi meninjau-ninjau rumah yang dikosongkan itu. Rumah itu tidak terjejas cuma semak sahaja yang tumbuh melata sekeliling rumah.

Scene 41.3 : Izhan dan Wan masuk ke dalam rumah, setelah mundar-mandir di tingkat bawah, Izhan mengajak adiknya ke tingkat atas.

Scene 41.4 : Izhan dengan machonya menanggalkan dinding penutup jalan ke tingkat atas.

Scene 41.5 : Mereka menjelajah bilik-bilik kosong itu.

Scene 41.6 : Tunjukkan mereka melihat hasil kerja lukisan contengan mereka bertahun lepas.

Scene 41.7 : Irwan menangis dan abangnya memeluknya untuk menenangkannya.

Scene 41.8 : Mereka di sungai bertanding renang antara kedua mereka.

Suara latar Izhan : Kemudian kami berdua bertanding renang di sungai. Walaupun aku menang, Wan tetap memberikan saingan sengit. Tentang rumah Istana Impian, aku berazam bersungguh-sungguh untuk menebus kembali harta hakmilik keluarga kami.

Monolog mengandungi scene,

Scene 41.9 : Ketika berenang itu, Irwan berjaya memintas abangnya. Namun akhirnya dimenangi Han.

Scene 41.10 : Permandangan sepi rumah besar tanpa berpenghuni di waktu senja.

Labelkan scene 42 : November 1988
Skh2p18
Scene 42 : Izhan, Pak Ngah dan Pak Long menghantarkan si Wan ke tempat berkhatan dengan Pak Long memandu kereta buruk Ford 1973 ayah mereka dulu.

Suara latar Izhan : Sudah lama aku menantikan saat-saat ini, adik Wan sudah 12 tahun dah tiba giliran dia kena khatan. Masa giliran dia tidak ada majlis kenduri kerana Mak Ngah dan Pak Ngah tidak mampu. Apa yang berlaku ialah cuma aku, Pak Ngah dan Pak Long menghantarkan si Wan ke tempat berkhatan dengan Pak Long memandu kereta buruk Ford lama ayah dulu. Selepas balik, si Wan hanya tahu menangis memanjang sahaja. Aku yang sudah 18 tahun dengan machonya mengangkat adik masuk dalam rumah seperti mana ayah pernah lakukan pada aku dulu. Kini… akulah hero si Wan… bukan itu sahaja abang dialah antara paling kacak dan tinggi lampai di kampung kami. Si Wan masih menangis memanjang sambil aku membuatkan khemah sementara seperti mana aku di buat oleh ayah. Tidak ada orang lain yang tolong jaga kerana Mak Ngah boleh harapkan aku seorang untuk menjaga si Wan di bilik aku. Macam-macam kerenahnya… banyak bertanyakan bilakah sakitnya akan reda bilakah boleh buang air… boleh mati ke… naik bosan aku melayan keletahnya dan akhirnya aku yang tertidur di sebelahnya.

Monolog mengandungi scene,

Scene 42.1 : Balik di rumah Mak Ngahnya, Wan hanya tahu menangis memanjang sahaja.

Scene 42.2 : Izhan yang sudah 18 tahun dengan machonya mengangkatnya adik masuk dalam rumah seperti mana ayah mereka pernah lakukan pada Han dulu.

Scene 42.3 : Si Wan masih menangis memanjang sambil Izhan membuatkan khemah sementara.
Skh2p19
Scene 42.4 : Si Wan banyak bertanyakan abangnya. (Abangnya teragak-agak nak jawab… )

Irwan : Abang, bilakah sakit ni akan reda ?
Irwan : Bilakah boleh buang air ?
Irwan : Bersunat ni, boleh mati tak bang?

Scene 42.5 : Izhan menampakkan ekspressi naik bosan sambil melayan keletah adiknya.

Scene 42.6 : Izhan tertidur di sebelah adiknya.


Labelkan Scene 43 : Jun 1989

Scene 43 : Izhan di sekolahnya mendapat result SPM.

Selepas sahaja Izhan menamatkan SPMnya, dia terus pergi ke Kuala Lumpur untuk mencari kerja. Dia mempunyai misi besar walaupun si adiknya susah hendak berpisah jauh dengannya. Namun si Han bertekad untuk berjaya. Mujurlah masa tu, sepupunya Apai sudah tinggal dan ada rumah sewa di sekitar bandaraya. Pada awalnya Han mengikut Apai kerja sementara di sebuah pusat membeli-belah di ibukota. Setelah 6 bulan bekerja, dia hampir tertekan putus asa untuk balik kampung aje… kerana susahnya mencari pekerjaan yang lebih baik. Tetapi tiba-tiba nasib dia berubah sebab dapat peluang untuk menjadi model iklan bidan terjun bagi pasaraya tempatnya bekerja. Oleh kerana tarikan ketampanannya, secara tidak terduga… tugasan bidan terjun itu membuahkan beberapa kontrak sambilan peragaan model iklan yang lain… akhirnya satu agensi pengiklanan mengambilnya bekerja sebagai model sepenuh masa. Dan seterusnya si Han menjadi model lelaki terkenal di seluruh negara dengan nama Han Akmal. Si Han tidak setakat mahu menjadi model malah belajar sedikit-sedikit kerja di belakang tabir agensi tempat dia bekerja.
Skh2p20
Scene 44 : Dia sampai di KL menaiki bas Ekspres.

Scene 45 : Permandangan visual KL 1989 – tunjukkan tanda masa Sukan Sea ’89, Dayabumi, Bangunan Sultan Abdul Samad di tahun tersebut.

Scene 46 : Izhan sampai di rumah sewa sepupunya-Apai.

Scene 47 : Izhan bekerja di pasaraya sama tempat dengan sepupunya.

Scene 48 : Izhan tertekan bekerja yang tidak menjanjikan masa depan.

Scene 49 : Izhan kecewa kerana tidak mendapat mencari kerja lebih baik.

Scene 50 : Ketika sedang sibuk kerja di pasaraya, supervisor mencarinya untuk menjadi model jualan promosi pasarayanya.

Scene 52 : Si Han menjalani pengambaran promosi jualan di studio , dia aksi bersama barangan jualan.

Scene 53 : Kemudian wajah Izhan terpapar dalam suratkhabar, pamplet jualan dan papan-tanda jualan pasaraya.

Scene 54 : Izhan terus menjalani pengambaran sebagai model sambilan.

Scene 55 : Wajah Izhan menghiasi majalah dan suratkhabar utama memperagakan pakaian fesyen.

Scene 56 : Tunjukkan liputan akhbar, majalah mengenai model baru Han Akmal.

Scene 57 : Model Han Akmal terlibat dengan pertunjukkan fesyen catwalk secara live. Skh2p21

Scene 58 : Tunjukkan beberapa klip iklan TV yang pernah dilakonkan oleh Hans Issac ( Pemegang watak Han Akmal )

Scene 59 : Tunjukkan Han bekerja di belakang tabir studio pengambaran.

Scene 60 : Di rumah sewa, Izhan menulis surat untuk adiknya.

Si Han sememangnya tidak pernah putus berutus surat dengan adiknya, yang menarik sekali si Wan pastinya akan mengirimkan lukisan kartun yang mencuit hati dalam surat yang dikirimnya. Si Han pastinya menghantarkan gambar-gambar terbarunya.

Scene 61 : Manakala si Irwan menerima surat di kampung, dan membalas mengirim kepada abangnya.

Scene 62 : Izhan menerima surat dari adiknya, kelihatan lakaran kartun kelakar mencuit hati yang menyebabkan Izhan ketawa.

Scene 63 : Irwan menerima kiriman surat Izhan yang mengandungi gambar foto abangnya.

Scene 64 : Izhan bekerja di studio di belakang tabir sebagai pembantu pengarah rekabentuk.

Berbalik dengan soal kerjaya Han, Han banyak melibatkan diri secara tidak langsung dengan agensi pengiklanan akhirnya dia mendapat posisi sebagai pembantu pengarah rekabentuk. Iaitu jawatan bertaraf budak suruhan sahaja. Tetapi dengan pengalaman itu, Han sudah mampu untuk mengambil gambar secara professional dan melakar design storyboard iklan.

Scene 64.1 : Han sudah mampu menunjukkan bakat untuk mengambil gambar secara professional dan melakar design storyboard iklan. Skh2p22

Labelkan scene 65 - November 1991

Scene 65 : Izhan di rumah apartmen yang baru dibelinya.

Kedudukan Han telah stabil dan dia kini ada sebuah apartmen sendiri hasil daripada kerjanya. Apa tidaknya, dia telah diambil bekerja oleh Dato’ Basir sebagai penolong pengurus jabatan pengiklanan syarikatnya yang baru ditubuhkan oleh beliau. Syarikat Dato’ Basir sebelum ini adalah pelanggan tetap agensi tempat Han bekerja sebelum ini.

Scene 66 : Di syarikat Multi Raya Bhd. , upacara menerima tugas Izhan berjabat tangan dengan watak Dato’ Basir. Izhan kemudian duduk di kerusi meja yang bertanda ‘Penolong Pengurus Jabatan Pengiklanan’

Scene 67 : Di studio asal tempat Izhan kerja, Izhan menunjukkan design plot iklan kepada watak Dato’ Basir dan anak saudaranya Syafika.

Scene 68 : Sesi perbincangan konsep iklan di antara Izhan dan Syafika, katakan di café. Syafika nampak begitu tertarik dengan penerangan Izhan.

Kekreatifan dan sifat dedikasi Han telah menarik perhatian Dato’ Basir yang memiliki syarikat gergasi Multi-Raya Sdn. Bhd. yang terlibat dalam pelbagai aktiviti perniagaan di Malaysia. Apa lagilah anak saudara Dato’ Basir, Syafika selalu berurusan dengan Han berkenaan tempahan iklan di syarikat Han dulu.

Scene 69 : Dato’ Basir merasmikan logo di satu ruangan pejabat baru dinamakan Multi Raya Art & Design Sdn.Bhd.
Skh2p23
Bak kata orang, tuah itu datang bergolek apabila Dato’ Basir berhasrat untuk mengurangkan kos syarikat lantas menubuhkan agensi pengiklanan sendiri di bawah naungan dengan nama Multi-Raya Art & Design Sdn.Bhd. . Si Han tidak menyangka dia akan disambar oleh Dato’ Basir diambil bekerja. Dan cita-citanya kini hampir menjadi kenyataan, dia sudah ada rumah sendiri. Han terus bekerja keras sehingga di suatu hari yang sibuk dia teringatkan sesuatu kekurangan dia dia hampir lupa satu hal iaitu adiknya yang seorang di kampung sana. Lalu Han mengambil keputusan untuk membawa adiknya duduk bersamanya dan bersekolah di bandar.

Scene 70 : Izhan balik rumah lepas kerja tetapi dia tinggal seorang.

Scene 71 : Izhan bekerja di syarikat barunya.

Scene 72 : Izhan duduk termenung di sofa rumah kemudian memandang foto adiknya itu.

Labelkan scene 73 - Disember 1991

Scene 73 : Irwan memancing dengan beberapa sepupu sebaya di sebuah lombong tinggal.

Suasana di hujung musim cuti sekolah, Wan menghabiskan masa bercuti dengan memancing bersama-sama sepupu-sepupunya, Raziz dan Azlan. Wan teringatkan ketika menelefon abangnya tempoh hari, Han ada cakap dia nak pulang kampung sekejap. Han cakap dia ada hal penting.

Scene 74 : Irwan menelefon abangnya dengan menggunakan telefon awam di kampungnya.

Izhan : Abang ingat… abang nak balik kampung sekejap…

Scene 75 : ( Imbasan ) Izhan balik kampung menjelang raya.
Skh2p24
Wan teringatkan itu adalah kali pertama abangnya balik kampung selain musim raya. Han cakap dia ada surprise. Bila fikit-fikir, Wan hairan kenapa abangnya susah sangat nak balik kampung walhal abangnya selalu cakap dia sayang pada dia. Wan teringat-ingat kisah abangnya selepas abangnya habis SPM terus cabut ke KL untuk mencari kerja mengikut Apai.

Scene 76 : Izhan dan Irwan berbual bersama di lokasi kampung mereka,

Izhan : Abang selalu teringatkan Wan kat kampung. Wan orang paling abang sayang sekali…

Irwan : Tapi kenapa, abang ni susah sangat nak balik kampung? ( Abangnya terdiam. )

Mula-mula abangnya kerja di tempat Apai kerja kemudian jadi model sambilan, model tetap, jadi penolong designer dan kemudian menjawat jawatan penolong pengurus syarikat pengiklanan. Wan ingat lagi, mula-mula abangnya masukkan dalam akaunnya, mula-mula RM50 sebulan, kemudian RM150 dan kini sudah RM700 sebulan. Wan hanya menguna RM100 sahaja dan selebihnya dia berikan kepada Mak Ngah tetapi Mak Ngah tidak mahu menerima malah dia menyuruh Wan simpan dalam bank sahaja.

Scene 77 : Wan berada di bank, mengemaskini buku banknya. Kemudian dia mengeluarkan duit di mesin automatik.

Scene 78 : Wan cuba memberikan duit kiriman abangnya kepada Mak Ngahnya, tetapi Mak Ngahnya menolak,

Mak Ngah( Faezah ) : Mak Ngah tidak mahu terima, baik kamu Wan simpan dalam bank sahaja.
Skh2p25
Scene 79 : Wan balik rumah daripada memancing, terkejutnya dia bila dapati abangnya sudah sampai dengan 4WD Suzuki Vitara 1991 berplat WBA 8082. Wan dapati Han dengan duduk berbincang dengan Mak Ngah di serambi rumah. Han menegur adiknya yang baru balik,

Izhan : Hai, nampaknya dah balik pun adik abang... banyak ikan nampak

Irwan : Aha… baru kereta abang.

Mak Ngah : Syukurlah kau dah berjaya Han. ( Kata Mak Ngah puji. Si Wan melabuhkan punggung duduk di serambi tepi rumah kayu itu. )

Izhan : Ini semua dengan pertolongan Mak Ngah, Pak Ngah dan Pak Long sekeluarga. Dan Han masih mempunyai hutang yang belum berbayar. ( Kata Han mempunyai maksud yang mendalam. )

Scene 79.1 : ( Imbasan ) Di rumah Mak Ngah juga ketika Izhan hendak berhijrah, dia bersumpah depan ibu dan bapa saudaranya.

Mak Ngah teringatkan kisah silam dimana Izhan telah bersumpah di hadapannya dan abang Longnya untuk mengembalikan semula maruah keluarga mereka dan harta peninggalan ayahnya sebelum Han ke KL dulu. Adiknya si Wan tidak mengetahui apa-apa tentang kejadian itu.

Izhan : Mak Ngah, Pak Long… Han bersumpah akan mengembalikan semula maruah keluarga kita… Han akan menebus semula tanah pusaka dan rumah milik ayah dahulu… selagi tidak tercapai cita-cita Han itu… Han tidak akan balik kampung…

Mak Ngah : Jangan macam tu sekali Han… ( Mak Ngah sedih sebak dengan ikrar Izhan itu. )
Skh2p26
Pak Long : Kamu mesti balik juga masa raya puasa…

Izhan : Okaylah… kecuali raya.

Scene 79.2 : Masa kini, si Wan mengunjukkan ikan tilapia 8 ekor yang berjaya dipancingnya dari lombong tinggal kepada Mak Ngah. Mak Ngah kemudiannya ke dapur. Wan berpaling melihat abangnya.

Irwan : Kenapa abang jarang sangat balik kampung.. abang tidak kisah dengan famili lagi ke?
( Seraya si Han pergi duduk sebelah Wan. )

Izhan : Eh… jangan anggap macam tu pada abang... tengok ni, abang dah balik pun ni. ( Kata Han sambil tepuk bahu si Wan dan senyum-senyum. Wan hanya tersenggih. )

Irwan : Habis.. apa yang abang Han cakap ada surprise?

Izhan : Abang ingat nak ajak kamu tinggal dengan abang di bandar dan start sekolah di sana untuk sesi baru ni. ( Wan terkejut dengan perkataan abangnya dan bulat mata terkejut. )

Izhan : Kamu masih sayang pada abang tak? ( Sambil Han letak tangan di bahu Wan. Wan hanya angguk. )

Scene 79.3 : Malamnya mereka makan malam beramai-ramai di rumah Mak Ngaknya, Pak Longnya ada sama. Turut dihidangkan sama ialah ikan tilapia goreng berlada yang si Wan kail siang tadi.

Scene 80 : Esok harinya Han dan Wan membuat rakit daripada buluh dan berakit di sungai.

Scene 81 : Kemudian mereka membuat ekspedisi ke rumah lama mereka yang masih berdiri megah.
Skh2p27
Scene 82 : Kemudian mereka berlumba renang dan dimenangi oleh si Wan, ternyata Han sudah hilang staminanya dahulu.
( Ternyata Wan kini lebih berstamina daripada Han. )

Scene 83 : Keesokkan, mereka berangkat ke KL menaiki vitara itu bertolak dari rumah Mak Ngahnya.

Dalam perjalanan ketika masih melalui jalan kampung mereka itu, mereka berselisih dengan Tok Mail yang masih mengayuh basikal roda tiga dan beruknya masih ada. Han dan Wan saling berpandangan dan kemudiannya satu kereta terdengan jeritan kuat. “Tidak!!!” Kerana kedua mereka juga mengalami fenomena yang sama ketika mereka di sekolah tadika dahulu iaitu takutkan beruk!!

Scene 84 : Dalam perjalanan ketika masih melalui jalan kampung mereka, mereka berselisih dengan Tok Mail yang masih mengayuh basikal roda tiga dan beruknya masih ada. Han dan Wan saling berpandangan dan kemudiannya satu kereta terdengar jeritan kuat.

Izhan dan Irwan : Tidak!!!

Scene 85 : Wan memulakan sesi persekolahan baru tingkatan tiga di sekolah barunya yang bernama Sekolah Menengah Tengku Deris – SMTD.

Kemudian si Wan memulakan sesi persekolahan baru tingkatan tiga di sekolah barunya. Setiap hari abangnya menghantarkan dia dengan Vitaranya itu. Biasanya sebelum pergi sekolah si Wan bertugas menyediakan sarapan pagi, sarapannya tidak hebat sangat ringkas sahaja dengan kadangkala roti bakar, telur goreng, bijirin segera atau sekali sekala degan lempeng susu kegemaran abangnya. Kebiasaan si Han yang liat nak bangun pagi, dekat 7.00 a.m baru bangun.
Skh2p28
Scene 85.1 : Setiap hari abangnya menghantarkan dia dengan Vitaranya itu.

Scene 86 : Biasanya sebelum pergi sekolah si Wan bertugas menyediakan sarapan pagi, sarapannya tidak hebat sangat ringkas sahaja dengan kadangkala roti bakar, telur goreng, bijirin segera atau sekali-sekala degan lempeng susu kegemaran abangnya.

Scene 86.1 : Kebiasaan si Han yang liat nak bangun pagi, dekat 7.00 a.m baru bangun.

Scene 87 : Irwan praktis main ragbi di sekolahnya.

Di sekolah, si Wan mencuba bakat aktif dalam sukan. Dia memilih permainan ragbi. Kalau dia balik dengan badan sakit-sakit, abangnya sedia untuk picitkan dia. Dia juga sekali-sekala mengikut abangnya ke gimnasium di hujung minggu. Dan dialah juga kena picit badan Han.

Scene 88 : Irwan balik rumah, sakit-sakit badan. Abangya tolong massage.

Scene 89 : Irwan mengikuti abangnya ke gim, training.

Scene 90 : Balik rumah, Irwan pula massage abangnya.

Scene 91 : Irwan rapat dengan seorang gadis watak Salina.

Di sekolah, si Wan sudah ada seorang peminat, namanya Salina. Semua orang di sekolah memanggil Wan dengan nama pertamanya iaitu Kamal tetapi hanya Salina sahaja yang memanggilnya dengan nama manjanya. Mereka sudah mula rapat dengan bersama-sama pergi studi di library. Namun mereka tidak pernah cuba dating di luar sekolah kerana si Wan baik budaknya.
Skh2p29
Scene 91.1 : Kawan rapat memanggil Irwan dengan nama Kamal…

Scene 91.2 : Salina memanggil si Irwan nama Wan sahaja…

Scene 91.3 : Mereka bersama-sama pergi ke perpustakaan sekolah.


Labelkan scene - 24 November 1993

Scene 92 : Wan berada di dapur rumahnya sedang tengokkan periuk nasi letrik.

Wan hari ini cuba masak makan malam, sebenarnya tidak juga boleh dikatakan makan malam sebab cuma nasi yang dimasak sendiri. Wan menantikan abangnya untuk pulang membawakan lauknya. Dia tengok jamnya sudah 9.30 p.m. tetapi abangnya tetap masih belum balik. Hari ini hari yang teristimewa….

Scene 92.1 : Wan menengokkan jam tangan sudah 9.30 p.m. Wan seperti tertunggu-tunggu.

Scene 92.2 : Wan menghabiskan masa di meja tamu dengan melukiskan kartun di buku lakarannya.

Si Wan menghabiskan masa di meja tamu dengan melukiskan kartun di buku lakarannya. Maklumlah si Wan kini tengah cuti sekolah lepas SPMnya. Banyak juga lukisannya telah diterbitkan oleh majalah humor tempatan. Pendekata setiap bulan si Wan membeli majalah yang ada lukisan kartunnya. Sekarang sudah ada 74 buah majalah yang berjaya dikumpulnya. Setiap satu kartunnya, dia menerima komisen lebih RM 100.
Skh2p30
Scene 92.3 : Tunjukkan koleksi majalah komik yang dikumpul oleh si Wan berhampiran dengan meja lukisnya.

Scene 92.4 : Irwan melihat jam biliknya sudah 10 p.m. Raut wajah geram…

Bila Wan tengok sekali lagi, jam sudah 10.00 p.m. . Hatinya geram tapi dia buat tak endah aje. Kemudian terdengar bunyi pintu apartmen diketuk. Hairan si Wan, kalau abangnya tentu abangnya dah ada kunci untuk masuk. Terkejut si Wan bila dibuka pintu rupanya Syafika..

Scene 92.5 : Pintu utama rumah diketuk.

Scene 92.6 : Wan hairan… kemudian membukakan pintu,

Syafika : Surprise Wan! Happy seventeen. ( Dengan Syafika membawa kek harijadi. Wan hairan abangnya tiada. )

Irwan : Mana abang Han, kak Fika?

Syafika : Abang kau, ada lagi kejutan untuk Wan.

Irwan : Kejutan apa lagi? ( Hairan si Wan. )

Scene 92.7 : Kemudian Syafika pergi meletakkan kek ke meja makan, kemudian dia mengeluarkan kotak hadiah kecil dari beg tangannya. Lalu diberikan kepada Irwan.

Syafika : Bukalah sekarang. ( Wan membukanya, rupa-rupanya dua keping CD. Satu daripada kumpulan Cranberries dan satu lagi kumpulan Aces of Base. )

Irwan : Thanx kak… macam mana akak tahu….
Skh2p31
Syafika : Abang Han kamu ada cerita kat akak yang kau suka sangat dengar lagu Linger-Cranberries dan Don’t Turn Around- Aces of Base tu.

Scene 92.8 : Kemudian Syafika ke dapur untuk menyediakan ais untuk minuman.

Scene 92.9 : Manakala Wan memasangkan dua CD itu pada radio CD jukebox 200’s Panasonic yang Han beli di Jepun 3 tahun dulu di ruang tamu.

Scene 92.10 : Imbasan kembali, 3 tahun lepas. Irwan demam teruk ketika abangnya pergi kursus di Jepun.

Wan masih ingat lagi ketika itu dia demam teruk dan abangnya terpaksa meninggalkannya untuk pergi berkursus design di Jepun selama beberapa bulan. Wan programkan untuk mendengar dua lagu kesukaannya itu.

Scene 92.11 : Irwan menselenggarakan radio besar dan lagu Linger berkumandang.

Irwan : Kenapa abang lambat sangat? ( Tanya ingin tahu Wan. )

Syafika : Itulah tadi abang Han kamu jemput akak dekat rumah untuk ambilkan lauk yang akak masa… kemudian dia terlupa satu perkara…

Irwan : Perkara apa kak?

Syafika : Itu akak kena tolong rahsiakan.

Scene 92.12 : Kemudian abangnya muncul dengan plastik besar yang berisi dengan bekas-bekas lauk-pauk.
Skh2p32
Scene 92.13 : Kemudian upacara belah kek dan abangnya mengeluarkan satu kotak kecil dari poket bajunya. Kotak hadiah itu kecil berbanding dengan kotak letak cincin. Bila Wan buka, rupa-rupanya di dalamnya ada kunci motor Kawasaki Super Kips. [ Lagu Don’t Turn Around- Aces of Base kumandang ]

Scene 92.14 : Kemudian mereka makan malam.

Scene 92.15 : Selesai makan malam itu, mereka turun ke bawah untuk mengiringi Syafika pulang. Fika memeluk si Wan sambil ucap sekali lagi selamat hari jadi.

Syafika : Selamat hari lahir ke-17, Irwan.

Scene 92.16 : Si Han cuba buat nak dakap si Syafika tapi ditolak oleh Syafika,

Syafika : Eh… awak tak nak aahh… satu petang tak mandi.

Izhan : Apa… awak kata saya… tak mandi? Ini tak boleh jadi ni… ( Kata Han sakit hati. )

Scene 92.17 : Fika berlalu dengan menaiki BMW 380I.

Scene 92.18 : Kedua beradik menengok motorsikal hadiah yang berplat WCW 1020.

Scene 92.19 : Si Wan mencuba-cuba test-drive di sekitar bangunan parkir apartmen mereka itu,

Irwan : Abang, thanx a lot.

Izhan : Kau kan adik abang.

Irwan : Masalahnya… abang Han terlalu manjakan Wan.

Izhan : Kenapa… tak bolehkah begitu?
Skh2p33
Irwan : Boleh.. tapi… Wan rasa malulah dengan kawan-kawan sekolah.

Izhan : Malu apa…

Irwan : Kawan-kawan kata Wan ni adik manja..

Izhan : Habis… abang ni ada adik sorang jer… abang pun nak manja jugak.

Irwan : Abang Han nak manja macam mana? ( Hairan si Wan. )

Izhan : Apakata… lepas ni Wan picit belakang abang… sebab lenguh betullah bawak motor ni tadi…

Irwan : Okay… tanggung beres.

Skh2p34

No comments:

Post a Comment

Followers