About Me

My photo
Single.. bla..bla...bla... see my youtube profile also Ramirahrina

Tuesday, January 5, 2010

PraSkrip 03 - Hanwansiti

Pra Skrip untuk Bab : Han & Wan 03

Labelkan Scene 93 - Mac 1996

Scene 93 : Di Sekolah Menengah Tengku Deris (SMTD), Kuala Lumpur itu agak meriah kerana bekas pelajarnya sedang datang untuk mengambil keputusan STPM.

Scene 93.1 : Jam sudah 11.30 a.m. di bilik guru.

Scene 93.2 : Bekas pelajar yang datang itu kini secara tidak sedar membentuk perkumpulan masing-masing untuk berbual bersama, ada yang ikut rakan sekelas dan ada juga mengikut perkumpulan pasukan permainan.

Scene 93.3 : Dalam perkumpulan budak-budak ragbi pasukan TDBoyz terdapat seorang pemuda yang berambut sedikit panjang, memakai jaket kulit dan berseluar jeans serba hitam. Perwatakannya ala gangster atau rockers aje. Dia banyak diam manakala kawan lain berbual rancak. Mungkin sebenarnya dia mengambil sikap low-profile aje atau dia lebih suka mendengar aje apa yang diceritakan oleh rakan-rakannya. Diwajahnya tiada sebarang senyuman tanpa mood kemudian disapa,

Syukri : Hoi Kamal… kenapa ni diam aje… cakaplah sikit.. macam ada problem besar ni? ( Tanya Syukri kawan rapat sekolahnya. )

Irwan : Kau tau Syukri… aku dah niat… selagi belum dapat result… aku takkan tunjukkan apa-apa yang menceriakan hati.

Syukri : Eh peliklah, kau ni Kamal… sejak bila kau jadi orang warak alim ni. ( Kata Syukri bersenda-gurau. )

Irwan : Ini serius ni… abang aku dah bagi amaran… kalau tak lepas STPM ni… mati aku kena kerjakannya. ( Kata Wan kerisauan. ) skh3p01

Herman : Apalah kau ni Kamal, abang kau takkan nak marah kat kau… kan semua orang tahu… kau tu satu-satunya adik yang dia ada. ( Kata Herman bagai nak perli. )

Scene 93.4 : Wajah Wan ternampak sedikit kemarahan, bila rakannya usik pasal abangnya si Han. Kawannya gelak-gelak bila tengok gelagat si Wan.

Syukri : Eh… aku ada baca satu kajian sains tau… biasanya kalau dua adik-beradik lelaki kembar tu… akan mudah jadi pasangan…

Irwan : Eh.. kau jangan sebut itu… ( Amaran Wan merah padam mukanya. )

Herman : Kawan-kawan.. cuba bayangkan kawan kita sorang ni… ada affair dengan abangnya tu.. ( Kata gurau Herman. )

Raziz : Alah memang pun.. kawan-kawan perasaan tak yang tiap-tiap hari abangnya hantar dia kat sekolah dengan vitara tu… dia cakap dia ada motor sendiri tapi tetap dia dimanja oleh abang dia.. ( Sambung Raziz. )

Herman : Dan lagi… bila ada tournament, pasti abangnya datang untuk sokong dia… adik manja katakan… ( Celah Herman. )

Irwan : Kau orang ni asyik mengata aku jer…

Herman : Okay Kamal… kalau macam tu… jaket yang kau pakai sekarang ni… kau beli sendiri ke… ( Tanya Herman. )

Raziz : Alah… tentu abang punya kan… ( Kata Raziz. Kawan-kawannya gelak sakan ketawakannya. Wan terdiam sebab memangpun baju jaket tu milik abang Hannya. )
Skh3p02
Irwan : Hei.. kawan… aku dengan abang aku normallah. ( Kata Wan cuba membela diri. )

Scene 93.5 : Kawan-kawannya terus gelak. Tengah-tengah ketawa rakan-rakan Wan itu kemudian terhenti apabila munculnya seorang gadis misteri datang menghampiri mereka dan bersuara,

Salina : Maaf saudara-saudara sekalian.. boleh bagi laluan… saya nak jumpa dengan Wan! ( Keadaan terdiam… )

Syukri : Oppss… awek dia datang ohh.. ( Umum Syukri. )

Raziz : Okay geng.. masa untuk mengundurkan diri dari satu gelanggang cinta sejati…

Scene 93.6 : Kemudian budak-budak ragbi bergerak ke tepi menyebabkan pembentukan jalan penghubung di antara gadis itu dan si Wan !!

Scene 94 : Manakala bertempat di suatu sudut lain di bandaraya KL, bertempat di Menara 10 tingkat Multi-Raya Sdn.Bhd.

Scene 94.1 : Di tingkat bawah ruang pejabat yang bernama Multi-Raya Art & Design kini sedang berlaku perbincangan hangat antara Han dan Syafika.

Izhan : Okay… apa yang harus kita lakukan… yang sebenar-benarnya untuk projek khas ini? ( Tanya Han. )

Syafika : Yang sebenar-benarnya.. adalah, saya yang akan uruskan semuanya… daripada a ke z dan dari 1 ke infiniti… dan saya tidak mahu awak mengubah apa-apa yang telah saya rancangkan ini, Encik Kamal Izhan ooiii… ( Kata keras Syafika. )
Skh3p03
Izhan : Okay… itu terpulang kepada awak… ( Kata Han seperti mengalah. )

Syafika : Saya telah merancang segalanya untuk projek ni Han!

Izhan : Tetapi cik Miss Syafika ooiiii… saya ni kan penolong pengarah projek ini… berhak untuk membuat keputusan atau menyatakan ketidaksetujuan saya dalam apa-apa perkara pun.
( Kata Han menegak kebenaran. )

Syafika : Aha... awak betul tetapi ingat Pak Lang saya, Dato’ Basir telah melantik Fika secara rasminya sebagai pengarah projek ini.

Izhan : Saya mahu ia diubah…

Syafika : Tidak boleh… awak tu tidak boleh dipercayakan sangat… mesti ada muslihatnya.

Izhan : Awak kata saya tidak boleh dipercayai?

Syafika : Memang pun, awak kan bekas model. Mat Romeo kan pandai berkata-kata membuatkan orang terpedaya.

Izhan : Okay, awak boleh cakap apa saja… untuk saya lakukan untuk awak… saya sanggup apa saja.. cakap je.

Syafika : Betul ke Han… atau cuma janji manis sang romeo di bibir saja.

Izhan : Katakan cik Fika…

Syafika : Awak tidak boleh nak perdayakan saya, cik Han.
( Kata Fika panas mood mula mengemaskan failnya untuk keluar. )
skh3p04
Izhan : Fika… tidakkan boleh awak bertolak ansur dalam hal ini…

Syafika : Tak boleh… saya nak jumpa dengan Dato’ Basir sekarang dan Fika akan tetap mahukan Projek Hari Keluarga ni.. dibuat di Langkawi!

Izhan : Di Pulau Pangkor!

Syafika : Kenapa di Pangkor Han? Adakah kerana Cik Erni model terkenal kekasih lama awak dulu dah buka resort hotel kat sana kan? ( Tanya geram Fika. )

Izhan : Fika… Han tak ada niat lainlah…. Saya cintakan awak.

Syafika : Ah lelaki… Fika tak nak percaya.

Izhan : Katakan apa sahaja Fika, Han sanggup lakukan apa saja… untuk mendapat kembali kepercayaan awak. ( Sambil aksi si Han merayu macam penyair agung merayu bulan. )

Scene 94.2 : Fika terdiam sejenak kemudian bergerak keluar dari pejabat Han itu tetapi dia terhenti dan terfikirkan sesuatu.

Syafika : Okay… esok sepatutnya Fika akan handle interview untuk jabatan perakaunan. Saya mahu awak gantikan saya, bolehkan? ( Kata demand si Fika. )

Izhan : Okay tidak ada masalah… ( Kata mengalah Han. Si Syafika dengan senang hati keluar dari pejabat yang berlabel- En. Kamal Izhan Akmal, Pengurus Jabatan Pengiklanan. )


Scene 95 : Manakala di sekolah SMTD, Kuala Lumpur. Si gadis dan pemuda itu keduanya berdiri begitu dekat sekali. Si gadis berwajah muram semacam manakala si Wan tunduk terdiam saja. Si Lina bersuara… skh3p05

Salina : Lina tak tahan kalau begini… terus begini…. Lina bosan dengan sikap awak tu.

Irwan : Kalau awak tak suka, apa boleh saya buat.

Salina : Sampai hati awak cakap macam tu! ( Kata Lina telah terluka, Lina kemudian pergi merajuk ke bawah pokok besar dan duduk di bangku kerusi batu. Wan hanya jerit, )

Irwan : Lina! ( Semasa Lina berlalu pergi… nampaknya terpaksalah si Wan pergi memujuk si dia. )

Scene 95.1 : Wan menghampiri si gadis itu yang seolah bersedih. Wan kemudian duduk sebelahnya untuk memujuk rayu,

Irwan : Lina, kenapa ni… seingat Wan… Wan tak pernah lakukan sesuatu yang menyakiti hatimu.
( Lina hanya terdiam buat tidak peduli. )

Irwan : Jangan buat Wan begini… ( Wan pula yang tidak tahan hendak marah, Lina bersuara….)

Salina : Apa awak cakap!… Wahai saudara Kamal Irwan… selama ini Lina jadi macam tunggul kayu saja tau… dah lima tahun tau… kalau kita terus begini… sampai bila Lina harus menunggu!

Irwan : Lina, awak kena terima inilah diri Wan yang sebenarnya… saya bukannya si mat romeo yang membawa si julietnya ke hulu dan ke hilir... 24 jam seperti belangkas... itu bukan cara Wan.
Skh3p06
Salina : Cakaplah Wan.. adakah cinta kita untuk selamanya? ( Pertanyaan Lina itu amat mendalam sekali menyentuh pasal komitmen cinta Wan itu. Wan hanya terdiam tak berkata. )

Irwan : Itu Wan tak boleh nak cakap… ( Wan kemudian berlalu pergi. )

Scene 95.2 : Manakala rakan-rakan Lina yang memerhati dari jauh pergi menghampiri si Lina. Dan Lina hanya termenung sedih.

Suriani : Eh Lina… macamana? Aku kesianlah tengok kau bersedih sejak habis exam lagi. ( Kata simpati Suriani rakan baiknya. Lina terus termenung. )

Asiah : Kau kena sabar Lina, result pun bila-bila masa saja keluar ni... ( Kata Asiah yang tidak tahu apa sebenar krisis yang berlaku. )

Ida : Kau mesti dapat top three. ( Si Ida cuba menceriakan. )

Liza : Hei kawan-kawan… si Lina ni bersedih bukan pasal result exam… tapi dia sekarang berada dalam dilema percintaannya.

Suriani : Kau terpaksa memilih sekarang…. Antara kekasih atau tunang pilihan keluarga kau tu. ( Si Lina seperti tersedar dari lamunannya. )

Scene 95.3 : Manakala rakan-rakan Lina yang lain terkejut besar dengan pengumuman itu.

Ramai-ramai : Apa???

Salina : Eh… Wan dah pergi jauh ke? ( Tanya Lina baru bersuara. )

Suriani : Dah… dia pergi jauh ke sana dah….
Skh3p07
Salina : Itulah kan… Lina tidak tahu bagaimana hendak berterus-terang untuk memberitahu keadaan sebenarnya… Wan seorang yang amat baik.

Ida : Kalau macam tu Lina, kau harus lupakan si Wan sebab kau tak layak untuk dia. ( Kata Ida begitu kasar. )

Suriani : Ida! Jaga mulut kau sikit.. ( Kata Suriani benggang dengan sikap Ida itu. )

Scene 95.4 : Lina nampak makin bersedih. Si Ida serba-salah kerana membuat hati kawannya itu terguris, dia cuba memujuk,

Ida : Lina… maafkan aku cakap terkasar tadi… bukan maksud aku jahat… tapi cuba kau fikir… jika Wan itu seorang yang baik, dia berhak mendapat yang baik juga. Mungkin bukan jodoh kau orang berdua. ( Kata Ida itu seolah memberikan satu point penting yang harus dipertimbangkan. )

Salina : Betul juga kata kau Ida… Aku harap Wan tak marah.. atau merajuk nanti. ( Kata Lina seolah-olah mendapat satu kekuatan baru. )

Scene 95.5 : Wan sudah berada jauh dari kekasihnya itu, dia hanya keseorangan. Dia juga kesedihan.

Dia tidak mengerti mengapa si Lina bersikap lain berbeza dengan gadis yang dia pernah kenal selama 5 tahun lepas. Mungkin disebabkan salah Wan juga sebab tidak menunjukkan keseriusan tentang perhubungan di antara mereka berdua. Pendek kata nak dikatakan pasangan kekasih… tak pernah pun mereka berdating selain daripada berjumpa di sekolah. Kalau ada pun.. hanya pergi ke Perpustakaan Negara.

Scene 95.6 : ( Imbasan 1991 ) Salina berpakaian sekolah.
Skh3p08
Scene 95.7 : Salina dan Irwan berdua-duaan bersama belajar di perpustakaan.

Scene 96 : Mereka berdua di Perpustakaan Negara membuat rujukan buku.

Scene 97 : ( Imbasan ) Di padang sekolah SMTD, waktu petang. Latihan sukan ko-kurikulum. Irwan memakai baju latihan ragbi, manakala Salina sedang menselenggarakan minuman pasukan bola jaringnya. ( Si Wan terbayang-bayang teringatkan detik mula kenal si Lina dulu. )

Salina : Eh, awak… awak ni ada mirip wajah dengan Han Akmal model lelaki yang terkenal tu…

Irwan : Iya ke?… saya pelajar baru kat sekolah ni… saya Kamal Irwan.. atau Wan.. nama pendek. ( Tanpa Wan memberitahu nama penuhnya. )

Salina : Saya Salina… panggil je Lina.

Mereka bertemu masa latihan awal sukan sekolah ketika sedang berehat dari latihan. Ketika itu si Wan berlatih pasukan TD Boyz ragbi sekolah manakala si Lina berlatih untuk pasukan bola jaring sekolah.

Scene 97.1 : Pertemuan kedua ialah ketika di perpustakaan sekolah. Waktu itu si Wan hendak membuat pendaftaran kad pinjam buku dan kebetulan Salina adalah pengawas perpustakaan yang bertugas ketika itu. Masing-masing terkejut dalam pertemuan tak disangka itu.

Salina : Eh awak Wan… apa boleh saya bantu?

Irwan : Saya nak buat kad pinjam buku, Cik Lina.

Salina : Okay sekejap ya… skh3p09

Scene 97.2 : Salina mengambilkan barang-barang perlu seperti kad kosong dan buku daftar utama.

Salina : Okay… sekarang boleh tak awak bagi saya kad pengenalan awak. ( Kata Lina melaksanakan tugas. )

Scene 97.3 : Si Wan memberikan i.c.nya, setelah dilihat oleh Lina… Lina terkejut besar.

Salina : Jadi, awak ni…. ( Terkejut Lina. )

Irwan : Maafkan saya…. Saya harap awak takkan beritahu orang lain. ( Pinta si Wan. )

Salina : Entahlah Encik Wan…..Akmal, tapi tak nak ke awak ikut jejak langkah abang awak tu?

Irwan : Nak lah jugak…. Tapi sayang saya ni… tak cukup tinggi lah... ( Kata gurau Wan membuatkan mereka tertawa bersama. )

Scene 97.4 : Dan seingat Wan, selepas itu mereka selalulah belajar bersama di perpustakaan macam satu pasukan pulak.

Namun rahsia yang dia adalah adik kepada Han Akmal model terkenal itu terbongkar jua apabila abangnya buat kejutan datang untuk memberikan sokongan kepada Wan yang bermain perlawanan ragbi antara sekolah walaupun si Han sudah menyamar diri dengan topi cap dan berkacamata hitam.

Scene 97.5 : Irwan bermain ragbi dalam perlawanan antara sekolah di padang sekolahnya.

Scene 97.6 : Izhan datang untuk memberikan sokongan kepada Wan yang bermain perlawanan ragbi antara sekolah walaupun si Han sudah menyamar diri dengan topi cap dan berkacamata hitam. Skh3p10

Scene 97.7 : Apa yang pasti diakhir perlawanan ragbi, ramai budak perempuan yang kerumuni abangnya untuk mendapatkan autograf.

Scene 97.8 : Dan sejak itu ramai juga budak perempuan sekolah yang menghampiri Wan untuk mendapatkan autograf peribadi Han Akmal.

Dan disebabkan kedudukannya sebagai adik Han Akmal, ada juga budak perempuan sekolah yang menjadi kelap peminat setia menonton si Wan main ragbi. Tetapi secara peribadi, Wan tidak dikacau oleh orang lain kerana dia menjadi kepunyaan Lina secara tidak rasmi.

Scene 97.9 : Beberapa budak perempuan sekolah yang menjadi kelab peminat setia menonton si Wan main ragbi.

Scene 97.10 : Gerombolan kelab peminat tidak kacau kerana Irwan rapat dengan Salina yang datang memberi sokongan.

Scene 97.11 : Namun Wan tersedar dari lamunannya, kawan-kawan sudah berada di sekeliling.

Raziz : Eh, Kamal…. Termenung panjang nampak. ( Kata Raziz mengejutkannya. )

Syukri : Eh.. kawan, nampaknya T.P. kita dah keluar dari pejabat. ( Kata umum Syukri )

Scene 97.12 : Dapat dilihat pengetua sekolah keluar dari pejabat sekolah untuk membuat pengumuman penting dengan alat hebah pegang tangan.

Scene 97.13 : Semua berkumpul mendengar pengumuman.
Skh3p11
Scene 97.14 : Tuan pengetua sekolah membuat pengumuman yang keputusan penuh akan ditampalkan sekejap lagi dan analisa lengkap keputusan telah dibuat. Beliau kemudian mengumumkan senarai ringkas pelajar terbaik mengikut subjek. Lina mendapat pelajar terbaik untuk subjek Pengajian Am manakala si Wan berjaya menjadi pelajar terbaik Bahasa Melayu dan Sejarah Melayu.

Tuan pengetua : Selamat pagi kepada anda semua, bekas-bekas pelajar SMTD…. Keputusan penuh akan ditampalkan sekejap lagi di papan kenyataan pejabat sekolah…. Saya akan mengumumkan pelajar terbaik setiap subjek… pelajar terbaik subjek Pengajian Am jatuh kepada Salina Sulaiman… pelajar terbaik subjek Bahasa Melayu dan Sejarah Melayu disandang oleh Kamal Irwan Akmal…. Pelajar terbaik keseluruhan STPM SMTD jatuh kepada Kamal Irwan Akmal.

Scene 97.15 : Kesemua pelajar memberi tepukan tahniah. Amat memeranjatkan nama Kamal Irwan Akmal diumumkan sebagai pelajar terbaik keseluruhan STPM. Maka tidak sia-sialah Wan buat low-profile tadi.

Scene 97.16 : Irwan dijulang beberapa kali oleh kawan-kawan ragbinya.

Scene 97.17 : Irwan menjadi tumpuan ramai selain daripada papan kenyataan keputusan peperiksaan. Ramai juga budak perempuan bersalam mengucapkan tahniah kepada si Wan.

Scene 97.18 : Kini sudah tiada orang mengelilingi si Wan kerana kesemua mereka pergi berbaris panjang di depan pejabat sekolah untuk mendapatkan slip keputusan tetapi ada orang terakhir datang mengucapkan tahniah kepadanya. Si dia adalah si Lina…

Salina : Tahniah Wan... kerana menjadi pelajar terbaik untuk tahun ini. Skh3p12

Irwan : Tahniah juga awak untuk P.A…. ingat, kitakan satu pasukan dulu… ( Kata Wan seolah memujuk Lina. )

Scene 97.19 : Wan kemudian menghampiri Lina dan menyatakan sesuatu yang mengejutkan..

Irwan : Lina… apa kata lepas ni kita bertunang. ( Lina hanya memandang dengan wajah kosong dan menjadi resah serba-salah. )
Irwan : Katakanlah sesuatu, Lina. ( Desak Wan. )

Salina : Bagaimana kalau jawapannya adalah tidak. ( Itulah jawapan Lina seraya datang kawan-kawan ragbi si Wan. Lina hanya diam dan wajah Wan cukup terkejut dengan kata-kata terakhir itu. )

Scene 97.20 : Kawan-kawan mengelilingi Wan. Mereka masih seronok di atas kejayaan si Wan. Si Aidil anak orang kaya mengajak si Wan meraikan kejayaan keputusan STPM mereka. Lina turut dijemput kerana namanya termasuk dalam kelab penyokong pasukan ragbi sekolah. Lina hanya menggangukkan iya.

Aidil : Kamal… jumm ikut kita orang makan-makan, raikan result STPM kita. Lina, jumm lah sama…
( Salina hanya mengangukkan iya…)

Scene 97.21 : Dan kemudian Lina berlalu membawa diri. Tiada sebarang kata-kata terucap antara mereka…

Scene 97.22 : Wan dapat memerhatikan dari jauh si Lina pergi ke kaunter pejabat untuk ambil slip keputusan. Si Faizal menyapa si Wan,

Scene 97.23 : Eh Kamal… apa yang kau orang berdua bualkan tadi… nampak romantik gila… skh3p13

Scene 97.24 : Kawan-kawan hanya tergelak ketawa, Wan hanya tenang senyap aje.

Irwan : Aku tak nak pergilah ikut kau orang semua. ( Kata Wan seolah merajuk. )

Faizal : Hairan… awek sendiri dah kata setuju… dia tak nak pulak ( Hairan si Faizal. )

Syukri : Apalah kau ni Kamal, kita pergi makan ni si Aidil yang belanja. Best ni kat Safarin Seafood. ( Kata pujuk si Syukri. )

Irwan : Kau orang tak payah pujuk akulah… aku tak nak… ( Kata Wan seolah amat kecewa dengan kata-kata akhir yang didengari daripada Salina tadi. )

Scene 97.25 : Tiba-tiba berdetik nada bunyi hand phone lagu Jerat Percintaan- Siti Nurhaliza. Bunyi itu datangnya dari poket baju jaket kulit yang dipakai oleh Wan itu. Wan baru tersedar sejenak akan sesuatu. Wan menjawab telefon model Startec Clamshell Motorola,

Irwan : Hello…

Izhan : Hoi… kenapa masih tak inform pada abang result periksa tu… susah-susah aje abang tak pakai hand-set tu hari ni. ( Kata Han sedikit geram. )

Irwan : Maaflah abang Han… Wan terlupa… maklumlah bila bertemu dengan member-member ni… ( Jelas si Wan tanpa memberitahu peristiwa mengecewakan tadi. )

Scene 97.26 : Rakan-rakan Wan yang lain juga turut menerima panggilan hand-phone masing-masing.

Izhan : Habis tu… keputusan macam mana? Skh3p14

Irwan : Okay dah keluar pun… well terbaik Bahasa Melayu dan Sejarah… dan terbaik keseluruhan. ( Umum Wan. )

Izhan : Apa… baguslah kalau macam tu… tahniah kepada adik abang. Apa kata kalau kita makan tengahari sama-sama nanti?

Irwan : Alah… kawan-kawan dah ajak makan tengahari untuk raikan..

Izhan : Okay… tak apalah tapi kamu hati-hati sikit bila kat luar tu… hari ni... abang tengok cuaca macam nak hujan je…

Scene 98 : Izhan mengambil berat tentang adiknya sambil melihat celahan jendela pejabatnya awan mendung tebal di langit KL.
Skh3p15

No comments:

Post a Comment

Followers