About Me

My photo
Single.. bla..bla...bla... see my youtube profile also Ramirahrina

Tuesday, January 5, 2010

PraSkrip 10 - Hanwansiti

Pra Skrip untuk Bab Han & Wan 10

Scene 231.6 : Di ruang tamu itu, si Wan diperkenalkan oleh Siti akan adik-beradiknya. Siti mempunyai 3 kakak iaitu Siti Norina yang akan berkahwin, Siti Rohani, Siti Zurina dan 2 abang iaitu Ahmad Zainal, Ahmad Farouk serta 2 adik perempuan iaitu Siti Nur Faezah, Siti Zaleha, Siti Asiah dan dua adik lelaki iaitu Ahmad Nordin dan Ahmad Zulkifli.

Siti : Wan, perkenalkan ini 3 kakak Siti - Siti Norina yang akan berkahwin, Siti Rohani, Siti Zurina dan 2 abang Siti - Ahmad Zainal, Ahmad Farouk serta 2 adik perempuan Siti - Siti Nur Faezah, Siti Zaleha, Siti Asiah dan dua adik lelaki Siti - Ahmad Nordin dan Ahmad Zulkifli.

Irwan : Wau, ramai betul adik-beradik awak…

Scene 231.7 : Kagumnya si Wan kerana dapat kenal keluarga Siti yang besar itu. Berbanding dengan keluarganya yang hanya tinggal dua beradik sahaja.

Scene 231.8 : Kemudian adik-beradik Siti pun bersurai.

Scene 231.9 : Kemudian Wan diajak Siti pergi ke meja tepi ruang tamu yang mempamerkan gambar-gambar famili Siti yang diletakkan dalam bingkai-bingkai kecil. Turut ada di situ adalah gambar kenangan Wan dan Siti dengan si kecil Fadli di Sogo tempoh hari.

Irwan : Eh gambar kita itu hari… ( Kata Wan terkejut. Siti dan Wan berpandangan kerana merekalah dianggap pasangan bercinta di mata keluarga mereka. )

Scene 231.10 : Kemudian muncul Mak Usu Siti dengan anak kecilnya yang sudah boleh berjalan sendiri. Si kecil itu pandai-pandai aje pergi berjalan menuju ke arah Siti dan Wan.
Skh10p01
Scene 231.11 : Siti memberikan ciuman sayang kepada si kecil.

Scene 231.12 : Kemudian si Wan pula merangkul dan mendukung si kecil dan bawa berjalan di sekitar luar rumah.

Scene 231.13 : Tersenyum simpul ibu saudara Siti itu apabila melihat kelibat anak teruna dari KL itu. Sempat juga Mak Usu Siti bertanya,

Mak Usu : Kau ni Nur Ain… yang mana satu kamu nak pilih… yang ni ke… yang seorang lagi?

Siti : Entahlah Mak Usu, Nur Ain pun tak tahu….

Mak Usu : Nur Ain kena buat keputusan… tapi kedua-duanya Mak Usu suka… ( Kata ibu saudaranya. Mujurlah ibu saudara Siti itu sporting aje. )

Scene 231.14 : Dari kejauhan Siti perhatikan gelagat Wan yang mendukung si kecil dan melayan keletah si Fadli. Kini Wan sahajalah calon di mata Siti sekeluarga.

Scene 231.15 : Malamnya, Wan menumpang di bilik abang Siti yang tertua bernama Ahmad Zainal.

Scene 232 : Keesokkannya, majlis kenduri pun berlangsung di rumah Siti itu.

Scene 232.1 : Irwan cuma menjadi pembantu di tempat orang memasak lauk gulai untuk kenduri dan mengangkutkan pinggan-pinggan dan baldi-baldi berisi air ke tempat makcik-makcik membasuh.

Scene 232.2 : Manakala Siti pula berada dekat ibu dan kakaknya yang lain menghidangkan lauk ke dalam bekasnya.
Skh10p02
Scene 232.3 : Siti tersenyum geli hati melihat Wan yang basah pakaiannya gara-gara dalam tugas membantu itu. Wan yang nampak Siti pula memberikan senyuman charming manisnya.

Scene 232.4 : Pada petangnya, ramailah kawan-kawan sekolah perempuan si Siti sampai ke majlis.

Scene 232.5 : Maka terpaksalah Siti perkenalkan mereka si dia yang rajin membantu. Kawan-kawan Siti bukan main suka lagi apabila Siti yang merupakan pelajar perempuan paling popular kat sekolah dahulu baru ada si dia istimewa siap balik kampung di bawa jumpa dengan famili lagi.

Scene 233 : Siti ketika zaman sekolah menengah yang popular dan kawan lelaki istimewa ada dua tiga silih berganti.

Scene 234 : Menjelang lewat petang, kenduri sudah berakhir.

Scene 235 : Wan dan Siti berjalan bersama-sama di sepanjang tepian pantai dekat rumah Siti itu.

Scene 235.1 : Pantai berangin bersepoi-sepoi. Meliut-liut rambut panjang Siti dibelai angin dan kadang-kala menutupi wajahnya.

Scene 235.2 : Si Wan pula berjalan jauh berjarak dari Siti, dia memilih untuk berjalan di bahagian pantai yang lebih rendah tetapi berlumpur. Setelah lama Wan buat begitu, Siti cuba menegur,

Siti : Wan sudahlah.. berjalan di tempat yang becak tu…

Irwan : Alah… lumpur je… bukannya kotor… kat kampung saya tak ada pantai… sungai adalah….

Siti : Wan, awak tak kisah ke…menolong kerja di majlis kenduri tadi… tak adalah glamour sangat.
Skh10p03
Irwan : Eh, saya tak kisah… siapalah diri saya ni… saya pun memang suka buat kerja low-profile aje. ( Kata merendah diri si Wan. )

Siti : Tak apalah kalau macam tu… saya cuma takut awak rasa kecik hati jer…

Scene 235.3 : Mereka terdiam seketika dan terus berjalan lagi. Wan memecah kesunyian,

Irwan : Abang Han tidak sepatutnya buat begini kepada awak…

Siti : Pasti Han mempunyai sebab… jika tidak tentu dia buat kerja low-profile, macam awak juga… ( Kata Siti cuba buat lawak. Keduanya hanya mampu tersenyum saja. )

Irwan : Awak tahu… sejak abang saya mula bekerja di bandar, dia memang amat jarang balik kampung kami lagi. Kecualilah ketika menjelang raya tapi tak pernah ketika diwaktu lain… seolah-olah dia berdendam dengan semua famili yang ada di sana. Cuma pernah sekali saja… masa dia menjemput saya untuk tinggal bersama dia di bandar selepas abang Han dapat kerja tetap di Multi Raya. ( Cerita panjang si Wan. )

Siti : Percayalah Wan… abang awak seorang yang baik…

Irwan : Apa… seorang yang baik? Baik macam mana kalau tidak sudah tidak hiraukan Mak Ngah, Pak Long dan kini pada awak? ( Kata Wan penuh perasaan tidak puas hati dengan sikap abangnya itu. Mereka terus berjalan. )


Scene 236 : Manakala bertempat di KL di Wisma Multi-Raya itu. Si Han bertembung dengan Fika dan Han mengunjukkan sejambak bunga ros putih 24 kuntum. Fika terkejut dan membuat pengertian tersendiri dengan jambakan bunga itu,
Skh10p04
Syafika : Ohh, awak mahu saya surrender ya… ingat, saya belum kalah lagi tau. ( Kata Fika dengan kecil hati. )

Izhan : Saya tak ada cakap pun… Saya nak pujuk awak ni. ( Kata Han. )

Syafika : Lelaki tak guna! ( Kata Fika dengan penuh kebencian…)

Scene 236.1 : Kemudian Syafika bergegas ke pejabatnya.

Izhan : Syafika!!!… ( Jerit Han cuba memanggil Fika yang sudah remuk hati merajuk. )

Scene 236.2 : Syafika sudah berada di pejabatnya sedang menangis tersedu-sedan di mejanya.

Scene 236.3 : Kelihatan di mejanya hanya tinggal gambar si Wan dan sudah tiada gambar kecil si Han.

Scene 236.4 : Kemudian bunyi ketukan tiga kali di pintu namun Fika tidak memperdulikannya langsung.

Scene 236.5 : Si Han kemudian masuk tanpa dijemput,

Izhan : Fika, jangan buat Han macam ni… ( Kata si Han merayu simpati cukup menghairankan Fika namun Fika tidak langsung memberikan Han peluang menagih simpati. )

Syafika : Engkau lagi?…. Keluar! Aku tak mahu tengok muka kau lagi Mr. Han Akmal!! ( Jerit halau Fika. )

Izhan : Syafika… dengar sini… awak kena dengar penjelasan saya dulu… ( Cuba pujuk si Han lagi. )
Skh10p05
Syafika : Sudah… sudah… i tidak mahu mendengar apa-apa alasan lagi dari u… kalau u nak kawin dengan staff baru u tu, go a head lah… I tak ada sebarang halangan!

Izhan : Siapa kata saya nak kawin dengan dia?? ( Tanya pula si Han yang mengejutkan dan mengelirukan si Fika. )

Syafika : A what?? Berikan seribu sebab mengapa awak berkata macam tu, Mr. Han Akmal?

Izhan : Okay, kalau u nak tahu… sebab-musabab yang terakhir I nak beritahu u adalah… Cik Siti Nur Ain itu bakal menjadi adik ipar I tau. ( Kata penjelasan tidak logik si Han. )

Scene 236.6 : ( Imbasan pendek visual sahaja ) Di pemikiran Fika sepantas kilat mengimbas peristiwa di kedai buku tempoh hari, majlis makan malam, peristiwa di majlis perkahwinan anak Mr. Albert Tan dan juga beberapa adegan romantik si Han bersama Siti Nur Ain di sekitar syarikat Multi-Raya.

Scene 236.6.1 : Ulang Scene 151.3 , 156.1

Scene 236.6.2 : Ulang Scene 157.3 , 162.14

Scene 236.6.3 : Ulang Scene 222.7 , 203.1

Ulang Scene.... mana-mana sesuai

Syafika : Nonsense….! ( Keluh si Fika. )

Izhan : Dan… yang menjadi bakal kakak ipar si Wan… tentulah awak. ( Kata selamba si Han )

Scene 236.7 : Izhan menghulurkan sekali lagi jambangan bunga ros putih itu kepada Syafika.
Skh10p06
Scene 237 : Manakala berlokasi di tepian pantai di negeri Melaka Darul Takzim itu, sepasang teruna-dara yang telah lama berjalan sedang duduk bersama begitu hampir di antara satu sama lain di bawah satu pokok besar yang dah tua.

Scene 237.1 : Kedua mereka sedang mendongak perhatikan pokok tua yang batangnya amat besar itu. Siti menjelaskan sedikit cerita tentang pokok itu,

Siti : Awak tahu… orang tua kampung Siti kata… pokok ini sudah ada ketika Belanda berperang dengan Portugis dengan bantuan Kerajaan Johor pada pertengahan abad ke-17 dulu…

Irwan : Waauuu… kalau macam tu, dah hampir 4 kurun dia berdiri di sini ya? ( Irwan duduk begitu dekat dengan Siti. )

Siti : Dan ada lagi cerita menarik pasal pokok ni…

Irwan : Apa dia tu?

Siti : Dekat sini, awak tahu tak dulu suka sangat orang-orang muda berdating kat sini. Masa tu Siti pun masih budak-budak lagi, kalau datang kat sini mesti serempak dengan mereka…

Irwan : Apa yang awak buat kat sini masa tu?

Siti : Tentulah Siti dan akak-akak Siti duk buat kerja mengendap mereka… walaupun Siti ni budak perempuan. ( Mereka sama-sama tertawa. )


Scene 237.2 : Kemudian mereka sama-sama terdiam dan mengalih pandangan ke arah pantai di mana ramai budak-budak lelaki main-main air laut.
Skh10p07
Scene 237.3 : Budak-budak itu juga merupakan budak-budak kampung Siti yang berseronok selepas menghadiri kenduri di rumah Siti tadi juga.

Scene 237.4 : Irwan mendongak-dongak kembali melihat pokok besar dan tinggi itu disamping Siti memerhatikannya.

Scene 237.5 : Kemudian Siti pergi duduk bersandar di perdu pohon besar itu.

Scene 237.6 : Kemudian si Wan memandang kepada Siti dan dia menggerakkan dirinya duduk lebih hampir kepada Siti.

Scene 237.7 : Kini kedua duduk begitu hampir dan bertentangan. Sambil itu Wan menghulurkan tangan kanannya dan Siti menyambut dengan kedua tangannya berkata,

Irwan : Siti…

Siti : Ya, kenapa? ( Tidak ada perkataan yang dapat menerangkan perlakuan kedua mereka ketika ini. )

Irwan : Wan ingat… tak manis kalau Wan terus berada di rumah keluarga Siti lama-lama… terlalu banyak salah faham dan pembohongan yang telah kita lakukan…)

Siti : Awak… janganlah pergi lagi… ( Pujuk Siti. )

Scene 237.8 : Irwan kemudian mengalih pandangan dan melepaskan tangannya dari dipegang oleh Siti.

Scene 237.9 : Irwan menjarakkan dirinya dari Siti tetapi duduk bersandar juga di pangkal pokok sama seperti Siti.

Scene 237.10 : Kedua mereka dapat perhatikan permandangan pantai dan laut nun jauh di hadapan. Mereka terus bercakap,
Skh10p08
Irwan : Siti…rasa-rasanya kita pernah berjumpa sebelum ni… sebelum-sebelum awak jumpa dengan abang Han lagi.

Siti : Iya ke? Alah awak kelentong ni…

Irwan : Betul… Wan tak tipu.

Siti : Dekat mana ya? Siti tak perasanlah…

Irwan : Pernah… pernah Wan tengok Siti dan kemudian melukiskan gambar potret awak kat satu kertas… ( Cerita si Wan. )

Siti : Habis mana bahan bukti tu?

Irwan : Rasa-rasanya dah hilanglah… ( Jawab Wan dengan senyum manisnya. )

Siti : Awak tipu sayalah ni… ( Kata Siti kecewa sambil cubit hidung Wan tanda geram. Mereka tertawa riang bersama. )

Scene 237.11 : Kemudian tiba-tiba berlarian 3 orang budak lelaki ke arah Wan dan Siti yang sedang bermesra itu. Wan mengeluh,

Irwan : Alah, ada pasukan mengendap datang… ( Kata lucu Wan bila nampak 3 budak itu. )

Siti : Janganlah… time Siti pun kena kacau juga. ( Kata gurau Siti bila merujuk tempat rahsia untuk bertemu pasangan teruna-dara sejak zaman-berzaman itu. Namun ketiga budak berlari itu nampak cemas semacam… )

Irwan : Eh… kenapa mereka nampak cemas aje. ( Kata Wan. )

Siti : Apa yang dah berlaku? ( Hairan Siti. )
Skh10p09
Scene 237.12 : Mereka bertiga pun sampai di tempat Wan dan Siti itu.

Siti : Kenapa ni dik? ( Tanya Siti kepada budak-budak itu. )

Budak 1 ( Chat ) : Kak Siti, kak Siti… anak Pak Lang Samad tengah lemas kat depan sana. ( Beritahu si budak paling besar berusia 6 tahun sahaja. )

Siti : Apa lemas? ( Kejut si Siti. )

Scene 237.13 : Manakala si Wan tidak berleka lagi terus berlari menuju ke tempat bermain air budak-budak itu tadi yang sudah lengang.

Scene 237.14 : Terdapat seorang budak gemuk tengah terkapai-kapai kelemasan di tengah laut sana.

Scene 237.15 : Siti bertanya kepada budak-budak itu lagi,

Siti : Chat, kenapa boleh jadi macam tu?

Budak 1 : Tadi budak-budak yang besar berlumba renang pergi ke tengah laut tapi si gemuk tu tak balik-balik. Cuma dapat tengok tangan dia aje terkapai-kapai… ( Terang budak itu dengan pelatnya sekali. )

Scene 237.16 : Si Wan terus berlari dan menjunam ke laut tanpa berfikir panjang lagi, nasib baik dia cuma berbaju t-shirt dan berseluar biasa sahaja.

Scene 237.17 : Semua budak-budak lain berada di pinggir air menyaksikan kejadian itu.

Scene 237.18 : Kelihatan ramai juga orang kampung pergi berlari pergi menengok di tempat kejadian.
Skh10p10
Scene 237.19 : Tetapi Siti teringatkan sesuatu lalu dia lari pulang ke rumahnya.

Scene 238 : Bila sampai di rumahnya, keluarganya semua nak pergi ke tempat kejadian juga.

Scene 238.1 : Siti pergi mengambilkan dua tuala besar kemudian dia ke tempat itu semula.

Scene 239 : Bila Siti sampai di sana, satu kampungnya telah berkumpul untuk melihat si Wan sedang membuat bantuan pernafasan kepada si mangsa yang tidak sedarkan diri.

Scene 239.1 : Si mangsa bernasib baik kerana berjaya dipulihkan, budak itu terbatuk-batuk dan bergerak semula.

Scene 239.2 : Semua penduduk bertepuk tangan dan mengucapkan tahniah kepada si Wan yang berjaya menyelamatkan.

Scene 239.3 : Budak itu kemudian diangkat oleh ayah dan keluarganya untuk dibawa pulang. Semua penduduk mengikut mengiringi meninggalkan sang hero.

Scene 239.4 : Tetapi masih ada satu orang yang masih setia iaitu Siti.

Scene 239.5 : Siti menghampiri si Wan dan mengunjukkan kain tuala yang dibawanya.

Scene 239.6 : Semasa berdepan itu, dapat Siti perhatikan baju t-shirt yang basah itu menampakkan ketul-ketul otot di dada dan abdomen si Wan. Dan Wan hanya membiarkan Siti memerhatikan.
Skh10p11
Scene 240 : Masa berlalu, hari sudah senja merah di depan rumah Siti.

Scene 240.1 : Wan dan Siti sedang duduk bersama di batang kelapa yang rebah ditebang.

Scene 240.2 : Badan dan rambut Wan masih basah lagi dan Wan terbatuk-batuk kecil, Siti nampak cemas aje bila lihat si Wan kebatukan sambil dia setia di sisi tolong menglapkan si Wan yang kebasahan itu…

Irwan : Kenapa awak nampak gelisah aje?

Siti : Saya takut sakit awak tu… ( Kata Siti yang bimbangkan tentang sakit asma si Wan itu. )

Irwan : Alah awak tak perlu risaukan… saya cuma alah dengan air hujan jer... bukannya air laut. ( Kata Wan memberikan penjelasan. )

Siti : Habis.. mengapa awak terbatuk-batuk ni?

Irwan : Saya tak biasa tertelan air laut… masin betullah. ( Kata Wan itu membuatkan Siti kelegaan. )

Scene 240.3 : Dan entah kenapa Siti meletakkan kepalanya bersandar di dada si Wan. Dan si Wan hanya membiarkan… seperti satu pasangan yang berkasih.

Scene 241 : Malamnya, satu pesta keraian kampung diadakan di perkarangan rumah Siti itu. Kejadian lemas tadi tidak langsung melunturkan semangat penduduk kampung Siti untuk menghadiri majlis keraian tidak kira dari budak-budak sehinggalah orang-orang tua kampung.
Skh10p12
Scene 241.2 : Seperti kata Siti dahulu di majlis tari di rumah Mr.Albert dulu - Kumpulan muzik dan tarian dari Perkampungan Portugis mengadakan persembahan kebudayan mereka. Suasana meriah dengan orang ramai.

Scene 241.3 : Wan ada bersama Siti, dia berpakaian biasa iaitu jeans dan jaketnya itu.

Irwan : Betul kata awak dulu… susanana begitu meriah sekali.

Siti : Inilah keistimewaan tempat kami. ( Sambil mereka berdua menyaksikan bersama persembahan tarian portugis itu. )

Scene 241.4 : Kemudian anak muda turut menyertai menarikan sama tarian portugis itu menambahkan meriah.

Scene 241.5 : Siti mengajak si Wan menari sama,

Siti : Jum… kita menari?

Irwan : Saya tak pandailah!

Siti : Awak boleh ikut saya… jum saya tunjukkan.

Scene 241.6 : Maka Wan ikutlah sama menari dengan Siti. Mereka menari bersama-sama yang lain mengikut rentak tari penari portugis itu.

Scene 241.7 : Masa berlalu, kini majlis menikmati persembahan kumpulan anak tempatan iaitu persembahan berdondang-sayang. Penduduk masih setia menikmati persembahan.

Scene 242 : Manakala Siti dan Wan sudah berada jauh dari situ namun masih boleh perhatikan dari jauh. Mereka berada di tepian pantai dekat unggun api yang budak-budak pasangkan. Mereka duduk atas batang kelapa tebang bersama memerhatikan nyalaan api marak itu.

Scene 242.1 : Manakala budak-budak itu juga berkejaran dan mengelilingi mereka.
Skh10p13
Scene 242.2 : Kemudian Wan merenung melihat Siti agak lama juga. Siti baru tersedar akan orang disebelahnya memerhatikannya.

Siti : Eh… kenapa awak ni? ( Kata malu Siti. )

Irwan : Awak sungguh cantik jelita sekali… ( Puji Wan. )

Siti : Awak pun… kacak lawa apa… ( Balas Siti dengan senyum. )

Irwan : Kalaulah Wan bertemu dengan Siti terdahulu daripada abang Han….

Siti : Eh… sebenarnya salah tu… Siti yang patut cakap… jikalah Siti berjumpa Wan terdahulu daripada….

Irwan : Siti, saya cintakan awak! ( Itulah kata Wan meluahkan isi hatinya yang sebenar yang tidak boleh dibendung-bendung lagi. )

Scene 242.3 : Siti tergamam terkejut dan dia hanya tahu bersandar di bahu Wan dan menyebut…

Siti : Saya juga menyintai awak, Kamal Irwan… ( Itulah kata- kata Siti. Wan kemudian memeluk si gadis itu dengan sebelah tangan. Kini perasaan cinta di antara mereka sudah tidak dapat dibendungkan lagi. )

Scene 242.4 : Pasangan yang berkasih itu tidak sedikitpun terganggu dengan anak-anak kecil berkejaran mengelilingi mereka.

Scene 242.5 : Terdapat banyak lagi unggun api yang terbakar berhampiran tempat itu.
Skh10p14
Scene 243 : Sementara itu di kawasan rumah Siti, orang ramai sedang berhibur dengan dondang sayang.

Scene 244 : Esoknya, dengan meminjam motor berkuasa besar si Ahmad Farouk- abang kedua Siti.

Scene 245 : Kedua teruna-dara itu memulakan ekspedisi berjalan-jalan di sekitar negeri Melaka.

Scene 246 : Si Wan agak penakut hendak berdepan dengan abang Siti itu yang seperti kaki pukul kat kelab malam – garang dan berbadan besar untuk minta izin nak pinjam motor itu.

Scene 247 : Pasangan itu pergi melawat Kota Melaka.

Scene 248 : Pasangan itu pergi melawat Muzium Maritim.

Scene 249 : Waktu tengaharinya, mereka pergi makan di medan selera Perkampungan Portugis. Mereka memilih satu gerai yang lengang. Bagaikan seperti sepasang artis bercinta dengan motor besar bagaikan Erra dan Awie dalam Filem Sembilu I dan II. Mereka begitu romantik kerana pertama kali tercetus perasaan cinta dan kasih.

Scene 249.1 : Lagak kedua teruna-dara diperhatikan oleh 3 dara pinggitan di sebuah gerai berhampiran iaitu Sheeda, Fikin dan Ramlah.

Sheeda : Eh tengok tu... macam kenal jer aku dengan budak perempuan tu. ( Unjuk Sheeda dengan yakin. )

Fikin : Ooii.. kau ingat siapa? ( Kata Fikin kepada rakannya.)

Sheeda : Tak salah lagi... Siti Nurhaliza lah. ( Kata Sheeda sebaik sahaja Siti Nur Ain membuka kaca mata hitamnya. )
Skh10p15
Fikin : Oooiii bukankah si Siti tu bercinta dengan kerabat diraja... siapalah yang berani nak bawak dia ke sana ke sini... ( Kata Fikin. )

Sheeda : Kau percaya ke cerita-cerita tu... manalah tahu lelaki tu pakwe sebenar dia...

Scene 249.2 : Manakala pasangan itu makan bersama dengan mesra. Si Wan pula membuka cermin matanya. Sheeda terperanjat besar....

Sheeda : Eh.... aku tahulah lelaki tu.... sekali tengok macam penyanyi kontrak baru kumpulan rock May... alah...yang nyanyi lagu Jemu tu... si Oney.

Fikin : Kau ni Sheeda, senang-senang jer buat andaian... manalah tahu kalau klon-klon jer... bukan yang original.. ( Fikin berhujah. )

Sheeda : Ah... aku tak kira... aku nak pergi sana juga... aku nak pergi mintak autograf mereka sebab aku minat betul dengan lagu Jemu dan Aku Cinta Padamu.

Fikin : Ehh... kau ni Sheeda... tahu malulah sikit... kalau mereka orang yang original... tentulah mereka makan di sini untuk privasi... ( Halang si Fikin. )

Sheeda : Betul juga kata kau Fikin... bagaimana pendapat kau, Ramlah? ( Tanya Sheeda kepada rakan mereka yang keasyikkan makan. )

Ramlah : Alah... malas aku nak dengar gosip-gosip kau orang berdua... aku ke sini nak makan jer… ( Kata ringkas Ramlah menyindir Sheeda dan Fikin. )

Scene 250 : Di waktu petangnya, masih di pantai berhampiran di kampung Siti itu. Skh10p16

Scene 250.1 : Mereka bersama berdua di kawasan berbatu sambil memerhatikan ombak memukul pantai. Bagaikan seperti pukulan ombak, cinta mereka tiada kesudahan.

Scene 250.2 : Tetapi kemudian abang Siti si Farouk muncul untuk bercakap sesuatu dengan Wan sahaja atau dikatakan ‘Straight talk, man to man’.

Scene 250.3 : Maka terpaksalah Siti meninggalkan buah-hatinya itu dengan abangnya yang berbadan besar itu.

Scene 250.4 : Siti pergi berjalan-jalan di tepian pantai sambil melamun sendirian…

Scene 250.5 : Sekali-sekali dari kejauhan Siti nampak si Wan kena lecture oleh abangnya.

Scene 250.6 : ( Imbasan ) Siti teringatkan dulu masa sekolah, abangnya Farouk memang jaga Siti sepenuhnya. Semua teman lelaki Siti kena berdepan dulu dengan abangnya, silap haribulan lebam biji mata mereka kalau Siti diapa-apakan.

Scene 250.7 : Siti melamun lagi... dan kemudian si Wan pergi menghampiri,

Irwan : Siti... melamun nampak?

Siti : Tak adalah.... tapi bagaimana dengan Wan?.... abang Farouk cakap apa?

Irwan : Biasa jer... ( Kata si Wan cuba mengelak disoal-selidik oleh Siti. )

Siti : Biasa macam mana... ada tak abang Farouk cakap warning apa-apa pasal Siti?
Skh10p17
Irwan : Abang awak cakap... kalau saya buatkan awak menangis bersedih, tunggu masa sajalah saya kena belasah... ( Kata kesian si Wan. )

Siti : Memang abang Siti selalu macam tu... dulu dia tu kaki pukul kat sekolah, tau. ( Kata Siti mengesahkan perangai buruk abangnya itu. )

Irwan : Ooppss... saya tak jadilah nak bercinta dengan awak... ( Kata usik si Wan. )

Scene 250.8 : Mereka sama-sama tersenyum. Kemudian di hari lewat senja, mereka berdua menyaksikan matahari terbenam di ufuk barat.
Skhp18

No comments:

Post a Comment

Followers