About Me

My photo
Single.. bla..bla...bla... see my youtube profile also Ramirahrina

Tuesday, January 5, 2010

PraSkrip 07 - Hanwansiti

Pra skrip untuk bab Han &Wan 07

Sambungan Scene 156.3 :

Syafika : Nak masak untuk makan malam? Boleh percaya ke anak gadis moden zaman sekarang… nak masak konon. ( Kata perli si Fika. )

Izhan : Eh kenapa tidak… Cik Fika boleh datang rumah malam ni… bolehlah nak rasa masakan orang Melaka… datanglah dengan teman awak ni… ( Kata Han melalut jauh. )

Syafika : Perkenalkan ini bodyguard saya, Encik Zaid Ibrahim. ( Fika memperkenalkan sepupunya. )

Scene 156.4 : Si Han dan Zaid keduanya berjabat tangan, sebelum itu si Han yang terpaksa memberikan sementara beg plastik kepada teman sebelahnya kelihatan amat romantik sekali menyebabkan Syafika bertambah rasa cemburunya.

Izhan : Jangan lupa datang malam ni Encik Zaid, ya... ( Jemput Han secara rasmi. )

Syafika : Semestinyalah…

Scene 156.5 : Kata jaminan Syafika sambil buat mengada-ngada dengan sepupunya- pegang tangan romantik sekali sambil masuki kedai buku itu. Sepupunya terperanjat juga dengan tindakan Fika itu kerana tidak ada ikatan cinta langsung di antara mereka berdua mereka berdua sebelum ini.

Scene 156.6 : Siti dan Han berlalu.

Scene 156.7 : Di dalam kedai buku itu, sepupu si Fika bengang semacam dengan perangai mengada si Fika tadi,
Skh7p01
Zaid : Eh sepupu… sejak bila engkau ni jadi buang tabiat ni… mati aku kalau tunang aku nampak. ( Kata Zaid. )

Syafika : Alah… maafkan Fika, abang Zaid. Fika sakit hati sangat dengan perangai dia tu. ( Mengadu Fika. )

Zaid : Kau nak tak, kalau abang belasah si Han Akmal tu.

Syafika : Tak payahlah bang… Fika nak belasah hatinya pun sudah cukup.

Kata Fika bertekad walhal hatinya sudah remuk hancur berkecai kerana memikirkan si Han telah menjadi hak milik orang lain!

Scene 156.8 : Manakala si Han masih berjalan bersama-sama dengan Cik Siti meninggal jauh kedai buku tadi. Apabila mereka telah jauh si Han memberitahu satu rancangan tergemparnya.

Izhan : Cik Siti, awak boleh masak tak?… Tolong.. tolong cakap yang awak boleh masak. ( Tanya si Han agak terdesak. )

Siti : Encik Han… semuanya terjadi so suddent, saya tak sedialah ni… ( Kata-kata Siti sedikit keberatan. )

Izhan : Tolonglah saya, Cik Siti Nur Ain.

Scene 156.9 : Sambil si Han buat lagak romantik merayu seperti sang penyair agung yang sedang merayu bulan. Siti tersipu-sipu malu kerana lagak romantik si Han berlutut merayu menyebabkan orang di sekeliling melihat kelakuan luar jangka si Han itu.

Siti : Okay… okaylah saya akan masak.
Skh7p02
Scene 157 : Masa berlalu, kini Han dan Siti berada di bahagian groceries gedung membeli-belah itu. Kalau tadi mereka bersusah-payah memegang angkut beg plastik besar tetapi kini mereka berjalan dengan troli besar. Mereka bersama-sama menolak troli itu bagaikan satu pasangan. Sambil melihat-lihat bahagian sayur,

Siti : Encik Han mahu saya masak apa? ( Tanya Siti. )

Izhan : Itu ikut Sitilah… asalkan sesuai untuk makan lima orang.

Siti : Okay kalau macam tu… saya akan cuba masak tomyam campur dan nasi putih berlauk ayam masak merah… itu resepi istimewa keluarga saya.

Izhan : Nampaknya, sekarang ini pun saya dah berselera nak makan ni. ( Kata gembira si Han kerana ‘pilihan’ dia kali ini memang tepat. )

Scene 157.1: Di tempat sayur terpamer itu, sambil Siti mendapatkan sayur yang dia mahu. Sempatlah si Han buat kelakar dengan sayur-sayur. Seperti buat tanduk dengan batang lobak merah dan janggut Santa Claus dengan daun parsli. Siti tergelak ketawa dengan gelagak si Han itu. Siti begitu terhibur dengan gelagat Han yang begitu romantik sekali.

Scene 157.2 : ( Fantasi ) Siti terlintas difikiran bayangan si Wan pula berdiri berhampiran dengannya. Namun Siti terus lagak biasa melayan kerenah si Han.

Scene 157.3 : Kejadian di bahagian sayur itu dapat disaksikan jelas oleh si Syafika dan sepupunya. Gelagat romantis si Han dan kegembiraan yang terpancar di wajah Siti itu membuatkan Syafika amat cemburu. Juga kedengaran dari jauh ketawa Siti.

Scene 157.4 : Fika seakan hendak menangis sakit hati menyebabkan sepupunya juga bersimpati. Fika membisikkan sesuatu kepada sepupunya. Skh7p03

Scene 157.5 : Setelah sudah bahagian sayur maka bergeraklah si Han dan Siti ke bahagian rak-rak rempah-ratus. Dalam perjalanan melihat-lihat bahagian itu maka terserempaklah mereka dengan Fika dan sepupunya.

Scene 157.6 : Syafika dan sepupunya membuat satu aksi romantis juga iaitu Zaid yang berbadan besar itu mengangkat tubuh si Fika untuk mengambilkan barang di rak teratas.

Syafika : Eh, bang…. Angkatlah tinggi lagi. ( Lagak kata mengada-ngada si Fika. )

Si Han ketika itu terasa gelora cemburu juga. Siti yang juga menyaksikannya tidak tahu-menahu yang kedua Han dan Fika mempunyai hubungan sebelum ini.


Scene 158 : Masa berlalu, Wan baru sampai di kawasan parkir persendirian apartmennya.

Scene 158.1 : Wan kemudian mengambil surat di pigeon-box seperti kebiasaannya. Terdapat dua tiga surat.

Scene 158.2 : Kemudian Wan menaiki tangga ke atas.

Scene 159 : Irwan sampai di depan pintu rumah. Dia dapati pintu itu tidak berkunci dan berada sedikit terbuka.

Scene 159.1 : Irwan memasuki rumah berada di ruang tamu, dia perasan akan bunyi kedengaran orang memasak di dapur dan sepasang kasut wanita di muka pintu rumah.

Irwan : ( Wan berbisik sendiri ) Eh… akak Fika ke, datang? ( Kemudian Wan buat macam biasalah, dia menjerit…)
Irwan : Kakak… Wan balik!! Dah lama akak sampai?
Skh7p04
Scene 159.2 : Siti yang berada di dapur ketika itu tergamam seketika bila dia terdengar suara jejaka itu bukannya si bosnya-Han.

Scene 159.3 : Dah lama jugak!... ( Jerit Siti menjawab disebalik bunyi bising gorengan sayur membuatkan tidak perasan empunya suara itu. )

Scene 159.4 : Si Wan berada di kerusi sofa ruang tamu meletak surat ke atas meja ruang tamu. Kesemua surat itu tentunya surat dari peminat abangnya.

Scene 159.5 : Dia membuka kasutnya dan meletak di atas rak kasut.

Scene 159.6 : Kemudian Wan terus masuk dalam biliknya tanpa mengetahui siapa sebenarnya yang berada di dapur rumahnya itu.

Scene 159.7 : Di biliknya Wan bersalin pakaian untuk mandi, dia hanya memakaikan tuala besar membelit badannya.

Scene 159.8 : Sambil Wan keluar dari bilik menuju ke bilik air, dia terus menegur sapa ‘akaknya’ itu.

Irwan : Kenapa kakak lama tak datang?

Siti : Sibuk… ( Kata ringkas Siti yang mulai seronok menyamar diri. )

Irwan : Eh kenapa suara lain je akak, Wan dengar?

Siti : Demam…

Irwan : Abang dah hantarkan akak ke hospital, tak?
Skh7p05
Siti : Belum… ( Tersengih-sengih sendiri Siti kelentong. )

Scene 159.9 : Ketika itu juga Wan sudah memasuki bilik air dan menutup pintu.

Irwan : Abang memang tidak boleh diharap, kak… ( Sambil Wan mulai mandi shower. )
Irwan : Akak sakit sakit pun, abang tak boleh tolong hantar akak jumpa doktor. Abang memang selalu buat tak kisah tentang orang lain. ( Kata membebel Wan tidak puas hati tentang sikap abangnya. )

Scene 159.10 : Wan memberhentikan pancuran shower untuk bersabun pula. Dia cuba menekan botol sabun cairan tetapi telah habis. Bengang juga Wan dibuatnya kerana bulan ini adalah giliran abangnya untuk menukar ganti.

Irwan : Tengok! Sabun mandi dah habis pun tak berganti… abang Han memang tak boleh diharap langsung… bulan ni giliran dia ganti… macam mana saya nak mandi ni… takkan nak jadi kerbau pulak. ( Siti terdengar jelas leteran si Wan tersenyum gelihati. )

Irwan : Akak!!

Siti : Ya… Siti berasa curious.

Irwan : Boleh tak akak tolong ambilkan sabun mandi spare dalam placard yang di atas blender tu. ( Permintaan Wan. )

Siti : Ya, kejap…

Scene 159.11 : Siti kepanikan mencari. Apabila melihat blender pengisar, lalu dia membukakan placard di bahagian atas, maka terjumpalah ketulan sabun mandi back-up. Siti ambilkan satu…

Irwan : Dah jumpa ke belum, kak? ( Jerit si Wan dalam bilik air dimana Wan keresahan lama menanti…) skh7p06

Siti : Dah… kejap.

Scene 159.12 : Maka si Wan membukakan sedikit pintu bilik air dan menjuntaikan tangannya ke luar. Siti cepat-cepat mengunjukkan ketul sabun itu.

Scene 159.13 : Tanpa disengajakan ketika bertukar tangan antara kedua itu maka berlaku persentuhan. Dengan spontan si Wan meminta maaf,

Irwan : Oppss, sorry kak… tersentuh tangan. ( Dalam pada itu hati Siti yang tersentuh. Ternyata si Wan seorang yang begitu baik memikat hati Siti. )

Scene 159.14 : Kemudian Wan menyambung kembali mandiannya.

Scene 159.15 : Siti pula kembali memasak di dapur.


Scene 159.16 : Masa berlalu, Siti berulang-alik di antara dapur dan meja makan membawakan hidangan.

Scene 159.17 : Si Wan baru menghabiskan mandiannya. Ketika Siti membawakan mangkuk besar nasi, dalam pada itu si Wan keluar dari bilik air.

Scene 159.18 : Maka berlakulah pertembungan di antara kedua mereka. Si Wan terperanjat besar kerana yang disangka akak Fikanya, rupanya awek baru abangnya.

Scene 159.19 : Si Siti senyum tersipu aje melihatkan anak teruna itu.
Skh7p07
Irwan : Eh awak? ( Terkejut si Wan dengan menutup dadanya dengan sebelah tangan dan menutup pusat dengan satu lagi tangan kerana dia hanya memakai tuala. Si Wan segan betul dengan anak dara itu. )

Siti : Opss... sorry, maafkan saya. ( Dalam sekilas pandangan itu, Siti perasan akan tubuh si Wan yang sederhana tapi mantap dan seksi. )

Scene 159.20 : Kemudian cepat-cepat Siti buat-buat pandang ke arah lain manakala si Wan beransur perlahan ke biliknya. Siti pula beransur ke meja makan dan mereka saling tidak berpandangan tetapi mereka bercakapan di antara satu sama lain.

Irwan : Mana abang Han?

Siti : Abang awak keluar sekejap pergi beli buah… ehh siapa kakak yang awak cakapkan tadi? ( Tanya pula Siti. Ketika itu hanya ada dua teruna dara di rumah itu. )

Irwan : Oh… kakak… kakak sepupu kita orang. Biasanya seminggu sekali dia akan datang masak makan malam. ( Temberang si Wan tanpa menyebut nama akak Fikanya. )

Scene 159.21 : Wan bersegera masuk bilik dan menutup pintu. Wan terasa perasaan berlainan yang tidak pernah dia rasakan sebelum ini kecuali terhadap Salina. Wan memarahi dirinya kerana tidak berhati-hati dan terlalu cuai tadi.

Wan berasa amat bersalah kerana cuai memperlihatkan dirinya separuh tidak berpakaian kecuali akak Fika. Tetapi berlainan dengan kak Fika kerana Wan mengenali daripada umurnya 15 tahun lagi. Terasakan seperti kakak kandung sendiri.

Scene 159.22 : ( Imbasan ) Safika datang memasak di dapur, Izhan berada di dapur sama dengan si Irwan membantu.
Skh7p08
Dahulu ketika mula pindah ke bandar untuk tinggal bersama abangnya, Syafika pernah mengambil tugas menjaga si Wan kerana si Han menjalani kursus di Jepun selama 6 bulan. Dalam tempoh itu, si Wan kena demam panas yang teruk. Maka Fikalah yang menjaga makan-minum si Wan. Sememangnya Fika sudah beranggap si Wan sebagai adik sendiri kerana dia sendiri tidak mempunyai adik lelaki.

Scene 160 : ( Imbasan ) Izhan bertolak dengan penerbangan ke Tokyo, Jepun di Lapangan Terbang.

Scene 161 : ( Imbasan ) Syafika menjaga si Irwan yang demam teruk.

Scene 161.1 : ( Imbasan ) Syafika bermesra dengan si Wan yang sudah sihat seperti adik-beradik.

Scene 162 : Wan pantas segera bersiap memakai baju dan seluar, ringkas sahaja dia memilih, cuma t-shirt di tight-in dengan seluar jeans.

Scene 162.1 : Wan kemudian pantas menyikat rambutnya dan keluar dari biliknya.

Siti : Eh cepatnya awak pakai? ( Hairan si Siti. )

Scene 162.2 : Irwan ke meja makan untuk membantu Siti menghidang masakan.

Irwan : Saya kan superman… ( Kata lucu si Wan membuat Siti tergelak. )

Siti : Habis, siapa Lois Lanenya. ( Tanya lawak Siti. )

Irwan : Dah kena tinggallah… ( Jawab kelakar si Wan. )

Siti : Kesiannya… skh7p09

Irwan : Tak apalah… tugas banyak tolong orang… boleh saya bantu awak.. Cik Siti Nur Ain?

Siti : Alah.. awak panggil saya… Siti aje.

Irwan : Okay… mana abang Han ni?

Siti : Abang awak pergi kedai bawah tu…

Scene 162.3 : Sambil Siti mengunjukkan lima biji pinggan kepada Wan tetapi raut wajah Siti sedikit berubah terkejut. Wan kehairanan…

Irwan : Kenapa Cik Siti?

Siti : Saya agak Superman Malaysia pakai cawat kuninglah.
( Jawab Siti dalam bentuk kiasan. )

Irwan : Apa? Cawat? ( Wan hairan…. Irwan kemudian perasan ianya dituju kepadanya lalu dia sedari yang dia terlupa memasang butang button-fly jeansnya itu maka nampak baju. )
Irwan : Alamak… masa untuk selamatkan orang! ( Kata kelakar Wan. )

Scene 162.4 : Irwan menutup sebelah tangan kawasan tengah seluarnya dan dia cepat-cepat masuk ke dalam biliknya untuk memasang semula button-flynya itu.

Scene 162.5 : Siti tersenyum aje dengan gelagat Wan yang kaya dengan lawak serupa dengan si Han juga.

Scene 162.6 : Ketika itu jugalah si Han pulang ke rumah membawakan buah-buahan campur, 3 botol besar F&N oren dan sejambak bunga ros merah. Siti di meja makan mesra menyambut,
Skh7p10
Siti : Dah sampai pun awak.

Izhan : Ada apa-apa saya ketinggalan? ( Tanya Han. )

Scene 162.7 : Serentak dengan si Wan yang keluar dari biliknya.

Scene 162.8 : Kebetulan ketika itu abangnya sedang memhulurkan kepada Siti jambakan bunga gubahan itu dengan penuh romantik sekali. Tersedar dengan kehadiran Wan, si Han terkejut sedikit,

Izhan : Eh, dah balik pun adik abang...

Scene 162.9 : Si Wan menghampiri abangnya dan mereka berbual di meja makan itu. Manakala Siti membawakan jambakan bunga itu ke dapur untuk diletakkan ke dalam bekas.

Irwan : Siapa lagi abang jemput untuk makan malam, banyak hidangan lauk ni? ( Tanya ingin tahu si Wan. )

Izhan : Kakak Fika kamu dengan pakwe barunya.

Irwan : Habis bagaimana abang dengan kak…. ( Tanya Wan tidak sempat dihabiskan apabila si Han memberikan isyarat ‘ssyyy’ kepada Wan memandangkan ketika itu serentak Siti membawakan jambangan bunga. )

Scene 162.10 : Masa berlalu, majlis makan malam pun berlangsunglah. Dalam pada itu, Wan perasan malam itu dihadiri oleh dua pasangan dan dia seolah menjadi pengerusi majlis.

Scene 162.11 : ( Imbasan ) Wan teringat hubungan lama di antara abangnya dan kak Fikanya. Tunjukkan kemesraan makan malam dihadiri Izhan, Irwan dan Syafika di waktu dahulu.
Skh7p11
Scene 162.12 : Manakala sepanjang makan itu, sekali-sekala mata si Wan dan Siti Nur Ain bersetentang.

Scene 162.13 : Keduanya ( Siti dan Wan ) teringatkan peristiwa lucu yang tak disangka sebelum ini, imbasan scene peristiwa Siti ditinggalkan di hentian teksi dan menghadiri majlis perkahwinan bersama sebelum ini.

Scene 162.14 : Si Han melihat kemesraan pasangan Syafika-Zaid dengan penuh kesangsian. Syafika pula jelas kecewa terbayang di matanya melihatkan lagak Han dan Siti. Syafika dan Han masing-masing berlumba menunjukkan sikap romantis bagi menyakiti antara satu sama lain.

Scene 163 : Hari-hari berlalu, Wan melakukan rutin kerjanya sendiri kini. Dia tidak lagi pergi makan tengah hari dengan abangnya tetapi dengan rakan-rakan sekerja di syarikat majalah penerbitannya.

Scene 163.1 : Ketika dia sibuk dengan kerja-kerja melakar kartunnya,

Scene 163.2 : Si Wan terbayang wajah si teman baru abangnya. Wan bertekad untuk tidak melibatkan diri untuk bertemu dengan gadis itu. Wan mahu menjadi hati dan perasaan abangnya yang telah banyak berkorban untuknya.
Skh7p12
Wan tidak akan sesekali menganggu-gugat kedudukan abangnya kerana abangnya berhak untuk mempunyai yang terbaik. Wan masih teringat ketika dulu di mana abangnya berusaha keras untuk berjaya. Abang Han telah memulakan kerjaya dari bawah, dia sanggup melakukan kerja biasa di sebuah pasaraya sebaik sahaja habis SPMnya. Abangnya pernah memberitahu akan tekad untuk membawa kejayaan kepada keluarga yang telah lama hidup merana dan daif selepas kematian ayah mereka. Nampaknya kini abangnya telah berjaya. Sudah hampir 5 tahun Wan tinggal bersama abangnya dan dia mendapat segala kemewahan daripada abangnya. Pokoknya Wan terlalu dimanjakan, semuanya Wan tak minta tetapi abangnya yang memang begitu.

Tetapi satu kekurangan nyata ada pada abangnya iaitu Han sudah seperti melupakan famili terdekat di kampung. Wan pernah menyaksikan yang abangnya pernah berjanji untuk membantu Mnak Ngah dan Pak Long sekeluarga jika dia berjaya suatu hari nanti. Dan pernah Wan mendengar dari mulut abangnya sendiri menyebut tentang menebus semula tanah pusaka dan rumah besar- Istana Impian milik ayah mereka. Dan janji hanya tinggal janji…

Scene 164 : ( Imbasan ) Izhan bekerja dari bawah…

Scene 165 : ( Imbasan ) Azam Izhan untuk menebus tanah dan rumah milik ayah mereka…

Scene 166 : ( Imbasan ) Irwan mula tinggal bersama abangnya.

Scene 167 : Izhan lebih keasyikan bekerja…

Scene 168 : Ibu saudaranya, Mak Ngah merindu dengan menatap gambar Izhan dan Irwan.

Scene 169 : Masa berlalu, hari sudah menjelang malam.

Scene 170 : Wan dalam perjalanan pulang. Setelah meletak motornya yang menjadi hadiah abangnya bersempena kejayaan STPMnya,

Scene 170.1 : Wan pergi mengambil surat di peti surat apartmen… Wan mengeluh sendiri…

Irwan : Tengoklah abang ni, masa turn dia pun malas nak ambil surat.
Skh7p13
Scene 170.2 : Nampaknya ada 3 surat, satu surat bersampul besar dan satu bercop tanda ‘UniPutra’ untuk Wan manakala satu surat rasmi yang ada cop ‘mahkamah persekutuan’ untuk Han.

Scene 171 : Apabila Wan memasuki rumahnya, dia dapati abangnya sedang sibuk menggunakan komputer notebooknya untuk menaip tugasan pejabatnya di kerusi sofa ruang tamu rumah.

Scene 171.1 : Wan duduk di sofa manakala abangnya masih keasyikan membuat tugasannya.

Irwan : Abang… surat!

Izhan : Ops lupalah abang nak ambil… ( Kata si Han. )

Scene 171.2 : Irwan meletak surat di tepi notebook abangnya.

Irwan : Nampak ada cop mahkamah… ( Namun abangnya seperti tidak memperdulikan surat itu. )

Scene 171.3 : Irwan pula mula membuka surat bercop universiti itu.

Irwan : Eh… abang tak nak ke bukak surat tu? ( Tanya Wan kehairanan. )

Izhan : Tak… saja nak surprise kamu nanti. ( Kata Han yang penuh misteri. )

Irwan : Apa kaitan dengan Wan?… takkan ada kes hak jagaan pulak, Wan dah umur 20 tahun. ( Sambil Wan meneruskan agenda untuk membaca suratnya. Si Han terus leka dengan kerjanya. Tiba-tiba raut wajah si Wan berubah dan dia jerit. )

Irwan : Yess…. Skh7p14

Izhan : Hooiii… apa yang gembira sangat tu, brother?

Irwan : Wan dah berjaya dapat kursus penulisan kreatif di UniPutra.

Izhan : Wahh… tahniahlah buat adik abang ni. Tapikan abang sekarang ni sibuk sangatlah… tidak bolehlah abang nak bagi pelukan tahniah.

Irwan : Heeii… tak payahlah… rimas Wan dibuatnya. ( Sambil Wan kemudian membukakan surat besar yang tentunya daripada kekasihnya dulu- Salina. Terdapat satu kad besar dan satu lagi kad kecil. Wan baca kad yang kecil dahulu, rupanya kad jemputan perkahwinan Salina. )

Scene 171.3 : Wan kemudiannya bertukar mood pula apabila dia membacakan satu persatu perkataan dalam kad kecil itu. Wan sugul dan sugul. Si Han hairan,

Izhan : Hey.. kenapa pulak ni… kad amende tu?

Irwan : Kad jemputan perkahwinan Salina minggu depan… ( Kata sugul Wan memberikan kepada abangnya kad kecil itu manakala dia membawa ke dalam bilik kad yang besar. Si Han wajah simpati dengan adiknya itu. )
Sk7p15
Scene 172.3 : Wan berada di kamarnya sambil membacakan kad besar itu yang ditulis sendiri oleh Salina. Tercatat, “Kepada Kamal Irwan, Maafkan Lina dengan apa yang telah terjadi tempoh hari. Awak adalah lelaki terbaik yang pernah Lina temui. Mungkin di antara kita tidak ada jodoh untuk bersama. Ketahuilah Lina masih menyintai diri Wan namun Lina tetap akur dengan pilihan keluarga. Sudilah ke majlis perkahwinan Lina jika Wan masih cintakan Lina. Lina reda melihat Wan datang dengan seorang yang lain… Anggaplah hubungan di antara kita sebelum ini adalah sahabat sejati dan bukannya sebagai kekasih… Love U – Salina” ( AUDIO SUARA SALINA MENGIRINGI )

Scene 172.4 : Wan berasa begitu hambar perasaannya kini… kemudian dia membukakan stereo Sonynya. Kebetulan kedengaran lagu ‘Dia’ nyanyian Fauziah Latiff dari stesen RMKL. Wan terlena masih terbayang wajah Salina.

Scene 172.5 : Beberapa hari kemudiannya, di waktu petang. Ketika Han sibuk mengemas rumah, ketika dia masuki bilik Wan untuk vakum.

Scene 172.6 : Dia terjumpa surat Lina itu di atas meja studi si Wan dan dia membacanya. Han terharu atas apa yang terjadi kepada adiknya… namun dia sudah ada satu rancangan besar untuk adik tunggalnya itu.

Scene 173 : Tarikh hari perkahwinan Salina pun tiba, waktu pagi ketika sama nak pergi kerja si Wan tidak lupa memberitahu akan jemputan kenduri kahwin di rumah Salina itu,

Irwan : Abang janji datang sama ke rumah Lina nanti? Ingat tengah hari ni... tau.

Izhan : Err… abang pergi.

Irwan : Abang jangan buat-buat lupa lak… nanti malu Wan sorang kat sana. ( Amaran si Wan. )

Izhan : Kalau macam tu… telefonlah abang masa kamu nak pergi tu. ( Kata Han memberikan kepastian komitmennya. Wan tidak berapa sangat percaya cakap abangnya itu. Selalu lupa janji. )

Skh7p16
Scene 174 : Menjelang tengahari, jam studio tempat Wan kerja menunjukkan 12.00 p.m. tepat Wan keresahan menantikan masa berlalu di meja lukisnya. Serba tak kena dia buat kerja. Wan berasa sudah tiba masanya untuk dia menelefon abangnya, dia telefon pejabat abangnya.

Irwan : Hello… cik Ida, ini Kamal Irwan. Abang Han saya ada tak?

Cik Ida : Maaf adik Irwan, Encik Kamal sudah keluar untuk makan tengahari bersama client penting syarikat.

Irwan : What?… okay tak apalah. ( Wan terkejut betul dengan penyataan setiausaha abangnya. Sudahpun Wan memberitahu abangnya di awal pagi tadi tapi Han buat lupa juga perancangan mereka hari ni. )
Irwan : Abang ni memang mudah lupa janji…( Keluh Wan sendirian. )

Scene 174.1 : Kemudian dia cuba mendail nombor telefon bimbit abangnya itu tetapi telah di-offkan. Wan hairan betul… Kemudian dia cuba mendail nombor pusat operator kelui abangnya.

Irwan : Hello operator, boleh mesej pesanan pager ke nombor 015….

Scene 175 : Sebenarnya pada ketika itu, Han berada dalam 4-WD Vitaranya di perjalanan ke suatu tempat. Dia memandu dengan tenang sahaja dan di sebelahnya adalah… Cik Siti Nur Ain Ariff yang cantik itu. Siti semacam tertanya-tanya tidak mempunyai idea ke arah mana vitara itu akan pergi.

Siti : Eh.. ke mana Encik Han nak bawa saya ni?

Izhan : Sabarlah dulu… saya akan membawa Siti ke satu tempat makan yang paling meriah di Kuala Lumpur sekarang ni…
( Kata Han yang penuh misteri. )
skh7p17
Siti : What.. Siti tak fahamlah apa yang encik Han cakap. ( Kata hairan Siti penuh suspense aje. )

Scene 175.1 : Dalam pada itu, kelui BuzzWord si Han berdetik. Bila Han tengokkan teks yang tertera.

Izhan : Opss, sebenarnya saya lupalah satu temujanji dengan client utama syarikat dekat Damansara Utama… nampaknya tak bolehlah saya nak bawa awak ke tempat makan tu. ( Kata berpura si Han merancang sesuatu. )

Siti : Tak apalah… saya tak kisah, hari lain kan boleh…(Kata Siti tidak kisah dan tidak tahu apa sebenarnya perancangan si Han sebenarnya. )

Scene 175.2 : Kemudian dengan tiba-tiba kenderaan vitara itu berhenti di tepi jalan dekat dengan sebuah hentian teksi.

Scene 175.3 : Kelihatan Cik Siti turun daripada kenderaan itu. Si Han memberikan duit RM 50 dan telefon bimbitnya.

Izhan : Maafkan saya Siti sebab terpaksa biarkan awak balik semula ke pejabat sendiri. Dan ini duit tambang teksi… ( Kata Han terus memecut dengan vitaranya. )

Scene 175.3 : Terpaksalah Siti duduk seorang diri di hentian itu. Siti semacam sedih aje. Baru tadi dia gembira kerana si Han mengajak untuk makan tengah hari, akhirnya dia pula yang kena tinggal. Maka dengan kehampaan Siti menanti teksi itu.

Scene 175.4 : Manakala si Han dalam perjalanannya seakan gembira, bersorak…

Izhan : Yess!….

Scene 175.4 : Manakala teks di kelui itu tertera… ‘Ingat jamuan kahwin Lina-Wan’. Skh7p18


Scene 175.5 : Semasa sedang Siti duduk sedih itu, tiba-tiba telefon bimbit Motorola Clamshell itu berdetik. Kehairanan Siti memikirkan siapakah yang menelefon… Siti cuma terfikirkan si Han yang telefon. Tersenyum Siti sendiri kerana memikirkan bossnya itu prihatin terhadap dirinya. Siti menjawab,

Siti : Hello.

Irwan : Hello… eh siapa ni? ( Suara Wan yang kedengaran terperanjat dengan kemunculan suara seorang gadis menjawab. )

Siti : Eh… siapa pula awak? ( Tanya balik Siti yang terkejut juga. )

Irwan : Ini Kamal Irwan, adik Izhan…

Siti : Eh… Wan, ini Siti Nur Ain ni…

Irwan : Mana abang Han?

Siti : Dia tak ada sini… dia dah pergi jumpa satu client syarikat di Damansara Utama.

Irwan : Habis… awak kat mana sekarang?

Siti : Saya ada kat satu hentian teksi… Han baru teringat temujanji dengan client tu… maka tidak jadilah kami nak pergi makan tengah hari.

Irwan : Apa?… Abang Han tinggalkan awak di hentian teksi?… Kurang asam betullah abang Han… Hentian teksi kat mana tu?

Siti : Saya di sekitar Jalan Kekabu 5.
Skh7p19
Irwan : Okay… tak apalah, nanti saya jemput awak kat sana. ( Kata Wan cuba menyelamatkan keadaan. )

Siti : Okay… saya tunggu. ( Kata Siti kelegaan. )

Wan tidak percaya panggilan telefon kepada abangnya diangkat oleh seseorang yang cuba dielakkan untuk berjumpa. Tetapi memang tidak boleh dielakkan untuk bertemu kali ini kerana gadis itu dalam kesusahan kini. Bengang betul si Wan dengan sikap abangnya, apa tidaknya tinggalkan awek sendiri macam tu jer.

Scene 175.6 : Wan bergegas mencari topi keledar spare rakan-rakan sekerjanya. Kemudian dia jerit…

Irwan : Toyon, boleh gua pinjam helmet spare lu, sekejap.

Scene 175.7 : Dan semua rakan kartunis tertumpu ke arahnya dan semua bertepuk tangan. Kerana kalau sebut pasal helmet spare tentu sekali untuk bawa awek naik motor. Kedengaran rakan sekerja jerit,

Rakan sekerja 1: Woihh! Tahniah si Wan kerana dah ada awek kini… ( Maka Wan diam saja. )

Scene 175.8 : Irwan membawa helmet dan tidak lupa bawa kotak hadiah.

Scene 176 : Kemudian Wan dalam perjalanan, setelah menyusuri Jalan Kekabu barulah dia ternampak si gadis manis itu sedang duduk setia menunggu di hentian itu. Siti Nur terasa lega dengan kemunculan si putera itu. Begitu segak dan kacak gaya si penunggang motor besar Honda Shadow model 1996 itu. Siti terasa semacam dengan kemunculan jejaka itu. Apa tah lagi kedatangan orang itu untuk menyelamatkan keadaan.
Skh7p20
Scene 176.1 : Wan membunyikan hon motor, lalu Siti pergi menghampiri…

Scene 176.2 : Wan menghulurkan helmet spare berwarna merah itu, kebetulan pula helmet yang si Wan biasa pakai juga warna merah. Aduhai sedondonnya. Wan berbaju jaket biasanya tetapi Siti berkemeja chemesier berwarna kuning ( Macam dalam album Pancawarna 1999. )

Irwan : Awak okay? ( Tanya ringkas Wan apabila Siti mula duduk di belakang. )

Siti : Okay.... ( Siti sudah bersedia )

Scene 176.3 : Dan motor besar itu mula bergerak laju.

Scene 176.4 : Setelah bergerak, motor itu berhenti di satu persimpangan trafik, lalu Siti bertanya.

Siti : Tadi awak telefon dari mana?

Irwan : Dari syarikat komik saya… ( Dengan motor mula bergerak bila isyarat sudah hijau. Oleh kerana motor bergerak agak laju dan tinggi menyebabkan Siti terpaksa pegang sikit badan si Wan kerana takut jatuh juga. )

Irwan : Awak dah makan? ( Tanya si Wan. )

Manakala Siti Nur tidak berapa dapat mendengar,

Siti : Apa? Makan?…. belum. ( Jawab Siti teragak-agak kerana motor bising bergerak laju. )

Irwan : Awak nak tak, ikut saya pergi ke satu majlis kenduri kahwin?
Skh7p21
Siti : Apa? Awak nak ajak saya lari kahwin? Eh saya dah berpunya. ( Jawab spontan Siti. )

Irwan : Bukan… ( Si Wan cuba menjelaskan. Wan ambil keputusan untuk memberhentikan motornya. )

Scene 177 : Motor besar itu kemudian bergerak perlahan dan berhenti di tepi jalan di tepi sebuah taman bunga besar.

Scene 177.1 : Siti kemudian turun apabila motor berhenti. Wan juga turun dari motor untuk cakapkan sesuatu.

Scene 177.2 : Wan membukakan topi keledar, Siti pun begitu.

Siti : Kenapa Wan, motor awak ada masalah ke?

Irwan : Tak.. motor okay jer. Cuma tadi kan saya cakap kat awak… saya nak ajak awak ke satu majlis kenduri kahwin kawan sekolah saya. ( Penjelasan Wan itu menyebabkan Siti baru sedar yang dia tersalah dengar tadi. Siti tersenyum kerana terasa kelakar dan si Wan pun senyum sama. )

Siti : Oh begitu, saya okay jer. Tapi saya tak pakai baju kurung ni… boleh ke?

Irwan : Saya tak kisah… ( Kata Wan itu membuatkan Siti lega kerana Wan tidak kisah. )

Irwan : Jummm… ( Ajak Wan. )

Scene 177.3 : Dan motor besar itu bergerak laju semula.

Irwan : Siti!

Siti : Ya!…
Skh7p22
Irwan : Saya mahu awak pegang saya kuat-kuat kerana saya nak pecut ni! ( Kata terus terang si Wan. )

Siti : Apa? ( Hairan Siti, nak tak nak terpaksalah Siti pegang badan Wan dengan kuat. Romantik habis! )

Scene 178 : Masa berlalu, di rumah pengantin perempuan itu sudah ramai hadirin yang datang termasuk semua kawan sekolah si Wan dan kawan perempuan si Salina. Jam antik di ruang tamu rumah itu menunjukkan 1.30 p.m.

Scene 178.1 : Dan motor besar itu sampailah di kawasan parkir di perumahan mewah itu.

Scene 178.2 : Setelah mereka turun, si Wan membukakan jaket kulit dan memeranjatkan Siti kerana si Wan memakai t-shirt kuning sama warna dengan bajunya.

Scene 178.3 : Kedua mereka saling tersenyum kerana macam dah berjanji. Wan membawa kotak hadiah.

Scene 178.4 : Kedua mereka muncullah di majlis itu. Kebetulan ketika si Wan sampai dengan ‘aweknya’ itu, kawan-kawan lelakinya semua nampak terpegun dengan kecantikan Siti Nur Ain.

Scene 178.5 : Dan rakan-rakan Salina yang nampak mulalah mengumpat tu.

Scene 178.6 : Kedua pasangan itu tiba di resepsi majlis. Wan memberikan kotak hadiah itu kepada Siti untuk serahkan kepada resepsi yang kebetulan dijaga oleh Suriani kawan baik Salina. Sempat juga Suriani menyindir,

Suriani : Hai cepatnya berganti nampak, Wan. ( Wan cuma senyum dengan muka merah padam. )
Skh7p23
Scene 178.7 : Kemudian keduanya makan di kanopi di laman rumah besar itu.

Scene 178.8 : Tetapi yang paling istimewa selepas itu, upacara menepung tawar pasangan pengantin. Tanpa disangka semua rakan sekolah Wan mendesaknya untuk melakukannya sebagai mewakili kawan sekolah Salina. Maka terpaksalah Wan terima tugas itu bersama dengan Siti Nur Ain. Nama Kamal Irwan dan pasangan dipanggil oleh pihak majlis…

Scene 178.9 : Semasa menepung tawar, Wan dapat saksikan si Salina tersenyum aje. Wan cuma dapat ucapkan,

Irwan : Tahniah, Lina.

( Manakala si pengantin lelaki asyik menjeling kepada Siti. )

Siti : Saya dah berpunya tau. ( Kata Siti ringkas. )

Scene 179 : Masa berlalu, suasana hari dah petang. Motor besar Wan itu berhenti di sebuah perumahan flat. Siti turun dari motor.

Siti : Thanks a lot kerana jemput Siti tadi.

Irwan : Saya yang sebenar yang patut ucap terima kasih kerana awak sudi temankan saya ke majlis tadi.

Siti : Tak apa, saya tak kisah….

Irwan : Bye.

Siti : Bye...

Scene 179.1 : Motor itu berlalu pergi dan Siti memerhatikan dengan penuh setia.
Skh7p24
Scene 179.2 : Si Wan berada di sebuah taman duduk termenung sehinggalah hari lewat senja. Kemudian baru dia balik…

Scene 180 : Wan sampai di rumah dengan dua biji helmet, telefon bimbit abangnya dan surat-surat macam biasanya.

Scene 180.1 : Di ruang tamu, dia dapati abangnya sedang syok main video-game dah masuk level 5. Han buat tak tahu aje… Wan pula yang nampak kemarahan. Han buat-buat hairan apabila melihat si Wan membawa tambahan satu biji topi keledar itu.

Izhan : Eh… sejak bila pulak kamu ada awek baru?

Scene 180.2 : Wan hanya terdiam, dia dengan bengang duduk di kerusi sofa.

Scene 180.3 : Wan kemudian meletakkan surat dan telefon bimbit itu ke atas meja tamu. Si Han buat selamba tanya,

Izhan : Eh itu phone abang, kamu ada pergi office abang jumpa dengan Siti ke?

Irwan : Abang… Wan nak cakap sesuatu dengan abang…
( Sambil si Wan menutup remote TV. )

Izhan : Alamak!.. abang lupalah janji kita nak pergi kenduri Salina tu.. ada hal penting dengan client syarikat. Sorrylah brother.
Skh7p25

No comments:

Post a Comment

Followers