About Me

My photo
Single.. bla..bla...bla... see my youtube profile also Ramirahrina

Tuesday, January 5, 2010

PraSkrip 09 - Hanwansiti

Pra Skrip untuk Bab Han & Wan 09

Scene 211 : Masa berlalu, dalam Vitara itu. Suasana agak tenang kecuali si kecil mula merengek.

Scene 211.1 : Si Wan yang duduk di sebelah Mak Usu Siti itu hanya membisu senyum sahaja tanpa berkata apa-apa seperti mana biasanya.

Scene 211.2 : Ibu saudara Siti memecahkan kebisuan.

Mak Usu Siti : Siti Nur Ain, Mak Usu nak tanya kau. Yang mana satu si Kamal Izhan dan mana si Kamal…

Izhan : Sayalah Kamal Izhan…( Kata Han memperkenalkan diri. )

Mak Usu : Oh.. dan inilah pula si Kamal Redzuan… yang duduk sebelah Mak Su ni. ( Kata wanita itu lagi. )

Irwan : Irwan…makcik. ( Kata Wan cuba memperbetulkan. )

Scene 211.3 : Suasana terdiam lagi, masih dalam perjalanan. Siti pun tanya kepada ibu saudaranya,

Siti : Mak Usu nak shopping kat mana? ( Tanya Siti sambil pandang belakang ke arah ibu saudaranya. )

Scene 211.4 : Han di sebelah Siti khusyuk memandu.

Mak Usu : Entahlah... Manalah Mak Su tahu sangat KL ni. Kalau dekat Melaka tu... Mahkota Parade biasalah Mak Su.

Izhan : Okay… kalau macam tu... kita cuba ke Pernas Sogo. ( Kata Han mencadangkan. )
Skh9p01
Siti : Bagus juga Han… tempat tu banyak pilihan. ( Kata sokong Siti menyokong Han. )

Scene 211.5 : Wan hanya jadi pemerhati sahaja.

Mak Usu : Ikut suka engkau oranglah… ( Kata makcik Siti itu. )

Scene 211.6 : Masih dalam perjalanan, tiba-tiba si bayi kecil yang masih dipangku oleh Mak Usu Siti menangis merengek, sudah tidak tahu ibu saudara Siti hendak pujuk.

Scene 211.7 : Si Wan mencuba buat senyum-senyum kelakar untuk memujuk si kecil sambil sebut,

Irwan : Baby… baby… ( Bersama riak wajah dan tangan buat tanduk rusa. Memang bakatnya menghibur itu menjadi, maka ketawa pula si kecil itu. )

Scene 211.8 : Siti pandang belakang… ( dia masih teringatkan pernah sebelum ini si Han buat kelakar macam tu masa beli sayur untuk projek masak tempoh hari dulu.

Scene 211.9 : Ulang visual dalam Scene 157.1…

Siti : Han… awak ingat tak.. awak pernah buat lawak macam tu dengan sayur, itu hari.

Izhan : Mahu Han buat lagi…

Siti : Heeii.. malulah siti… ( Guru senda gurau Siti dan Han membuatkan si Wan terhenti dari buat lawaknya dan si kecil lantas merengek lagi…)

Mak Usu : Kenapalah si Fadli ni buat perangai pulak… ( Rintih Mak Usu Siti. ) skh9p02

Izhan : Dia nak Wan hiburkan kut… ( Kata Han mencadangkan. )

Mak Usu : Hah si Redzuan! Kamu pangkulah nak Mak Su ni… nampaknya dia suka benar dengan kamu…

Siti : Mak Su…yang belakang, Irwan… bukan Redzuanlah! ( Siti cuba memperbetulkan salah faham ibu saudaranya. )

Irwan : Tak payahlah makcik… saya tidak berapa pandai sangat layan baby kecik… ( Kata Wan cuba mengelak. )

Mak Usu : Cubalah…

Siti : Aha… cubalah Wan… manalah tahu awak boleh menjadi bakal ayah yang baik… ( Kata pujuk Siti spontan. Wan terasa semacam aje dengar macam tu, biasanya awek sendiri akan kata macam tu…. Bukannya bakal kakak ipar pulak... )

Irwan : Bagaimana kalau makcik bagi adik ni kepada Siti… dia kan perempuan… ( Cadangan si Wan. )

Siti : Apa? Bagi kat Siti… adik kecik tak suka dengan Sitilah… terus terang Siti cakap… ( Siti spontan mengakui. )

Mak Usu : Betul tu… kamu tahu semalam.. adalah Mak Su tinggalkan kejap si Fadli dengan Siti kerana nak pergi ke kedai bawah flat tu, menangisnya dia memanjang-manjang… entah apa ilmu anak dara ni pakai tak tahu… ( Kata tambah ibu saudara Siti mengusik Siti. )

Irwan : Okaylah…saya cuba. ( Akhirnya Wan mengalah. )
Skh9p03
Scene 211.10 : Seberapa ketika si kecil berada di pangkuan si Wan maka terhentilah dia daripada merengek itu.

Apabila memangku baby kecik itu, Wan dapat rasakan satu naluri semulajadi. Wan teringatkan ayahnya masa dia kecil bukan main sayang kat dia.

Scene 211.11 : Dalam keasyikan si Wan melayan baby kecik itu, Siti mencuri pandangan manakala Mak Usu Siti pula mencelah,

Mak Usu : Tengok serasi betul si Fadli dengan kamu… kata orang tua… kalau budak kecik macam Fadli ni serasi dengan orang bujang, alamak dia akan kawin cepat!... ( Usik Mak Usu Siti menyebabkan si Wan merah padam dan ditertawakan. )

Scene 211.12 : Wan merah padam dan ditertawakan.

Izhan : Dengar tu Wan… mungkin kamu akan kawin lebih dahulu daipada abang ni. ( Kata usik abangnya yang Wan rasakan tidak akan menjadi kenyataan di waktu terdekat ini. )

Scene 212 : Masa berlalu, mereka semua sudah berada di perkarangan foyer kompleks Sogo itu.

Scene 212.1 : Irwan masih mendukung baby. Han bertanya kepada Mak Usu,

Izhan : Okay makcik… apa barang makcik nak cari ni… sebenarnya?

Mak Usu : Itulah kan… barang-barang berkain untuk persiapan pengantin… langsir bilik pengantin… kain hias pelamin… apa-apa yang sesuailah… ( Ayat jawapan Mak Usu Siti memeranjatkan Wan. )
Skh9p04
Irwan : Apa… pelamin kawin… siapa nak kawin? ( Tanya kejut Wan di hatinya mengesyaki abangnya dan Siti Nur Ain itu, terkedu hati si Wan kerana sampai hati abangnya merahsiakan hal itu. )

Siti : Kakak saya yang paling tua... ( Kata Siti menamatkan rasa suspense di hati Wan itu. )

Izhan : Kalau macam tu, makcik…elok kita pergi ke Kamdar dan lain-lainnya di Jalan Tunku Abdul Rahman di depan sana.( Cadang si Han. )

Irwan : Okay jumm… ( Kata si Wan ikut je… secara automatik dia pula jadi penjaga baby pula. )

Izhan : Eh… abang rasa elok kau orang berdua menjaga baby jalan-jalan kat di sini aje. Biar Han bawa makcik ke sana. ( Kata Han memberi cadangan. )

Scene 212.2 : Irwan dan Siti berpandangan di antara satu sama lain.

Mak Usu : Betul juga kata abang kamu ni… si Fadli ni tidak boleh sangat berjalan dekat dengan orang ramai dan tempat panas… suka benar dia menangis. ( Kata Mak Usu Siti menyokong cadangan. )

Siti : Habis… Siti nak tolong Mak Su pilih kain jugak…

Mak Usu : Tak payah kamu Ain… kakak kamu tu mahu semua purple, kan Mak Su ni tukang jahit paling terror di Kampung Teluk Rambai. ( Kata makcik Siti mendukacitakan Siti. )

Scene 212.3 : Maka sepasang teruna-dara itu ditinggalkan bersama si kecil itu. Wan masih mendukung si kecil dengan pengalasnya sekali.
Skh9p05
Scene 212.4 : Siti mahu mengambil giliran mendukung si kecil itu,

Siti : Wan, boleh awak berikan baby kepada saya.

Irwan : Okay…. ( Wan tidak menolak lalu memberikan kepada Siti pula. )

Scene 212.5 : Dalam pada itu beberapa makcik-makcik yang lalu-lalang memuji si baby itu comel. Semua orang ingat si Wan dan Siti merupakan pasangan muda yang ada anak kecil. Tetapi tidak berapa lama di tangan Siti, si kecil itu menangis meragam.

Siti : Alah, baby ni menangis pulak… ( Kata mengeluh Siti tidak boleh berbuat apa-apa apabila adik sepupunya itu tidak berapa serasi dengannya. )

Irwan : Tak apalah Siti, biar saya yang pegang. ( Kata si Wan, mereka bertukar lagi. )

Siti : Menyusahkan awak jer…

Irwan : Tak apalah… mungkin saya ni seorang bakal ayah yang baik… ( Kata Wan yang dalam maknanya. )

Scene 212.6 : Mata Siti memandang tepat kepada Wan. Mereka berjalan lagi…

Siti : Kita nak ke mana ni? ( Tanya Siti. )

Irwan : Mana-manalah, asal dapat bawa baby.

Scene 212.7 : Mereka terus melangkah sambil-sambil menghiburkan si kecil.
Skh9p06
Scene 213 : Kemudian mereka membawakan si kecil ke gedung permainan kanak-kanak di tingkat atas.

Scene 213.1 : Keasyikkan mereka menunjuk-nunjukkan si baby koleksi anak patung.

Scene 213.2 : Akhirnya Siti dan Wan berkongsi duit untuk membeli 3 anak patung besar untuk si Fadli.

Scene 213.3 : Kemudian mereka berjalan dan sampai di satu mesin ambil gambar segera ‘Instant Photo Spot’ lalu mereka mencuba bergambar dengan baby dan anak-anak patung sekali. Terdapat 4 salinan foto yang kemudian dibahagikan diantara mereka, Siti ambil tiga dan satu diambil si Wan.

Scene 214 : Pasangan itu bergerak ke KFC berhampiran setelah penat membawa berjalan si kecil itu.

Scene 214.1 : Malang tidak berbau, ketika sedang mereka makan di situ. Kawan-kawan pasukan ragbi sekolej dengan Wan ada berjalan beramai ke tempat itu juga.

Scene 214.2 : Si Wan sudah nampak mereka dari jauh jadi serba-salah, terkantul si Wan. Nanti banyaklah gosip keluar nanti. Siti menyedari lalu bertanya,

Siti : Kenapa ni, Wan?

Irwan : Depan tu.. kawan satu U saya… ( Unjuk Wan. )

Scene 214.3 : Kawan-kawan sepasukan si Wan menghampiri.

Irwan : Saya takut susahkan awak pula… ( Kata si Wan. )
Skh9p07
Siti : Tak pa… awak jangan bimbangkan saya. ( Kata tenang Siti.)

Scene 214.4 : Lantas dalam ramai-ramai, si Hisyam bersuara…

Hisyam : Ohhh… di sini ya kamu sembunyi Wan… kata nak balik jumpa abang… rupanya ada temu janji kat sini.

Scene 214.5 : Ehh... siapa semua ni Wan?.. macam pernah Siti tengok jer… ( Kata Siti berlakon buat-buat cerita. )

Irwan : Semuanya ni kawan-kawan ragbi Kolej 9… perkenalkan kapten kita orang…Hisyam Badrulzaman- panggil Bad aje asal Perak, Rustam Affendi- orang Terengganu, Alias Hassan- orang Pahang, Talib Mat- orang Penang, Khairuddin Jomoi- orang Melaka dan akhir sekali Saiful Baharin- orang Setapak jer. Ni baru separuh aje… ( Perkenal panjang si Wan. )

Saiful : Siapa punya si kecil ni? Tak tahu pula kamu dah kawin Wan? ( Tanya usik Saiful. )

Siti : Ini anak saudara saya. ( Kata Siti mempertahankan Wan. )

Talib : Aduhai… anak saudara awek pun sanggup jaga sama-sama. ( Kata sindir Talib. )

Irwan : Please guys…cukuplah. Boleh tak kami berdua privacy di sini. ( Kata Wan dengan macho meminta rakannya tidak menganggu. )

Scene 214.6 : Siti jeling-jeling mata sahaja pandang kepada Wan bila Wan sebut itu.

Hisyam : Okay, kami akan pergi.. tapi kau jangan lupa pulak balik kolej petang esok, kita masih ada training esok. ( Kata ingat si Hisyam. )
Skh9p08
Talib dan Saiful : Tinggal dulu... aduhai pasangan yang bercinta. ( Usik Talib dan Saiful. Mereka pun berlalu pergi…)

Scene 214.7 : Wan dan Siti masih di restoran makan segera itu… mereka sudah menghabiskan hidangan mereka dan si kecil pula terlena tidur di pangkuan si Wan.

Scene 214.8 : Mereka keluar dari restoran itu. Dalam pada itu muncul si Han dengan ibu saudara Siti itu di kawasan berhampiran.

Scene 214.9 : Kelihatan si Han terpaksa memegang beberapa beg plastik besar berisi dengan barang tekstil itu. Wan dan Siti menghampiri.

Scene 214.10 : Melihatkan barang-barang yang banyak itu, sudah menjadi tanggungjawab di pihak lelaki untuk si Wan menolong abangnya.

Scene 214.11 : Maka Wan memberikan si kecil kepada Siti yang sedang lena tidur. Kini Siti pula yang membawa baby.

Scene 214.12 : Si Wan pun mengambilkan sedikit barangan yang dipegang oleh abangnya dan dia membawakan 3 anak patung hadiah itu.

Scene 214.13 : Mak Usu Siti pula membebel pasal si Siti dan Wan yang sanggup membelikan hadiah anak patung untuk si kecil itu.

Mak Usu : Kamu berdualah.. apesal sangatlah dimanjakan sangat si Fadli ni… dengan membelikan anak-anak patung ni… Nasib ni kamu belum kawin lagi… kalau dah kawin nanti… kan satu rumah penuh anak patung.
Skh9p09
Scene 214.14 : Si Wan dan Siti saling berpandangan di antara mereka kerana tersipu-sipu malu terkena leteran.

Scene 215 : Ketika balik tu, dalam vitara Han itu. Kali ini Wan dan Siti sama-sama duduk di belakang dengan Siti yang memangku si kecil masih kelenaan.

Scene 215.1 : Manakala Izhan dan Mak Usu Siti rancak berbual mesra tentang kunjungan membeli-belah mereka tadi.

Scene 215.2 : Siti asyik perhatikan si baby tengah tidur itu… dan kemudian matanya mencuri memandang orang sebelahnya. Ternyata yang di sebelahnya juga memandang Siti juga dikala itu…

Scene 216 : Masa berlalu… Wan berada di kolejnya.

Scene 217 : Dia dan rakan-rakannya sedang tekun menghadapi tempoh peperiksaan akhir semester.

Scene 218 : Di petang-petang hari, mereka lepas tension training ragbi walaupun perlawanan pusingan Piala Kolej sudah tamat.

( Dan akhirnya tibalah cuti semester yang panjang, )

Scene 219 : Wan pun balik rumah dan tidak ke mana-mana.

Scene 219.1 : Dia hanya tahu rutin tidur dan melukis kartun-kartunnya yang belum siap.

Wan tidak sesekali pergi ke pejabat abangnya kerana tidak mahu bertemu dengan Siti. Wan tidak mahu menjadi batu penghalang di antara abangnya dan Siti, lagipun Siti dah jadi semacam aja ketika insiden di Sogo dan majlis kenduri Salina tempoh hari. Skh9p10

Hari-hari terus berlalu begitu menyeksakan hati isi Wan… hatinya seakan merasai bahang kepanasan rasa cinta kepada teman wanita baru abangnya.

Scene 219.2 : Si Wan curi-curi melukiskan satu potret wajah Siti Nur Ain itu. Wan meniatkan untuk menjadikannya hadiah istimewa untuk Siti jika dia berikat secara rasmi abang Han suatu hari nanti.

Scene 219.3 : Sedang asyik Wan melakarkan potret itu, jam yang sudah 5.00 p.m. dan abangnya tiba-tiba balik awal.

Scene 219.4 : Gelabah si Wan fikir nak sembunyikan potret rahsia itu. Akhirnya sempat si Wan sembunyikan potret itu di bawah kerusi sofa…

Scene 219.5 : Wan berpura-pura keasyikan tengok cerita Twister di saluran HBO.

Scene 219.6 : Abangnya yang balik nampak begitu keletihan sekali, seraya dia duduk di kerusi sofa tamu itu, dia melemparkan satu kad besar di atas meja tamu.

Scene 219.7 : Han duduk dengan kepenatan dan Dia perasan satu kelainan kepada adiknya… dia tengok perhati jer kepada Wan. Wan rasa hairan.

Irwan : Kenapa abang Han tengok Wan semacam jer?

Izhan : Pelik betul abang tengok kamu hari ni…. Ke mana perginya teman setia kertas dan pen lakaran kartun kamu tu. ( Usik Han. )
Irwan : Saja… hari ni Wan cuti lukis kartun… kad apa pulak tu? ( Tanya ingin tahu si Wan. ) skh9p11

Mujurlah dia tidak kantul dengan abangnya dengan lukisan potret wajah Siti itu. Tidak tahulah apa tindakan abangnya jika pecah rahsia tu.

Scene 219.8 : Wan buat-buat baca kad yang dibawa pulang oleh si Han itu.

Izhan : Itu kad jemputan perkahwinan anak perempuan Mr. Albert Tan, kenalan niaga Dato’ Basir tu…

Irwan : Bila tu? ( Tanya ringkas si Wan. )

Izhan : Hari Sabtu depan… ( Jawab ringkas Han sambil melelapkan matanya di kerusi sofa. )


Scene 220 : Masa berlalu, tibalah masanya di majlis rasmi perkahwinan anak perempuan sulung Mr.Albert Tan itu. Beliau merupakan salah seorang jutawan Cina Kristian terkemuka di tanahair.

Scene 221 : Majlis berlangsung di villa mewah milik keluarga Tan yang terkenal itu siap mempunyai dewan tarian ballroom yang besar.

Scene 222 : Begitu ramai jemputan khas yang berpakaian rasmi hitam putih.

Scene 222.1 : Si Wan kelihatan berada di tengah-tengah gerombolan jemputan hanya sendirian. Dia begitu kacak dan kemas dengan pakaian kot sama seperti tetamu lelaki yang lain. Di tangannya memegang gelas berisi air punch oren.
Skh9p12
Scene 222.2 : Dapat si Wan lihat dari jauh, Mr.Albert dan isterinya sedang menyambut ketibaan Dato’ Basir sekeluarga. Kelihatan juga akak Fikanya yang keseorangan tiada pasangan.

Scene 222.3 : Mr.Albert mengalu-alukan kedatangan Dato’ Basir,
Mr.Albert Tan : Selamat datang, kawan baik kita- Dato’ Basir.

Dato’ Basir : Tahniah atas perkahwinan Jessica, Mr.Albert. ( Balas kata Dato’ Basir yang merupakan boss besar di Syarikat Multi Raya Berhad. )

Mr.Albert : Thank you… thank you… Silalah Dato’ sekeluarga ke sana… anak buah Dato’- Mr.Han Akmal dan little brothernya sudah ada di sana.

Dato’ Basir : Iya… mereka sudah sampai ya… kami pergi sana sekarang.

Scene 222.4 : Wan dapat lihat dari jauh Dato’ Basir, isterinya, dua anak perempuan remaja dan Syafika sedang datang menghampiri.

Scene 222.5 : Kemudian pandangannya beralih kepada Han yang sedang menari berdua dengan Siti Nur di ruang ballroom beramai dengan irama lagu rancak.

Scene 222.6 : Namun si Han nampak berhenti bila menyedari boss besarnya datang menghampiri mereka. Han menarik tangan Siti untuk pergi menghampiri ke tempat Dato’ Basir berada dengan familinya.

Scene 222.7 : Dari kejauhan itu, Wan dapat lihat abangnya berjabat tangan mesra dan Han memperkenalkan Siti kepada Dato’ Basir sekeluarga.
Skh9p13
Scene 222.8 : Fika nampaknya buat biasa aje.

Scene 222.9 : Kemudian Wan sedari abangnya memanggilnya dengan isyarat tangan. Maka terpaksalah Wan pergi ke sana.

Izhan : Dato’ Basir, ini adik saya… ( Perkenalkan si Han. )

Irwan : Saya Kamal Irwan… saya berbesar hati kerana dapat bertemu dengan Dato’ sekeluarga… ( Sambil si Wan bersalam dengan Dato’ Basir dan isterinya. )

Datin Maria : Wahh.. adiknya sama kacak dengan abangnya, tak berminat jadi model ke? ( Puji Datin Maria, isteri Dato’ Basir. )

Irwan : Saya masih belajar lagi… ( Pengakuan si Wan segan. )

Dato’ Basir : Nanti Wan Akmal… kamu habis graduate, Dato’ ingat boleh ambil kamu sebagai imej korporat baru Syarikat Multi-Raya… ( Tambah Dato’ Basir. )

Irwan : Habis, abang Han saya nak letak mana? ( Hairan si Wan. )

Dato’ Basir : Abang kamu boleh jadi tukang pacak lembing jer.. dalam ‘ad’ itu…

Izhan : Sampai hati Dato’, saya kena turun pangkat ke?… ( Kata kesian Han. Kesemua mereka tertawa kecuali Syafika tersenyum paksa. )

Scene 222.10: Masa berlalu, si Wan dapat perhatikan dewan tari masih berkumandang dengan muzik lagu klasik.

Scene 222.11 : Tersenyum sendiri si Wan bila perhatikan gelagat Dato’ Basir menari bersama isterinya. Walaupun sudah berusia tetapi mereka tetap romantik.
Skh9p14
Scene 222.12 : Begitu juga Mr.Albert bersama isterinya Puan Angela. ( Sedang menari. )

Scene 222.13 : Kemudian Wan memandang ke arah pasangan abangnya Han dan Siti. ( Sedang menari… )

Scene 222.14 : Dalam pada itu pandangan Siti melihat tepat ke arah Wan menyebabkan Wan mengalih pandangan kepada pasangan pengantin baru yang juga menari sama di tengah ballroom itu.

Scene 222.15 : Wan kemudian pergi ke tempat air punch disediakan untuk menambah semula isian gelasnya.

Scene 222.16 : Kebetulan di sana, akak Syafikanya ada sedang juga mengambil air punch buah itu. Wan minta bantuan akaknya ambilkan,

Irwan : Kak, satu untuk Wan.

Syafika : Okay… ( Sambil si Fika tolong cedukkan air punch. )

Scene 222.17 : Kemudian mereka bersama berada di tepian ballroom melihat orang menari.

Irwan : Bagaimana dengan akak sekarang? ( Cuba tanya Wan. )

Syafika : Well… apa komen kamu tentang akak? ( Tanya si Fika dalam kecewa. )

Irwan : Kakak cantik, masih macam dulu. ( Kata puji Wan. )

Syafika : Cantik? Kakak ni cantik ke?… Tapi kenapa kakak telah gagal untuk menjadi kakak ipar kamu, Wan. ( Fika bersedih. )
Skh9p15
Irwan : Akak Fika sudahlah… jumm kita menari bersama. ( Ajak Wan. )

Scene 222.18 : Fika berasa terharu dengan ajakan si Wan tanpa diduga itu, setelah mereka meletakkan gelas air di meja hidang. Mereka pun turut menari bersama.

Scene 222.19 : Rentak-rentak muzik bertukar rancak maka semakin cepat pergerakan tarian mereka. Sambil itu, Fika dan si Wan berbual sambil menari itu.

Syafika : Wan, kamu ingat tak masa kamu demam teruk dulu yang akak jaga kamu tu?

Irwan : Ya… saya masih ingat.

Syafika : Kamu tahu kan,Wan. Akak tidak pernah ada adik-beradik lelaki… ketika itulah baru dapat akak rasai bagaimana mempunyai seorang adik lelaki untuk dimanja, untuk dijaga… ( Akui Fika. )

Irwan : Wan pun rasa begitu juga… ada seorang kakak… tak adalah asyik-asyik tenung muka abang Han jer… ( Wan cuba kelakar.)

Scene 222.20 : Syafika tersenyum sedikit.

Scene 222.21 : Dalam pada itu pergerakan mereka bertembung dengan pasangan Dato’ Basir, pasangan Mr.Albert dan akhirnya si Han dan Siti.

Scene 222.22 : Tidak disangka, si Han menyatakan hasrat untuk bertukar pasangan tari.

Izhan : Wan… jumm tukar pasangan tari? ( Cadang si Han. )
Skh9p16
Syafika : Tak payahlah Wan… ( Kata Fika seolah merajuk besar. )

Irwan : Abang Han, akak tak nak…. ( Si Wan serba-salah. )

Izhan : Abang ada hal penting nak bincang dengan akak kamu tu…

Scene 222.23 : Han kemudian berhenti menari dengan Siti. Siti tidak kisah dan mengerti bila Han sebut hal penting.

Scene 222.24 : Maka itu si Wan pun terpaksa melepaskan Kak Fikanya daripada menari bersama. Maka suka tidak suka, Fika terpaksa terima teman ganti tari iaitu si Han pula.

Scene 222.25 : Manakala, Wan dan Siti terpaksa juga menjadi pasangan tari bersama. Sudah terlambat untuk menarik diri kerana mereka dalam kumpulan ramai menari membuat formasi rasmi.

Scene 222.26 : Mereka hanya diam menari ikut rentak muzik namun kedua pasang mata mereka saling bertentang. Si Wan memulakan perbualan,

Irwan : Siti, awak nampak pro je menari tarian klasik ni.

Siti : Alah… awak pun apa kurangnya, Encik Wan Akmal?

Irwan : Awak tak payah nak puji saya… abang telah seminggu ajar saya… tengoklah teruknya step saya ni…. ( Kata Wan merendah diri aje. )

Siti : Awak okay jer saya tengok… tapi awak nampak lebik kacak dan tampan tanpa pakaian biasa awak tu. ( Kata puji melebih Siti. )
Skh9p17
Irwan : Terima kasih ajerlah… tapi awak pula bagaimana tahu menari ni? ( Tetapi belum sempat Siti nak bercerita, muzik bertukar menjadi perlahan maka terpaksalah mereka menari lebih romantik lagi. )

Scene 222.27 : Dalam pada itu, dapat si Wan lihat dari jauh. Han dan Fika sedang bermesyuarat kencang sambil menari tu. Siti menyambung cerita,

Siti : Sebenarnya, saya selalu jugalah belajar menari semasa kat kampung dahulu.

Irwan : Apa… kat kampung? ( Hairan si Wan. )

Siti : Macam ni… kat kampung Siti, pada malam hari kenduri besar. Kami akan menjemput para penari dan pemuzik dari Kampung Portugis untuk mengadakan persembahan. Selepas persembahan kebudayaan mereka, mereka akan mainkan muzik seperti ini, dan pasangan anak muda remaja akan menari bersama. Dari situlah saya belajar…

Scene 222.28 : Dengan mata mereka bertentang tepat dalam alunan lagu romantik itu.

Irwan : Wau… tentu hebat semua orang di kampung awak… semuanya tahu menari. ( Puji si Wan. )

Siti : Terima kasih… ( Jawab Siti atas puji Wan itu. )

Scene 222.29 : Namun keasyikan mereka tergugat dengan peristiwa Syafika bertengkar dengan Han.

Scene 222.30 : Lalu si Fika meninggalkan majlis.

Scene 222.31 : Wan terkejut, lalu dia berhenti langkah tarinya.
Skh9p18
Irwan : Maafkan saya, Siti. ( Lalu Wan berhenti dan meninggalkan Siti. Si Han sempat menegur adiknya… )

Izhan : Wan, kau nak ke mana pulak?

Irwan : Saya nak hantar akak Fika pulang… ( Itulah kata tegas Wan. Han tahu Wan memihak kepada kakak angkatnya itu. )

Scene 222.32 : ( Imbasan semula ) Ketika mereka menari bersama tadi, antara lain si Han memberitahu Fika yang si Wan akan mendapat kakak ipar dalam masa terdekat ini. Sebab itulah Fika benggang habis dengan si Han.

Izhan : Si Wan akan mendapat kakak ipar dalam masa terdekat ini…

Scene 223 : Di luar villa besar itu, dapat si Wan temui Fika menangis seorang berdekatan medan parkir itu. Wan menghampiri,
Irwan : Akak… nak saya temankan? ( Kata Wan bersimpati. )

Syafika : Ya, Wan… ( Sambil si Fika peluk rapat si Wan. )

Wan segan betul apabila kena peluk itu. Tapi terpaksalah dibiarkan kerana mungkin dapat sedikit sebanyak mengurangkan tekanan perasaan sedih di hati Fika itu.

Scene 223.1 : Sambil teresak-esak menangis… Fika memberitahu si Wan,

Syafika : Abang kamu cakap.. dia dah nak mengakhiri zaman bujangnya. Dan kamu akan mempunyai kakak ipar dalam masa terdekat ini.

Irwan : Abang tidak patut buat begitu kepada akak! ( Marah si Wan. ) skh9p19

Syafika : Jangan begitu Wan… abang kamu berhak… ( Kata sedih akaknya. )


Scene 224 : Irwan berada di kolej memulakan semester barunya…

Scene 225 : Semasa berhubungan dengan abangnya melalui telefon ketika si Wan bertanya khabar abangnya.

Irwan : Abang Han okay…

Izhan : Abang okay… kamu macam mana, balik tak hujung minggu ni?

Irwan : Rasa-rasanya tak… ada banyak benda nak buat…

Izhan : Wan… kamu mesti balik ke rumah pada hari Khamis ni kerana kita akan pergi majlis kenduri kahwin di rumah orang tua Siti di Melaka… kakak Siti yang sulung nak kawin.

Irwan : Oohh… macam tu… nasib baik kelas Wan pada hari Jumaat dan Khamis boleh diabaikan. ( Wan begitu bersungguh untuk menepati janjinya, bila harinya tiba… )

Scene 226 : Maka sampailah Wan di rumah apartmen mereka. Betapa kecewanya si Wan apabila mendapati abangnya tidak sedikit pun membuat persiapan untuk bertolak. Sepatutnya mereka bertolak pada hari petang.

Irwan : Kenapa, abang tidak bersiap pun? ( Tanya hairan si Wan. )

Izhan : Abang tidak boleh pergilah… ( Kata umum si Han buat selamba aje. )
Skh9p20
Irwan : Apa lagi alasan abang untuk kali ni? ( Wan pula yang naik geram dengan sikap abangnya. )

Izhan : Abang mesti pergi ke Australia untuk mengikuti rombongan perniagaan Mr.Albert dan Dato’ Basir seminggu di sana… ( Kata si Han menggunakan nama bossnya itu pula. )

Irwan : Abang tidak boleh ke... berkorban sedikit untuk kali ini… tak payahlah abang ke Australia tu.

Izhan : Abang tidak boleh lepaskan peluang keemasan ini… ( Dalih si Han. )

Irwan : Wan dah malas nak ungkit tentang sikap abang tu… tapi Wan tidak akan kecewakan Siti Nur Ain!… ( Wan buat keputusan.
Wan menjadi betul-betul sakit hati dengan ketidaktentuan hati abangnya itu berkasih. Lebih pentingkan agenda diri sendiri daripada menjaga hati makwe sendiri. )

Izhan : Kamulah tolong pergi hantar Siti balik kampung di Melaka tu… ni kunci vitara tu… biar abang yang pakai kancil tu.. ( Sambil si Han mencampakkan aje kunci kereta itu kepada Wan manakala Wan mencampakkan kunci kereta kancilnya. )

Irwan : Abang Han, ini adalah kali terakhir Wan bersabar dengan sikap abangnya… Jika abang ulangi lagi sikap ini, abang akan kehilangan adik kesayangan abang ni buat selama-lamanya…
( Si Wan memberi amaran keras kepada abangnya. Han cuma terdiam membisu. )

Scene 226.1 : Lantas si Wan beredar pergi dengan sehelai sepinggang itu. ( Mungkin si Wan tidak berfikir panjang gara-gara amarahnya teramat dengan perangai bingung abangnya. )
Skh9p21
Scene 226.2 : Izhan memerhatikan dari balkoni rumahnya akan kereta vitaranya meluncur laju di bawah sana.

Scene 226.3 : Wajah selamba si Han bertukar menjadi ceria seamat. Dia jeritkan,

Izhan : Yess!! Adik aku dah marah!!

Scene 226.3 : Kemudian si Han menelefon seseorang,

Izhan : Hello, Dato’ Basir… ini Han yang telefon ni… bagaimana dengan rancangan Dato’ nak main golf di Pangkor tu dengan Mr.Albert esok petang ?…

Scene 227 : Si Wan kemudiannya seorang diri berada di satu taman rekreasi tasik untuk menenangkan rasa geramnya itu.

Scene 228 : Masa berlalu dan kini Wan memandu vitara itu dengan Siti berada di sebelahnya.

Scene 228.1 : Siti kelihatan sedih dengan mata merah, teresak-esak menangis dengan linangan airmata.

Ternyata hasrat Siti untuk memperkenalkan bossnya-Izhan kepada keluarganya tidak menjadi. Siti berharap agar dapat mendengar penilaian ibunya tentang bakal suaminya. Siti yang begitu beriya-iya nak pulang kampung kini hiba sekali. Wan menyapa…

Irwan : Saya minta maaf bagi pihak abang saya…

Siti : Tak apalah… saya mengerti tugas dia… ( Kata Siti walau pun dia begitu terluka, dia menyapu air mata lagi. )
Skh9p22
Irwan : Siti, dengan ketiadaan abang Han… saya cuma nak hantarkan awak balik kampung jer… lepas tu saya nak pulang KL.

Siti : Eh pulak macam tu… tolonglah stay sampai hari Ahad ni…

Irwan : Tapi bukannya… saya yang menjadi bakal…

Siti : Siti tau.. tapi tolonglah Wan jangan hampakan permintaan Siti ni. Sekurang-kurangnya dapatlah keluarga Siti tu kenal dengan Kamal Irwan… kalau tidak dengan Kamal Izhan. ( Kata penuh harapan Siti itu. )

Scene 228.2 : Wan cuma terdiam dan Siti masih kemerahan matanya.

Scene 229 : Kenderaan itu sampailah di Bandar Melaka, dan kemudian kelihatan sepasang teruna-dara itu pergi ke kompleks membeli-belah untuk membelikan beberapa helai pakaian untuk dipakai oleh si Wan buat beberapa hari. Semuanya Siti yang pilihkan, Wan ikut aje pendapat si dara itu. Lengkap dibelikan satu beg untuk isi pakaian bagi mengelak tragedi itu diketahui oleh keluarga Siti.

Scene 230 : Dan mereka menyambung perjalanan ke kampung Siti.

Scene 230.1 : Dalam perjalanan itu, si Wan sekali sekala melihat sebelahnya di mana tekunnya si Siti mengemas-ngemaskan pakaian yang dibeli mereka itu dengan membuang tanda harga dan melipatkannya ke dalam beg, yang semuanya baru di beli. Melihatkan keasyikkan Siti itu, Wan terasa dapat mengubati sedikit hati gundah Siti itu.
Skh9p23
Scene 231 : Akhirnya, kereta pacuan empat roda itu berhenti di depan keluarga rumah Siti yang terletak berhampiran dengan kawasan pantai. Suasana hampir senja semasa mereka sampai itu.

Scene 231.1 : Tapi suasana halaman rumah adalah meriah dengan lampu warna-warni khemah besar sudah dipasang dan anak-anak kecil berlari-larian.

Scene 231.2 : Siti dan Wan keluar dari vitara itu lantas dikerumumi sanak-saudaranya yang kecil meraikan kepulangan Siti itu.

Scene 231.3 : Kemudian muncul ibu, ayah, adik-adik, kakak- kakak dan abang-abang Siti. Kecut perut si Wan dibuatkan.

Ibu Siti : Balik pun kamu, Siti. Kata nak bawa dua orang istimewa kat KL tu… inikah dianya? ( Tanya ibunya. )

Ayah Siti : Ini Kamal Irwan…. ( Siti cuba perkenalkan tapi dipintas cakap oleh ayahnya. )

Scene 231.4 : Wan bersalam dengan ibu Siti dan ayah Siti.

Ayah Siti : Habis yang seorang lagi mana? ( Tanya ayahnya. )

Scene 231.5 : Siti dan Wan terpinga-pinga terkelu nak beritahu.

Irwan : Maaf pakcik, yang seorang lagi tu adalah abang saya. Dia tak dapat datang kerana ada urusan penting di Australia.

Ibu Siti : Eh, jauhnya pergi… sayang betul tak dapat datang sini… ( Kata ibu Siti tidak mengetahui yang tak dapat datang itu adalah si dia calon Siti. )

Ayah Siti : Jum kita naik ke atas… ( Ayah Siti mempelawakan. Kemudian mereka semua di ruang tamu rumah kayu besar itu. )
Skh9p24

No comments:

Post a Comment

Followers