About Me

My photo
Single.. bla..bla...bla... see my youtube profile also Ramirahrina

Tuesday, January 5, 2010

PraSkrip 11 - Hanwansiti

Pra Skrip untuk Bab Han & Wan 11

Scene 251 : Hari-hari berlalu, Wan tidak bercerita sedikit pun pasal kunjungan tempoh hari ke rumah keluarga Siti itu. ( Wan berada di apartmen… )

Scene 252 : Manakala Siti juga tidak menunjukkan apa-apa respon terhadap peristiwa tempoh hari dimana Han tidak menyertai kunjungan ke Melaka ( Siti di pejabat…)

Scene 253 : Itulah yang menghairankan si Han, dia tahu sesuatu yang besar telah berlaku.

Irwan dan Siti berasa bersalah terhadap apa yang telah berlaku sebelum ini. Mereka tidak berhubungan... mereka tidak sanggup untuk menghadapi kekecewaan lagi... biarlah terus mengharap dengan perasaan cinta yang begitu singkat terjalin itu.

Scene 254 : Di rumahnya, Wan cuma diam. Dia cuba menyiapkan satu lakaran kartun yang mengisahkan kisah benar yang pernah dialaminya sendiri dengan Siti iaitu insiden button-fly Superman terbuka. Wan berada di meja ruang tamu sambil melakar itu.

Scene 254.1 : Manakala di hadapannya juga ada abangnya sedang sibuk buat kerja dengan komputer notebooknya.

Scene 254.2 : Kemudian telefon rumahnya berdering. Wan pergi jawabkan,

Irwan : Hello... aha...eh Pak Long..... ( Lama juga Wan mendengar cakap Pak Longnya. )
Irwan : Kejap ya... ( Wan terdiam sekejap... )
Irwan : Abang... Pak Long telefon, dia nak cakap dengan abang! ( Umum si Wan dengan kehairanan. Irwan kepelikan akan kejadian itu. ) skh11p01

Izhan : Yalah...kejap.

Scene 254.3 : Sambil si Han berhenti buat kerja dan pergi ke tempat telefon. Kemudian lama juga abangnya bercakap.

Scene 254.4 : Wan hairan betul dengan kejadian itu kerana abangnya nampak gembira semacam dan hanya menjawab ya...ya... sahaja bila bercakap dengan Pak Long itu.

Izhan : …..ya…. ya…. Pak Long …. Ya.. ya… ( Entah apalah Pak Long memberitahu si Han. Selesai menelefon, abangnya melonjak gembira… )

Izhan : Yess!!! ( Kata gembira abangnya. )

Irwan : Abang, kenapa ni gembira sangat?

Izhan : Kau tahu Wan... abang telah berjaya mendapatkan kembali tanah arwah ayah dan Istana Impian tu. ( Kata umum si Han. )

Irwan : Apa?.... Bagaimana?
Izhan : Kamu ingat tak satu surat dari mahkamah tahun lepas?

Irwan : Iya...

Izhan : Kamu tahu Wan... abang telah berjaya menebus semula tanah yang ditarik oleh pihak bank selepas perbicaraan mahkamah... abang cuma perlu membayar balik dengan harga semasa tanah itu. ( Beritahu si Han mengejutkan si Wan, nampaknya azam abangnya yang dulu tertunai jua. )

Irwan : Tahniah...abang Han.
Skh11p02
Izhan : Dan lagi... Pak Long pesan, Mak Ngah kirim salam sayang pada kamu… ( Beritahu si Han. )

Scene 254.5 : Si Wan hanya memandang wajah gembira abangnya dengan penuh misteri.

Scene 255 : Irwan kini berada di kampusnya.

Scene 256 : Walaupun aktivitinya sentiasa penuh dengan aktiviti kelas, latihan ragbi, melukis kartun dan bersama kawan-kawan rapat tetapi hatinya masih kekosongan yang hanya boleh diisi oleh kehadiran Siti Nur Ain Ariff itu. Cuma keratan gambar instant kenangan bersama baby kecik dan Siti dapat mengubat kerinduan dihati. Suatu hari minggu si Wan cuba mengelak untuk balik rumah.

Scene 257 : Maka itu dia menelefon abang Han dia hanya untuk bertanya khabar.

Irwan : Hello, abang... Esok Wan tak jadilah balik rumahlah.

Izhan : Kenapa macam tu?

Irwan : Wan sibuk dengan kawan-kawanlah pergi ronda-ronda KL... ( Alasan si Wan. )

Izhan : Eh.. kalau macam tu, bawaklah kawan-kawan kamu jumpa dengan abang. Abang Han belanja semua makan... boleh juga abang nak kenal dengan mereka.

Irwan : Wan malulah...

Izhan : Wehh... apasal pulak?

Irwan : Mmmmereka... tak kenal abang ni Han Akmal yang terkenal tu?

Izhan : Benda tu pun nak malu? ( Hairan si Han. )
Skh11p03
Irwan : Tengoklah... Wan tak janji. ( Wan tidak memberi kepastian. )

Scene 259 : Keesokkan harinya, si Han membawakan Siti ke satu shopping kompleks terkemuka setelah habis waktu kerja setengah hari. Siti cuma ikutkan tanpa banyak soal.

Scene 260 : Rupa-rupanya Han membawa Siti ke sebuah kedai barangan kemas terkenal.

Scene 260.1 : Di kedai itu Han menyuruh Siti memilih gelang tangan emas yang paling cantik. Sambil memilih itu, si Siti mencuba memakai bracelet yang paling menarik hatinya. Siti masih tidak tahu apa tujuan si Han yang sebenarnya mengenai bracelet itu.

Scene 260.2 : Dan diwaktu itulah, si Wan dan rakan-rakannya sedang melalui tempat yang sama.

Scene 260.3 : Mula-mula si Hisyam perasan akan Siti yang ada dalam kedai itu.

Scene 260.4 : Irwan dapat menyaksikan dengan mata sendiri gelagat Izhan dan Siti yang cukup mesra itu. Wan tidak percaya melihat abangnya sedang ‘membelikan’ bracelet untuk Siti dan Siti sedang memakai. ( Adakah mereka akan mengikat tali pertunangan selepas ini? )

Scene 260.5 : Wan pergi menghampiri… rakan-rakan lain terkejut bila ternampak seseorang yang mempunyai iras wajah seperti kawan rapat mereka itu… ( Mereka teringatkan penjelasan Wan sebelum itu yang Siti tu sebenarnya awek abangnya. )

Scene 260.6 : ( Imbasan memori ), Lokasi di kolej Irwan mendedahkan…
Skh11p04
Irwan : Guys… hari itu girls yang datang support I sebenarnya… makwe abang i..

Scene 260.7 : Irwan pun menyapa pasangan yang keasyikkan itu,

Irwan : Hai abang Han… ( Dan dia hanya pandang ke arah abangnya aje. )

Scene 260.8 : Siti yang sedang memakai bracelet itu tercengang tanpa dapat berbuat apa-apa. Siti menghadapi situasi amat rumit.

Scene 260.9 : Abang Han si Wan buat macam biasa aje tanpa mengetahui apa sebenarnya yang telah terjadi di Melaka sebelum ini…

Izhan : Eh adik abang… Ooo… inilah kawan-kawan kamu ya?
( Sambil Han berjabat tangan setiap dari mereka. )

Scene 261 : Masa berlalu, kini mereka semua sedang menikmati makan tengahari di Restoran Seri Melayu di kompleks itu seperti mana yang pernah si Han janjikan.

Scene 261.1 : Mereka telah selesai makan.

Scene 261.2 : Si Wan buat-buat cool aje manakala Siti terdiam seribu bahasa kegelisahan dengan bracelet yang masih dipakai di tangannya.

Scene 261.3 : Kawan si Wan berbual mesra dengan si Han.

Scene 261.4 : Kemudian tiba-tiba si Wan bangun dan berkata,

Irwan : Kawan-kawan, abang Han… saya ada hal nak berbincang sekejap dengan Cik Siti kita ni.
Skh11p05
Scene 261.5 : Mereka yang lain terdiam dari berbual sejenak manakala wajah Siti agak terperanjat.

Scene 261.6 : Siti pun berdiri dan mereka berdua pergi ke suatu tempat yang lebih jauh dari pandangan Han dan akan-rakan si Wan berada.

Scene 262 : Sampailah di satu tempat rekreasi dalam kompleks membeli-belah itu- sebuah air pancuran buatan. Mereka berdua cuma berdiri bertentang di antara mereka tanpa sebarang kata, diam membisu pada mulanya. ( Si Wan merasakan dirinya perlu mengambil langkah pertama berbuat sesuatu sebelum apa-apa berlaku kerana dia pernah mengalami dengan Salina terdahulu. )

Scene 262.1 : Ulang visual pendek Scene [ Makan ucap selamat STPM TD-Boyz ]

Scene 262.2 : Irwan masih diam dan Siti pula kesedihan menitiskan airmata bercucuran.

Siti : Wan… dengarlah penjelasan dari pihak Siti dahulu…

Irwan : Tak payah… Siti tak perlu cakap dan kita berdua tahu yang kita telah buat kesilapan besar melayan perasaan tempoh hari… Lupakan saja apa yang pernah ku ucapkan padamu… Aku tidak pernah menyintaimu…

Siti : Tapi Wan….

Irwan : Hari tu… bisikan cinta itu hanyalah luahan gelora nafsu yang palsu… tidak lebih daripada itu… aku cuma seorang lelaki yang lemah. ( Kata-kata si Wan seumpama seorang pemuisi yang mengarang rangkap baris puisi yang pedih kecewa cinta. )
Skh11p06
Siti : Siti menyintaimu, Kamal Irwan Akmal... ( Kata terus terang si Siti. Namun dipandang sepi oleh si Wan tapi menghampiri Siti dan berkata… )

Irwan : Lupakan saja, Siti. Walau apa yang telah berlaku.. aku tetap akan pergi… pergi jauh dari hidupmu. ( Dan kemudian si Wan pergi membisik di telinga Siti…)
Irwan : Aku tidak boleh bersama denganmu Siti Nur Ain… kerana kau adalah milik abang kandungku sendiri. ( Itulah perkataan yang diucapkan oleh si Wan kemudian di berlalu pergi. )

Lagu latar bagi Scene 262.3 : [ Seiringan dengan lagu Aku Cinta Padamu 1997… lirik : Kau terpaksa pergi…bisikan azimat berduri…]

Scene 262.3 : Siti kini ditinggalkan dan dia hanya tahu menangis dan menangis dan mengeluh perlahan,

Siti : Wan… bracelet ini bukan kepunyaan Siti… mengapa kau merajuk pergi?

Scene 262.4 : Siti benar-benar kesedihan dengan menyapu air mata bercucuran mengalir dengan sapu-tangannya. Siti berasa begitu sedih dan hampa kerana hatinya benar-benar terjatuh hati dengan si Wan. Siti tidak dapat berbuat apa-apa kerana kehadiran dirinya pasti membawa dilema di antara dua saudara itu. ( Siti membuat keputusan untuk pergi jauh dari kedua-duanya sekali. )

Scene 263 : Masa berlalu, si Han menghantarkan Siti pulang, masih dengan vitaranya.

Scene 263.1 : Siti berada di sebelah sudah tidak memakai bracelet lagi di tangannya.

Scene 263.2 : Siti hanya diam dan si Han tidak berani hendak mengungkit apa-apa hal berbangkit di antara si Wan dan Siti.
Skh11p07
Scene 264 : Bila sampai di rumahnya, Siti hanya tahu menangis di dalam kamarnya sambil merenung gambar foto kenangan dengan Wan dan baby kecik dahulu di Sogo.

Scene 265 : Manakala si Wan berada di rumah bujangnya, duduk hampa di kerusi sofa dalam kesedihan.

Scene 265.1 : Kemudian dia teringatkan akan sesuatu. Dia menjenguk di bawah sofa di mana dia sebelum ini menyembunyikan gambar potret Siti yang pernah dilakarnya. Irwan mengambilnya…

Scene 265.2 : Kemudian dia masuk biliknya dan mengambilkan gambar-gambar kartun yang melibatkan watak Siti.

Scene 265.3 : Lokasi di dapur, Irwan pergi membakar gambar lukisan dan potret tersebut di sinki dapur.

Scene 265.4 : Kertas-kertas itu terus terbakar bersama hatinya yang hancur luluh dengan apa yang telah berlaku hari ini. Wan hanya perhatikan ianya terbakar hingga menjadi debu…..


Scene 266 : ( Pejabat Izhan ) Masa berlalu, di pagi hari Isnin itu, Siti sudah berada di dalam bilik pejabat si Han.

Scene 266.1 : Siti duduk sedih dengan sampul surat misteri di depan di atas meja. Si Han terdiam sahaja agak lama kerana dia tidak boleh berbuat apa-apa dengan keputusan yang telah dibuat oleh Siti. Han memecah kesunyian,

Izhan : Saya minta awak banyak-banyak bersabar, Siti. ( Kata Han cuba memujuk. )

Siti : Maafkan saya Encik Izhan… saya tidak boleh berada di sini lagi.
Skh11p08
Izhan : Tetapi awak tidak perlu untuk meletak jawatan… Siti mempunyai potensi yang cerah di sini…

Siti : Tapi kehadiran saya cuma memusnahkan kehidupan orang lain. Siti tidak mahu menjadi penghalang hubungan abang Han dengan Irwan.

Itulah kata-kata Siti pertama kalinya menyebut perkataan ‘abang’ merujuk kepada si Han. Dan akhirnya si Han buat keputusan untuk berterus terang tentang perkara yang sebenarnya. Siti masih duduk tunduk sedih.

Scene 266.2 : Manakala si Han teringatkan akan sesuatu… kemudian dia membongkok di mejanya mengambilkan sesuatu dari laci mejanya.

Scene 266.3 : Rupa-rupanya dia membawa keluar satu potret wajah dan kemudian si Han memberikan kepada Siti untuk menatapi.

Izhan : Ini sesuatu yang tidak pernah Han beritahu kamu sebelum ini.

Scene 266.4 : Siti mendongak dan mengambil bingkai itu dan menatapi satu wajah potret dirinya tetapi lakaran bahagian hidung masih tidak sempurna.

Izhan : Siti percaya tak, lukisan wajah dilukis oleh si Wan… masa Siti belum pun lagi bekerja di Multi-Raya ni…

Kata umum si Han memeranjatkan Siti. Maka terngiang-ngiang di ingatan Siti yang dia pernah mendengar si Wan menyebut pasal bertemu sebelum ini.

Scene 266.5 : ( Imbasan ) Peristiwa di pokok besar di mana Wan pernah menyebut itu. Guna Scene 237.1
Skh11p09
Scene 266.6 : Siti cuba mengamati lukisan potret itu, melihatkan dari fesyen rambut sebelum itu yang panjang.

Barulah Siti teringat masa dia mula datang KL mencari kerja, ketika dia menaiki bas dan pernah memandang ke arah seorang jejaka yang menaiki motor besar di satu persimpangan. Dimana hatinya pernah berdetak… kalaulah dia jadi pakwenya, alangkah bagusnya!

Scene 266.7 : ( Imbasan ) Ketika Siti mula datang KL mencari kerja, ketika dia menaiki bas dan pernah memandang ke arah seorang jejaka yang menaiki motor besar di satu persimpangan. Dimana hatinya pernah berdetak…

Siti ( dalam hati ) : Kalaulah dia jadi pakweku, alangkah indahnya hidupku !…

Scene 266.8 : Terharu hati Siti apabila melihatkan lukisan potretnya yang dilukis Wan itu dengan lakaran perkataan… ‘Kaukekasihku…’ tertera di situ dengan dengan sain nama Wan dan tarikhnya yang memang sebelum Siti menjejak kaki di syarikat itu lagi.

Siti : Siti tidak mengerti semua ini… ( Kata Siti kesebakan. )

Izhan : Sebenar-benarnya… abanglah yang patut dipersalahkan… Abang Han tak patut menemukan kamu berdua dalam keadaan tergantung begitu… kerana Han tidak mahu memaksa-maksa kau orang berdua berkenalan…

Siti : Saya masih tidak faham…. ( Hairan Siti. )

Izhan : Hidup itu suatu misteri… Siti. Sesuatu kejadian yang berlaku mempunyai sebab-musababnya sendiri…. ( Kata si Han penuh misteri. )
Skh11p10

Scene 267 : Masa telah berlalu, maka Hari Keluarga Syarikat Multi-Raya pun berlangsunglah dengan penuh meriah di sekitar Pantai Morib seperti mana yang dicetuskan oleh buah fikiran si Wan hampir setahun yang lalu.

Scene 267.1 : Aktiviti dwi-tahunan itu berlangsung di sebuah guest-house di tepian pantai itu dengan ramai orang datang berkunjung.

Sambutannya amat meriah kerana aktiviti itu digabungkan dengan majlis amal, ehsan daripada Dato’Basir yang telah bermurah hati menderma untuk golongan tidak bernasib baik.

Scene 267.2 : Tunjukkan kakitangan syarikat menyambut kehadiran tetamu kurang bernasib baik itu dengan kehadiran Dato’ Basir.

Scene 267.3 : Banyak khemah kanopi putih didirikan untuk memuatkan tetamu yang datang.

Scene 267.4 : Terdapat berderet-deret bas yang datang membawakan tetamu daripada rumah anak-anak yatim, kanak-kanak cacat dan orang tua.

Scene 267.5 : Acara sukaneka pekerja syarikat yang bergabung dengan tetamu khas berlangsung dengan meriah.

Scene 267.6 : Terdapat ramai orang luar yang datang termasuklah kawan-kawan sekolah si Wan dan kawan-kawan sekolejnya termasuklah Ras dan gengnya.

Scene 268 : Kejauhan dari fiesta itu, kelihatan si Wan duduk seorang diri temenung di kawasan berbatu di tepian pantai. Kemudian tiba-tiba namanya dipanggil.

Syafika : Wan… Wan! ( Rupa-rupanya akak Fikanya. )
Skh11p11
Scene 268.1 : Irwan masih duduk termenung... dia seperti biasa memakai pakaian biasanya iaitu jeans dan baju jaket kulitnya. Namun wajahnya berkumis dan berjambang mungkin tension selepas krisis dengan Siti tempohari.

Scene 268.2 : Si Fika menghampiri dan mencium pipi si Wan dan hanya dibiarkan aje oleh si Wan. Nampaknya si Fika telah pulih sepenuhnya dan ceria kembali tidak seperti si Wan.

Syafika : Wan sayang... kenapa ni... bergembiralah... bukankah ini yang adik Wan mahukan dahulu. Kak Fika ucapkan terimakasih di atas buah fikiran adik sayang akak yang brilliant ni. ( Puji kata si Fika. )

Irwan : Alah biasa jer.... ( Merendah diri si Wan. )

Syafika : Nampaknya Dato’ Basir kita telah setuju acara Hari Keluarga ini patut dijadikan acara tahunan dan dibuat kat sini sahaja…. ( Wan hanya diam… )
Syafika : Sayang... gembiralah... ( Kata Syafika sambil mencubit sayang pipi si Wan dan menampakkan di tangannya satu bracelet emas yang pernah ditengok si Wan sebelum ini… Wan terkejut )

Scene 268.3 : Wan melihat bracelet di tangan Fika tidak berkelip matanya. Wan berasa sesuatu yang aneh kerana bracelet itulah yang dipakai oleh Siti tempohari.

Scene 268.4 : ( Imbasan ) Ulang visual pendek Scene 260.8 - Insiden Siti di kedai emas pakai bracelet.

Scene 268.5 : Syafika terperasan hairan dengan lagak si Wan…

Syafika : Sayang... kenapa kamu tengok semacam jer gelang emas ni yang abang kamu hadiahkan tadi?… Kamu tahu Wan... abang Han kamu tu jahat betul... sampai hati dia sakitkan hati akak ni... buatkan akak rasa cemburu. Skh11p12

Irwan : Saya tak faham kak Fika? ( Tanya si Wan begitu suspense. )

Syafika : Abang kamu telah mempermainkan perasaan akak selama ni... gara-gara tak puas hati akak berdegil dengan keputusan akak dalam banyak hal... hal kerja... hal Projek Hari Keluarga ni juga. Dan last sekali dia beritahu akak yang dia berlakon jer suka pada Siti kamu tu… dia kata Siti tu bakal adik ipar dia pulak! ( Kata Fika cukup menghairankan si Wan. )

Irwan : Apa akak kata? Siti saya?!! ( Terkejut besar si Wan. )

Syafika : Iyalah tu, tapi ke mana ya awek kamu pergi, sebab dah sebulan akak tidak nampak dia di syarikat.... ( Beritahu Fika membuatkan Wan gelora di jiwa…)

Irwan : Siti dah berhenti kerja, kak? ( Tanya Wan lalu dia pergi dari situ, si Wan lantas pergi mencari abangnya untuk mendapat penjelasan. )

Scene 268.6 : Irwan pergi dari situ ini membuatkan Fika merungut,

Syafika : Kenapa pulak si Wan ni?

Scene 259 : Gerombolan orang di feista agak ramai begitu menyukarkan Wan untuk mencari abangnya.

Scene 259.1 : Tanpa disangka, Wan terjumpa pula dengan dua sepupu tua yang telah di tahun dua universiti iaitu Kak Miza, anak Mak Ngah dan abang Raziz, anak Pak Long. Mereka juga sama mencari di mana si Han berada.

Miza : Wan....Wan! ( Jerit Kak Miza memanggil si Wan. )
Skh11p13
Irwan : Eh... Kak Miza dan abang Raziz! ( Wan kehairanan tertanya mengapa dua sepupunya datang di feista itu. )

Raziz : Wan, ayah dan mak abang kirim salam kat kamu… ( Beritahu Raziz. )

Miza : Emak dan ayah Kak Miza pun begitu juga…

Irwan : Ooo... waalaikumussalam... ( Jawab si Wan. )

Miza dan Raziz : Mana abang kamu? ( Tanya kedua orang sepupunya. )

Irwan : Entah..... ( Itulah jawapan si Wan. )

Scene 259.2 : Dari kejauhan si Han menghampiri dan menyahut,

Izhan : Hey kau orang, Han di sini! ( Han pun sampai... )
Izhan : Kau orang berdua macam mana sekarang?

Raziz : Kami okay jer abang Han... kami nak ucap terima kasih kerana abang Han bagi pinjam duit untuk tahun pertama kami, kami ingat nak bayar balik bantuan abang Han itu... sebab kami dah dapat bantuan loan... ( Beritahu Raziz. )

Izhan : Alah.. kamu semua tak payah bayar balik... kita kan satu keluarga...

Scene 259.3 : Ayat terakhir si Han itu memeranjatkan si Wan dan Han tahu apa yang diperanjatkan oleh Wan.

Raziz : Dan satu lagi pesan ayah, kalau abang Han dengan Wan ada masa tu... pulang, pulanglah ke kampung. Rumah lama itu ayah dah kemaskan dan dibaik-pulih. ( Ujar si Raziz. )
Skh11p14
Miza : Cantik bagai sebuah istana tau! Emak telah menanam semula dengan pelbagai pokok bunga di lamannya. Han dengan Wan pasti terkejut lihat nanti…. ( Kata si Miza menambah. )

Izhan : Tengoklah bila diizinkan tuhan.. ada kelapangan nanti abang pulang dengan Wan... kau orang berdua pergilah berhibur... ( Suruh si Han. )

Scene 259.4 : Kedua sepupu mereka pun berlalu menyaksikan konsert nyanyian pekerja Syarikat Multi-Raya.

Scene 259.5 : Wan berdepan dengan abangnya tanpa sebarang gangguan, dia hanya memandang abangnya sahaja. Lama juga begitu dan kemudian si Wan menghampiri abangnya dan si Han memeluknya dengan erat.

Irwan : Wan salah anggap kepada abang selama ini... ( Si Wan menitis air mata lelakinya kerana mengenangkan sikapnya kepada abangnya sebelum ini. )

Scene 259.5 : Izhan melepaskan pelukan dan mereka bersama duduk di satu meja berkerusi kerana ada perkara lain untuk dibincangkan. Si Han mula memberitahu apa yang sebenarnya berlaku sebelum ini kepada adik tunggal kesayangan itu. ( Aksi visual tanpa audio dengan latarbalakang bising orang ramai fiesta )

Scene 259.6 : Di pentas serentak di waktu itu juga, persembahan pentas bertukar peserta. Iaitu peserta sudah habis persembahan manakala peserta seterusnya menunggu di belakang pentas.

Scene 259.7 : Kembali kepada Wan dan Han berada,
Skh11p15
Izhan : Abang pun silap juga kerana banyak merahsiakan banyak perkara daripada kamu... tetapi semua untuk menunaikan semua janji yang pernah abang katakan dulu... kerana itulah sikap abang banyak melukakan hati kamu.

Irwan : Wan tidak pernah sangka abang begitu berpegang dengan apa yang abang sebut masa Wan masih kecil dahulu, abang memang hebat! ( Puji si Wan. )

Izhan : Abang kan hero kamu... tapi jangan lupa pula, kamu juga seorang hero... dan seorang hero memerlukan kehadiran heroinenya….

Scene 259.8 : Kemudian datang si Fika duduk sama di meja itu dengan membawa sebuah kotak hadiah berbalut cantik, si Wan hairan….

Irwan : Apa dia kak?

Scene 259.9 : Manakala Fika dan Han tersenyum-senyum aje.

Scene 259.10 : Bila Wan buka kotak hadiah itu, ternyatalah ianya adalah potret misteri yang pernah dia lakarkan dahulu di dalam sebuah bingkai yang eksklusif.

Scene 259.11 : Wan hanya berasa sebak kerana kehilangan seseorang yang pernah dikenali di waktu dulu. Wan hanya merenung potret misteri itu…

Scene 259.12 : Seraya pengacara majlis mengumumkan peserta seterusnya akan mendendangkan lagu bertajuk ‘Aku Cinta Padamu’. Semua hadirin berdebar-debar untuk mendengar lagu paling popular di tahun 1997 itu.

Scene 259.13 : Wan seakan kenal sangat siapakah yang mendengdangkan lagu itu.

Scene 259.14 : Bila habis lagu itu, si Wan tanpa segan silu lagi naik ke atas pentas, dimana si gadis itu sudah nampak dia bersama si Han tidak berada jauh dari pentas…
Skh11p16
Scene 259.15 : Maka si hero pun memeluk heroinenya dengan gelora asmara cinta abadi,

Irwan : Ku juga tidak akan jemu untuk menyintaimu sepanjang hidupku.... ( Bisikan kata si Wan kepada Siti. Dengan potret itu masih di tangan si Wan, Siti pun mengungkit... )

Siti : Ehh... awak, kenapa gambar saya... hidung tak sempurna lagi?

Irwan : Alah... itu masalah teknikal sahaja... awak marah? ( Wan dengan senyum charmingnya. )

Siti : Tak, saya tak marah…... ( Wajah Siti begitu dilamun cinta… )

Scene 259.16 : Pasangan berkasih itu yang di atas pentas diberikan tepukan gemuruh oleh para penonton kerana mereka menyangka ianya hanyalah gimik bagi persembahan nyanyian itu.

Scene 260 : Sebagai pengakhiran, di rumah lama Istana Impian yang telah dibaik-pulih. Majlis perkahwinan dan persandingan kedua mempelai pun berlangsung.

Scene 260.1 : Manakala halamannya yang luas penuh dengan khemah kanopi dengan kunjungan hadirin berduyun-duyun. Istana Impian begitu megah dengan dicatkan putih manakala berbumbung genting biru baru.

Scene 260.2 : Kesemua rakan-rakan Wan dan Siti masa sekolah dan universiti hadir. Turut sama Salina dan Erni Imran sudah mempunyai anak kecil dan tidak ketinggalan Ras dan gengnya.
Skh11p17
Scene 260.3 : Kemudian majlis persandingan itu menjadi kecoh dan heboh dengan budak-budak kecil termasuk si Ras dan gengnya berlarian tak tentu arah dengan menjerit-jerit ketakutan.

Scene 260.4 : Kemudian Mak Ngah datang masuk ke majlis untuk memberitahu pasangan pengantin. Tetapi Han bertanya dulu kepada Mak Ngahnya,

Izhan : Kenapa Mak Ngah, huru-hara macam negeri dilanda garuda jer?

Mak Ngah : Kamu semua tahu tak... yang kat luar sana, beruk Tok Mail tengah mengamuk kejar budak-budak! ( Beritahu Mak Ngah bagai nak semput. )

Scene 260.5 : Suasana di luar masih kecoh, mulanya si Ras buat lari juga... tapi akhirnya dia menyergah si beruk itu.

Scene 260.6 : Sampaikan beruk itu jadi penakut dan tidak menyerang lagi. Maka si Ras menjadi hero budak-budak kecik dalam insiden itu.

Scene 260.7 : Manakala dua pasangan pengantin itu ketawa melihatkan keadaan itu.

Suara latar Izhan : Aku tidak pernah menyangka hidup kami akan menjumpai kebahagian dan kejayaan akhirnya. Walaupun cinta dan pengorbananku tidak sehebat ibu dan ayah. Namun sekurang-kurangnya aku tetap menjadi wira di mata adik tunggal aku itu...

Scene 261 : SENARAI KREDIT AHLI SENI TERLIBAT………… I tukang buat reka cerita asal ni nama; Ramirah Mohd. Rasheed

Diiringi petikan pendek lagu :
1-Bergegar Segunung Rindu 1998 – Kumpulan May
2-Purnama Merindu 1998 – Siti Nurhaliza

Tamat..... skh11p18

Notasi Tambahan :

Ditulis semula pada Nov. 2003 hingga 25 Mei 2004...
Daripada naskah asal ditulis pada Okt hingga 3 Nov 1997...

Perhatian : Semua produk penerbitan ala novel dan pra skrip adalah hakmilik dan hakcipta Ramirah Mohd. Rasheed 2004 & 1998. Individu lain hanya boleh membaca tetapi tidak dibenar menerbitkan semula dalam bentuk lain tanpa kebenaran penulis asal.

Hubungi penulis di e-mel : ramirahrina@gmail. com.
Telefon : 019 902 50 15

Senarai Cadangan Kasting Projek Korban Cinta

Original kasting untuk tempoh 1998-2003

Watak;
Kamal Izhan Akmal.....Hans Isaac
Kamal Irwan Akmal.....Wan Oney ex-May
Siti Nur Ain Ariff......Siti Nurhaliza
Syafika.....Haliza Misbun
Akmal Hashim.....Mustafa Kamal
Izuan Izuddin.....Lydiawati
Faezah Hashim [Mak Ngah].....Wan Maimunah
Jamal Hashim [Pak Long].....Man May
Salina.....Fauziah Latiff

Dan lain-lain adalah mengikut budibicara penerbit

Semakan semula watak 2004

Watak;
Kamal Izhan Akmal.....Hans Isaac atau Ako Mustafa
Kamal Irwan Akmal.....Ayie X-factor atau Kalam Sup [ abangnya Hans sahaja ]
Siti Nur Ain Ariff......Fazura atau Nursyella
Syafika.....Haliza Misbun atau Safura
Akmal Hashim.....Mustafa Kamal
Izuan Izuddin.....Lydiawati atau Aida Rahim
Faezah Hashim [Mak Ngah].....Wan Maimunah
Jamal Hashim [Pak Long].....Man May
Salina.....Fauziah Latiff
Mak Usu Siti.....Ramlah Ram
Dan lain-lain adalah mengikut budibicara penerbit

Semakan/revisyen lain watak utama mengikut perkembangan pop semasa;

2005 - 2008 - Han [ Hans Isaac , Ari Wibowo ] ,
Wan [ Izani ]
Siti [ Nora Danish ]
Syafika [ Maya Karin ]

2009 - Han [ Nicholas Saputra ]
Wan [ Riz AF7 , Gambit Abdullah ]
Siti [ Diana Danielle ]
Syafika [ Fazura ]

2010 - Han [ Sein Ruffedge , Dr. Fazley , Ako Mustafa ]
Wan [ Shahir AF8 ]
Siti [ Diana Danielle ]
Syafika [ Nora Danish ]

Pemilihan watak utama adik-beradik memerlukan keirasan wajah dengan fizikal si Han adalah lebih tinggi sedikit dari adiknya.

Pemilihan kasting lain sebagai Han tetapi kurang tinggi daripada adiknya memerlukan penukaran kerjaya seni bukan model, mungkin sebagai pelakon atau penyanyi terkenal. Contoh Zizan Nin dengan Gambit dan Riz juga mempunyai iras wajah yang hampir sama.

No comments:

Post a Comment

Followers